Tuesday, 19 November 2013

Shoulder To Cry On...

Balik kerja, cuba call HM.. Tapi hampa tiada jawapan.. 4-5 kali panggilan hanya masuk ke peti simpanan suara je.. Mungkin dia pergi main bola.. Memang rutin petang dia, kalau tak duty di istana or kem, dia akan beriadah main bola sepak..

Masa kami tinggal bersama di KL, kerap juga la bertengkar.. Coz Ai suka pergi pasar malam pada sebelah petang.. Almaklum la, Ai jenis tidur awal.. Mana larat berjalan malam.. Dia pula jenis berjaga malam, petang pula masa untuk dia main bola.. Walaupun dengan paksa rela, HM akan tetap bawa Ai ke pasar malam.. Ye la, kalau tak nanti panjang pula muncung Ai merajuk.. hehehe..

Di kala berjauhan ni, sekali lagi Ai tersedar betapa Ai tak ada teman untuk mengadu.. Teman hidup jauh di KL.. Tak mungkin Ai dapat untuk menangis di bahunya.. Teman rapat??? Ai tak mempunyai teman rapat yang boleh Ai kongsi semua masalah.. Family pula??? Ai tak suka libatkan family dalam masalah Ai.. Sebab family pun ada banyak masalah.. So bagi Ai, tak perlu lah Ai menambah lagi beban dorang..
Yang pastinya, Ai sentiasa ada tempat untuk mengadu.. Walau di mana jua Ai berada, DIA tak pernah meninggalkan Ai.. DIA sentiasa ada untuk mendengar rintihan hiba Ai.. DIA selalu dekat dengan kita semua.. Lantas Ai melangkah longlai  berlalu ke bilik air.. Membersihkan diri daripada hadas kecil.. Di tikar sejadah, Ai sujudkan dahi.. Menangis dan mengadu pada-NYA akan kepiluan hati.. Bercerita tentang kedukaan jiwa & keperitan hidup yang dilalui..

Yakin... Ya, Ai amat yakin.. DIA amat mengerti apa yang Ai luahkan & apa yang Ai lalui.. Sesungguhnya, DIA lebih mengerti akan Qada' & Qadar-NYA..



Nota Jari: Semoga dugaan ini akan cepat berlalu.. Yang pastinya, setiap dugaan & ujian akan mematangkan kita..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...