Thursday, 27 March 2014

HB: EzyMix Shacker!!!

Dah lama Ai tak story tentang anak sulong Ai.. Ok, HB dah jadi abang sekarang ni.. Dari mula Ai preggy lagi, HB dah mula membiasakan dirinya dengan panggilan ABANG.. Memula tu agak janggal juga la, Ai nak tukar panggil dia dari HAMY ke ABANG.. Tapi lelama, dah biasa nak panggil dia dengan nama HAMY pula Ai rasa janggal.. huhuhu.. Dengan sesiapa pun HB akan membiasakan dirinya sebagai abang.. Tapi jangan sesekali panggil dia, ABANG LONG.. Pasti dia membebel tak puas hati.. "Ni abang Hamy la.. Bukan abang long.. Abang kurus bukannya gemuk.. Mana boleh jadi abang long..".. Tu antara ayat bebelannya.. Alkisahnya, paklong dia (abang sulong Ai) gemuk, so HB anggap along mesti orang gemuk.. huhuhu..

Ok, tinggalkan bab yang tu.. Sebenarnya Ai nak story tentang penyusuan HB.. HB dah besar sekarang ni.. Dah ada perasaan malu minum susu.. Dia anggap minum susu tu memalukan memandangkan dia dah sekolah (tadika).. So puas la, Ai pujuk supaya dia mahu minum susu.. Antaranya, Ai belikan training mug.. Memula dia taknak juga minum susu.. Tapi balik dari taska minta Ai bancuhkan susu.. Bila tanya kat taska minum susu tak?? Dia jawab, dia malu sebab dia bukan budak kecil lagi.. huhuhu.. Terpaksalah kata; nak malu apa?? tu bukannya botol susu.. tu memang botol untuk kanak-kanak macam dia untuk minum susu.. Then barulah dia faham.. huhuhu.. Dia malu minum susu kat depan orang yang dia tak biasa je.. Kalau kat rumah, dia masih minum susu..


Oleh kerana dek rasa sayang pada botol susu HB yang masih baru lagi, so Ai carikan nipple botol yang macam pic sebelah ni.. Ai kata kat dia, ni bukan baby punya nipple so abang tak perlu malu nak minum susu guna botol n nipple ni.. Bila atuk dia (my dad) menyakat dia konon minum susu baby, dia akan menjawab sebijik macam yang Ai cakap kat dia..  

Then, bulan lepas Dutch Lady Chocolate Drink ada free gift EzyMix Shacker!.. Ada 5 warna yang boleh dipilih.. So Ai grab kelima-limanya.. hehehe.. Tamaknya..

Ai memang selalu beli buat stok susu untuk HB.. So tak de la tiap-tiap bulan nak kena beli susu.. Dah alang-alang ada macam-macam warna, so ambil jelah semua jenis warna yang ada..

Warna biru tua dan biru muda tu, HB punya.. So, sekarang HB dah tak guna botol susu lagi.. Ai pula ambil yang warna pink.. Oren dan hitam masih belum berpunya coz HM takde kata pun dia nak guna.. 

Setiap hari, Ai akan pastikan Ai habis minum air masak yang diisi dalam bekas pink tu yang bersamaan 400ml.. Kalau dulu memang cukup susah nak habiskan sebotol air masak sehari.. Tapi sekarang memang dahaga selalu memandangkan cuaca yang tak menentu ditambah pula dengan menyusukan HK.. Memang tekak selalu rasa kering.. So memang tak de masalah nak habiskan sebotol sehari..






Nota Jari: huhuhu.. Bukan anaknya yang xcited nak guna shacker ni.. Uminya yang over.. hehehe..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...