HB: EzyMix Shacker!!!

Dah lama Ai tak story tentang anak sulong Ai.. Ok, HB dah jadi abang sekarang ni.. Dari mula Ai preggy lagi, HB dah mula membiasakan dirinya dengan panggilan ABANG.. Memula tu agak janggal juga la, Ai nak tukar panggil dia dari HAMY ke ABANG.. Tapi lelama, dah biasa nak panggil dia dengan nama HAMY pula Ai rasa janggal.. huhuhu.. Dengan sesiapa pun HB akan membiasakan dirinya sebagai abang.. Tapi jangan sesekali panggil dia, ABANG LONG.. Pasti dia membebel tak puas hati.. "Ni abang Hamy la.. Bukan abang long.. Abang kurus bukannya gemuk.. Mana boleh jadi abang long..".. Tu antara ayat bebelannya.. Alkisahnya, paklong dia (abang sulong Ai) gemuk, so HB anggap along mesti orang gemuk.. huhuhu..

Ok, tinggalkan bab yang tu.. Sebenarnya Ai nak story tentang penyusuan HB.. HB dah besar sekarang ni.. Dah ada perasaan malu minum susu.. Dia anggap minum susu tu memalukan memandangkan dia dah sekolah (tadika).. So puas la, Ai pujuk supaya dia mahu minum susu.. Antaranya, Ai belikan training mug.. Memula dia taknak juga minum susu.. Tapi balik dari taska minta Ai bancuhkan susu.. Bila tanya kat taska minum susu tak?? Dia jawab, dia malu sebab dia bukan budak kecil lagi.. huhuhu.. Terpaksalah kata; nak malu apa?? tu bukannya botol susu.. tu memang botol untuk kanak-kanak macam dia untuk minum susu.. Then barulah dia faham.. huhuhu.. Dia malu minum susu kat depan orang yang dia tak biasa je.. Kalau kat rumah, dia masih minum susu..


Penjagaan Bayi Baru Lahir...

Bayi yang baru lahir adalah sangat sensitif terhadap perubahan persekitaran. Terdapat beberapa perkara yang anda perlu tahu tentang penjagaan bayi baru lahir. Terdapat banyak perkara yang masih belum berfungsi dengan sempurna ketika bayi baru dilahirkan. Seseorang bayi itu memerlukan beberapa minggu untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru setelah 9 bulan berada di dalam rahim ibunya.

Seram sejuk 
Apabila anda memegang tangan atau kaki bayi anda, anda akan berasakan betapa sejuknya tangan dan kaki mereka. Ini adalah kerana sistem peredaran darah bayi anda belum sempurna dan ini tidak bermakna bayi anda berasa sejuk. Warna kulit bayi anda juga akan berubah. Terdapat juga bulu pada badan yang akan gugur dari semasa ke semasa. Anda juga akan melihat tompok-tompok merah seperti ruam di hidung dan beberapa bahagian badan yang lain. Perkara-perkara ini akan hilang apabila bayi anda semakin membesar.

Baby HK; yang ni, Ai kurang perasan pada badan baby HK..

Kulit kering seluruh badan
Kebanyakan bayi baru lahir akan mengalami kulit kering yang mengelupas, seperti ular bersalin kulit. Ini adalah proses semulajadi dan tidak memerlukan krim atau losyen yang khas. Kandungan minyak yang dihasilkan oleh kulit bayi tidak begitu stabil lagi, dan penggunaan losyen akan mengganggu kestabilan tersebut. Apa yang penting adalah senantiasa menjaga kulit bayi agar sentiasa bersih. Bintik hormon Bintik hormon adalah bintik-bintik merah yang terdapat pada badan bayi di beberapa bulan pertama kelahirannya. Ini adalah berpunca daripada hormon si ibu yang terdapat di dalam susu ibu yang diberikan kepada bayi. Bintik hormon ini akan hilang apabila bayi anda semakin membesar. 

Baby HK; perasan kulit baby HK kering tapi tak berani nak sapu losyen..

Penjagaan pusat
Basuh pusat bayi anda dengan air dan pastikan ia selalu bersih dan kering. Tali pusat bayi anda tidak mempunyai saraf, oleh itu bayi tidak akan merasa sakit apabila anda membersihkannya. Tali pusat tersebut akan tercabut dengan sendirinya selepas 8 ke 12 hari kelahiran. Adalah menjadi kebiasaan sekiranya tali pusat tersebut berdarah atau berbau sedikit. 

Baby HK; dah tanggal tali pusat pada hari ke-4, iaitu hari keluar wad.. Masa nak keluar wad tu, nampak tali pusat dia tinggal sikit je lagi nak tanggal.. Sampai je rumah, tengok tali pusatnya dah takde.. Tak tau jatuh kat mana.. huhuhu..

Susu badan bayi baru lahir
Kelenjar susu bayi baru lahir boleh menghasilkan susu. Ini adalah berpunca daripada hormon si ibu yang terdapat di dalam susu ibu yang diberikan kepada bayi. Bayi anda akan turun berat badannya. Kebanyakan bayi akan kehilangan berat badan pada tiga atau empat hari pertama selepas lahir. Susu ibu tidak keluar dengan sempurna dan bayi akan kehilangan berat badan ketika itu. Bayi akan kembali dengan berat badan semasa lahir selepas dua minggu kelahiran. Bidan anda akan mencatatkan berat bayi anda dari semasa ke semasa untuk memastikan bahawa bayi anda bertambah berat badannya dan penyusuan badan berjalan dengan lancar. 

