Saturday, 2 November 2013

HB : Tadika Tukar Taska...

Cuti sekolah dah nak bermula, bermakna nak kena cari pengasuh pula untuk HB.. Sejak berpindah ke penang, my mom yang jaga HB semasa Ai keluar bekerja.. HM pula masih belum dapat bertukar balik ke unit asalnya di penang..

Cuti sekolah nanti, adik Ai nak kahwin.. So my mom akan sibuk untuk menguruskan majlis perkahwinan tu.. So dah tak boleh la nak jaga HB.. Kalau tinggal HB di kampung, Ai pula yang akan kesunyian di penang.. Almaklum lah, mulut HB sangat becok macam murai..Dia lah penyeri rumah & teman berbual..

Dah cari pengasuh dalam kem.. Tapi nak dijadikan cerita minggu lepas masa dalam kelas selepas makan, HB dan kengkawannya main kejar-kejar.. HB memang suka main kejar-kejar, biasanya dia yang akan dikejar.. Dia akan berlari sekuat mungkin untuk elak ditangkap.. Masa seronok-seronok main tu, HB tak sempat mengelak.. Lalu terlanggar seorang budak perempuan kelasnya.. Budak tu menangis la.. Kemudian, cikgu tadika tu gertak HB dengan mengatakan akan report polis suruh tangkap HB.. Dengar macam tu, HB jadi sangat takut dan terus menangis.. 

Masa my mom datang nak jemput dia balik sekolah, HB masih menangis menyorok di belakang pintu.. Semua kengkawan HB dah balik.. Tukang masak tadika cerita apa yang berlaku tapi tak cerita apa yang cikgu cakap sampai HB takut sangat.. HB cerita pada my mom.. Then my mom pujuk la, kata tak perlu takut sebab HB ada umi, ada nenek dan ada ada abi.. HB tak nak balik sebab takut polis tangkap, lagi pun abi ada di KL bukan di penang..

Ai dah balik kerja baru may mom cerita kat Ai.. Kat tadika tu ada 2 orang cikgu.. Cikgu yang gertak HB tu memang tak suka dengan HB.. Cikgu yang seorang lagi (cikgu ni ok dengan HB) tak de masa kejadian kerana ada urusan di luar.. Disebabkan kejadian tu, Ai ambil keputusan cuti sekolah nanti nak hantar HB masuk taska sehingga tahun depan.. Ai memang bengang betul kat cikgu tu.. Tak layak jadi cikgu.. Coz tak pandai mendidik kanak-kanak..

Bayangkanlah, malam tu Ai nak call HM.. HB risau sangat..
HB : "umi tepon polis ke??".. 
Ai : "tak lah, umi call abi je.."..
HB : "ohhh, xpe lah.. HB ingat umi tepon polis tadi.. umi jangan tepon polis ye.."
Ai : "HB jangan takutlah.. polis tak kan tangkap HB sebab HB masih kanak-kanak.. kalau cikgu report
       polis, cikgu yang kena tangkap sebab x jaga HB dengan baik..

Lepas Ai cakap macam tu, barulah HB mau tersenyum dan terus tidur..



Nota Jari: So minggu depan bermula lah pencarian taska untuk HB..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...