Sakit : Tarik Mengkarung...

Masa mengandung HB dulu, Ai tak pernah kena tarik mengkarung.. Mungkin sebab masa tu Ai tak bekerja.. So boleh banyak berehat..

Berlainan dengan situasi sekarang ni.. Sejak masuk 20 weeks ni, Ai kerap kena tarik mengkarung.. Biasanya berlaku di awal pagi iaitu dalam pukul 3 - 5 am.. Masa 1st kena, 12/11/13 ritu.. Kena betis kiri pukul 3 am.. Nak menangis rasa.. Disebabkan HM masih tak dapat tukar penang, so terpaksalah Ai urut sendiri betis yang kena tarik mengkarung tu..

Bangun pagi masih terasa sakit tapi malas nak pergi klinik.. So hanya bersiap untuk pergi kerja.. Di opis, Ai perlu banyak bergerak.. Akibatnya, esoknya pun kaki masih sakit.. Balik daripada kerja, rasa penat sangat.. Nasib baik malam tu, HM balik coz nak bawa Ai check up kat Hospital Penang pada 15/11/13.. So hari khamis baru Ai pergi klinik dan ambil ubat..

Tapi Ai tak kena pula masa HM balik bercuti 4 hari tu.. Lepas HM balik KL dan Ai sibuk dengan kerja harian di opis, tarik mengkarung pun datang menyerang kembali di awal pagi.. Beberapa hari yang lepas (2 pagi berturut-turut), kaki kanan pula yang kena.. Tapi still boleh drive untuk ke opis.. Dan terbaru pagi semalam, kaki kiri sekali lagi diserang tarik mengkarung.. Kesannya Ai masih berasa sakit lagi walaupun dah 2 hari..

Rasa sedih sangat.. Masa mengandung HB, terpaksa berjauhan dengan HM coz dia dihantar berkursus di KL (masa tu kami masih tinggal di penang).. Kali ni pula, berjauhan kerana dia masih tak dapat bertukar balik ke unit asal.. Memang baby ni tak ada dalam perancangan masa Ai apply minta tukar dulu.. ALLAH lebih mengetahui, DIA anugerahkan baby ni sebagai penyelamat keadaan..

Ai redha... Cuma sedih bila balik kerja penat, tak de tukang urut.. huhuhu.. Bukan mengharapkan urutan sangat.. Hanya mengharapkan belaian bapa kepada baby yang dikandung.. huhuhu..

So dalam sedih sedu sedan ni, Ai tanya la pakcik google kut-kut ada Petua Terkena Tarik Mengkarung. Dan ni antara petua yang digalakkan untuk diamalkan:-

1. Minum banyak air dan makan kacang bergaram (pastikan garam ada walaupun sikit dalam makanan anda). Yang paling elok amalkan makan garam dasar laut dalam dengan mencalit sedikit sebelum dan selepas makan.. Ni sunnah Rasulullah s.a.w.. Tapi Ai pun tak tau nak beli kat mana??

2. Banyakkan makanan berpotassium tinggi seperti pisang.. Masa pergi klinik ritu, doc ada pesan ni...

3. Banyakkan minum susu, makan beras basmathi atau biskut bijan.

4. Tekan tapak kaki dan picit-picitkan agar cepat lega.

5. Picit ibu jari kaki sekuat hati untuk 60 saat.  
  
6. Picit bahagian pergelangan kaki.

7. Tarik semua jari kaki.

8. Sapu minyak panas pada jari kaki dan atas kaki (dekat tulang-tulang kaki)

9. Kalau anda sedang duduk, terus bangun dan cuba berjalan (memang pada mulanya sakit, tetapi akan cepat hilang kalau anda bergerak).  



Nota Jari: Mood tengah sedih sekarang ni....huhuhu....

Shoulder To Cry On...

Balik kerja, cuba call HM.. Tapi hampa tiada jawapan.. 4-5 kali panggilan hanya masuk ke peti simpanan suara je.. Mungkin dia pergi main bola.. Memang rutin petang dia, kalau tak duty di istana or kem, dia akan beriadah main bola sepak..

Masa kami tinggal bersama di KL, kerap juga la bertengkar.. Coz Ai suka pergi pasar malam pada sebelah petang.. Almaklum la, Ai jenis tidur awal.. Mana larat berjalan malam.. Dia pula jenis berjaga malam, petang pula masa untuk dia main bola.. Walaupun dengan paksa rela, HM akan tetap bawa Ai ke pasar malam.. Ye la, kalau tak nanti panjang pula muncung Ai merajuk.. hehehe..

Di kala berjauhan ni, sekali lagi Ai tersedar betapa Ai tak ada teman untuk mengadu.. Teman hidup jauh di KL.. Tak mungkin Ai dapat untuk menangis di bahunya.. Teman rapat??? Ai tak mempunyai teman rapat yang boleh Ai kongsi semua masalah.. Family pula??? Ai tak suka libatkan family dalam masalah Ai.. Sebab family pun ada banyak masalah.. So bagi Ai, tak perlu lah Ai menambah lagi beban dorang..
Yang pastinya, Ai sentiasa ada tempat untuk mengadu.. Walau di mana jua Ai berada, DIA tak pernah meninggalkan Ai.. DIA sentiasa ada untuk mendengar rintihan hiba Ai.. DIA selalu dekat dengan kita semua.. Lantas Ai melangkah longlai  berlalu ke bilik air.. Membersihkan diri daripada hadas kecil.. Di tikar sejadah, Ai sujudkan dahi.. Menangis dan mengadu pada-NYA akan kepiluan hati.. Bercerita tentang kedukaan jiwa & keperitan hidup yang dilalui..

Yakin... Ya, Ai amat yakin.. DIA amat mengerti apa yang Ai luahkan & apa yang Ai lalui.. Sesungguhnya, DIA lebih mengerti akan Qada' & Qadar-NYA..



Nota Jari: Semoga dugaan ini akan cepat berlalu.. Yang pastinya, setiap dugaan & ujian akan mematangkan kita..

Rahsia Surah Al-Kautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di makkah dan bermaksud sungai di surga.kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati nabi muhammad kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi yaitu anak lelakinya ibrahim dan bapak saudaranya abu thalib.

Berbagai khasiat terkandung di dalam surah ini boleh di amalkan:-

♥baca surah ini ketika hujan turun dan berdoa, mudah-mudahan allah s.w.t memakbulkan doa kita.

♥jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosokan di keher, insya allah hilang dahaga

♥jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bangkak sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
♥jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x muda-mudahan allah s.w.t bagi ilham kepada kita dimana letaknya sihir itu

♥jika membacanya 1, 000x rezeki kita akan bertambah

♥jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan sholat

♥jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, allah s.w.t akanmemberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi


Rasulullah bersabda,
"Barang siapa menyampaikan (1) satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala

Tanda-tanda Awal Kehamilan

1. Terasa mual- Tanda-tanda ini kebiasaannya terjadi pada semua wanita hamil. Ini berlaku kerana adanya peningkatan hormon secara tiba-tiba pada aliran darah. