Friday, 29 November 2013

Sakit : Tarik Mengkarung...

Masa mengandung HB dulu, Ai tak pernah kena tarik mengkarung.. Mungkin sebab masa tu Ai tak bekerja.. So boleh banyak berehat..

Berlainan dengan situasi sekarang ni.. Sejak masuk 20 weeks ni, Ai kerap kena tarik mengkarung.. Biasanya berlaku di awal pagi iaitu dalam pukul 3 - 5 am.. Masa 1st kena, 12/11/13 ritu.. Kena betis kiri pukul 3 am.. Nak menangis rasa.. Disebabkan HM masih tak dapat tukar penang, so terpaksalah Ai urut sendiri betis yang kena tarik mengkarung tu..

Bangun pagi masih terasa sakit tapi malas nak pergi klinik.. So hanya bersiap untuk pergi kerja.. Di opis, Ai perlu banyak bergerak.. Akibatnya, esoknya pun kaki masih sakit.. Balik daripada kerja, rasa penat sangat.. Nasib baik malam tu, HM balik coz nak bawa Ai check up kat Hospital Penang pada 15/11/13.. So hari khamis baru Ai pergi klinik dan ambil ubat..

Tapi Ai tak kena pula masa HM balik bercuti 4 hari tu.. Lepas HM balik KL dan Ai sibuk dengan kerja harian di opis, tarik mengkarung pun datang menyerang kembali di awal pagi.. Beberapa hari yang lepas (2 pagi berturut-turut), kaki kanan pula yang kena.. Tapi still boleh drive untuk ke opis.. Dan terbaru pagi semalam, kaki kiri sekali lagi diserang tarik mengkarung.. Kesannya Ai masih berasa sakit lagi walaupun dah 2 hari..

Rasa sedih sangat.. Masa mengandung HB, terpaksa berjauhan dengan HM coz dia dihantar berkursus di KL (masa tu kami masih tinggal di penang).. Kali ni pula, berjauhan kerana dia masih tak dapat bertukar balik ke unit asal.. Memang baby ni tak ada dalam perancangan masa Ai apply minta tukar dulu.. ALLAH lebih mengetahui, DIA anugerahkan baby ni sebagai penyelamat keadaan..

Ai redha... Cuma sedih bila balik kerja penat, tak de tukang urut.. huhuhu.. Bukan mengharapkan urutan sangat.. Hanya mengharapkan belaian bapa kepada baby yang dikandung.. huhuhu..

So dalam sedih sedu sedan ni, Ai tanya la pakcik google kut-kut ada Petua Terkena Tarik Mengkarung. Dan ni antara petua yang digalakkan untuk diamalkan:-

1. Minum banyak air dan makan kacang bergaram (pastikan garam ada walaupun sikit dalam makanan anda). Yang paling elok amalkan makan garam dasar laut dalam dengan mencalit sedikit sebelum dan selepas makan.. Ni sunnah Rasulullah s.a.w.. Tapi Ai pun tak tau nak beli kat mana??

2. Banyakkan makanan berpotassium tinggi seperti pisang.. Masa pergi klinik ritu, doc ada pesan ni...

3. Banyakkan minum susu, makan beras basmathi atau biskut bijan.

4. Tekan tapak kaki dan picit-picitkan agar cepat lega.

5. Picit ibu jari kaki sekuat hati untuk 60 saat.  
  
6. Picit bahagian pergelangan kaki.

7. Tarik semua jari kaki.

8. Sapu minyak panas pada jari kaki dan atas kaki (dekat tulang-tulang kaki)

9. Kalau anda sedang duduk, terus bangun dan cuba berjalan (memang pada mulanya sakit, tetapi akan cepat hilang kalau anda bergerak).  



Nota Jari: Mood tengah sedih sekarang ni....huhuhu....

2 comments:

  1. emm... kesian awak... tabah.. dugaan... ikut nasihat pemakanan dr pakar
    Moga u ceria selalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanksss.. Redha & sabar .. pasti ada hikmah di sebalik dugaan..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...