Baby HK; sebelum bersalin ritu, Ai tak sempat belajar teknik penyusuan yang betul.. So akibatnya, nipple Ai melecet disebabkan salah teknik.. Bayangkan dari 1st day bagi susu, 3rd day baru tau salah teknik penyusuan dan susu dah mula bengkak masa tu.. Bila nurse tunjuk cara perah susu, tengok-tengok yang keluar susu colostrums.. So maknanya, selama 3 hari tu baby HK tak minum susu.. Dia cuma menghisap tapi tak keluar susu kerana salah teknik..

SUMBER 

 Nota Jari:  Terjumpa artikel ni, so Ai copy untuk rujukan pada masa akan datang..

Hadirnya Kegirangan....

Sorry sekarang Ai dah jarang update blog.. Sejak preggy, rasa malas sangat nak duduk ngadap notebook.. huhuhu.. Untuk pengetahuan kengkawan, Ai dah selamat bersalin pada 10 Mac 2014.. Alhamdulillah, dapat baby boy yang comel dan sihat.. Lahir pada 38 weeks secara caesarean.. Ai yang request coz senang HM nak minta cuti.. Kalau tunggu Ai sakit baru dia balik, Ai takut dia tak sempat sampai.. Maklum la KL - Penang, bukannya dekat..

So lepas dapat tarikh tu, Ai dah bagi tau my mom nak tinggal HB di kampung coz Ai akan bersalin di Penang.. Takdir Allah tak siapa boleh lawan, pada 22/02/2014 my mom di masukkan ke hospital taiping.. 2 hari kemudian, doc mengesahkan my mom mengidap kanser tulang.. Ya Allah, besar sungguh dugaan yang perlu Ai tanggung.. Ai ambil cuti bersalin awal 2 minggu dari tarikh bersalin atas nasihat kengkawan opis.. Lagi pun, Ai pun dah tak de semangat nak kerja.. Fikiran serabut sangat..

Dipendekkan cerita, pada 09/03/2014 Ai masuk wad bagi persediaan untuk czer esoknya.. Pada 10/03/2014 pukul 8.15am Ai di tolak ke bilik bedah.. Ai diminta duduk memeluk bantal dan pakar bius membius di belakang Ai.. Selepas dibius, Ai rasa ngantuk sangat (pada hal bius separuh badan je).. So Ai pejamkan mata tapi dapat rasa juga doc godek perut Ai cuma tak rasa sakit la.. Tetiba Ai dengar bunyi baby nangis.. Macam tak percaya my baby dah dikeluarkan dari my tummy.. Selepas nurse bersihkan apa yang patut, baby diletakkan di atas dada Ai untuk diberikan susu tapi takde reaksi.. Baby pun ngantuk macam Ai juga..

Dah selesai semua barulah Ai disorong keluar ke HDU sementara menunggu kesan bius hilang.. Masa di HDU hubby masuk untuk azankan baby.. Hari tu, Ai & baby asyik tdo je.. 4 hari selepas pembedahan baru Ai dibenarkan pulang ke rumah.. Dari hospital kami terus pulang ke kampung Ai di perak.. Hari ahad, kami bergerak balik ke KL kerana HM yang akan jaga Ai berpantang..

Hari isnin bawa baby pergi ke klinik tentera tapi dorang takde kemudahan untuk cek kuning.. So kami perlu bawa baby cek kuning di klinik premier hukm Bandar Tasik Selatan.. Result hanya akan diketahui pada lewat petang.. Then kami pergi ke JPN Bandar Tun Razak untuk daftar kelahiran baby.. Kami namakannya Farhathafiy Nur yang bermaksud Kegirangan (bagi) Yang memuliakan Cahaya.. Tapi di blog ni, Ai akan gunakan namanya sebagai Harimau Kumbang (HK).. hehehe..
 Petang tu, dapat call dari klinik premier HUKM, baby perlu masuk wad coz kuning tinggi..

HB tak boleh masuk ke dalam NICU, so HB kena tunggu kat luar NICU sambil main game selama 3 hari..
Akhirnya, pada hari ke-3 baby HK dibenarkan pulang ke rumah.. Terubat rindu HB pada HK..
Baby HK akan tidur setiap kali selepas menyusu.. Semoga HK akan terus sihat dan membesar dengan baik.. And hope luka czer Ai akan pulih seperti sediakala tanpa masalah.. Aminnnnn...



Nota Jari: huhuhu.. Sakit punggung duduk lelama..

DOA-DOA UNTUK MEMUSNAHKAN SEL-SEL KANSER....

Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik.... Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1. Istighfar 10x.
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28).
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50).
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227).
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya

SUMBER



Nota Jari: Kami adik beradik bacakan doa-doa ni pada air zam-zam untuk beri pada mak.. Semoga mak cepat sembuh..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...