Thursday, 2 January 2014

Selamat Datang Pelangi 2014...

Wooowww.. Dah sebulan Ai tak update blog.. Sibuk dengan kerja.. Maklumlah hujung tahun, sibuk nak tutup akaun.. 

Ai kerja di unit pembangunan.. Menguruskan pengeluaran inden kerja dokumen tawaran kerja kepada kontraktor lantikan terus (kerja di bawah RM20k) bagi kerja-kerja baikpulih dan penyelenggaraan kecil di sekolah.. Selain tu, sibuk mengemaskini buku vot untuk memastikan peruntukan yang diterima dihabiskan dalam tahun semasa..

Tak tau la, mungkin dah menjadi kebiasaan apabila hujung tahun makin banyak pula waran peruntukan yang diterima untuk baikpulih sekolah.. huhuhu.. Awal tahun tak de la pula turun duit banyak-banyak..
Ni dah tukar tahun, lega sikit..Coz duit peruntukan pun dah habis..tinggal buat bayaran saki baki kontraktor yang delay or bermasalah je.. Nak dijadikan cerita, pagi ni enjin kereta tak boleh hidup la pula.. Terpaksalah ambil EL di awal tahun baru.. huhuhu..

Patutnya hari ni, HB memulakan persekolahannya di taska.. Dan Ai pula sambung buat pembayaran.. Tapi semuanya tak menjadi.. huhuhu.. Terasa sedih sangat..Ye la, tempat bergantung nun jauh di KL.. Apa yang Ai boleh buat?? Dah cuba mesej kawan tanya suami dia ada rumah tak, nak minta tolong tengokkan kereta Ai.. Tapi takde balasan..

HM pula cuba contact kengkawan dia yang ada kat sini untuk tolong Ai.. Tapi rata-ratanya masih bercuti coz dorang baru habis training menembak selama 3 bulan.. Mungkin petang ni, kawan HM yang dalam proses untuk berpencen akan datang tolong tengokkan kereta.. Teringat pada tahun 2009, masa tu HM dah bertugas di istana negara.. Ai pula masih tinggal di Penang, ambil lesen kereta dan motor..

Ada satu hari tu, sekolah memandu tak nak hantar Ai sampai depan kem.. Mereka hanya turunkan Ai di Bayan Lepas.. Dah la tak bagi duit tambang.. huhuhu.. Ai call hubby, berjalan kaki sambil mata berair.. Then, HM call kawan dia minta tolong.. Satu-satunya kawan dia yang sanggup menolong adalah orang yang sama yang berjanji akan menolong pada petang ni.. huhuhu..


Nota Jari: Berharap sangat dapat meninggalkan air mata 2013 dan semoga hadirnya pelangi 2014..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...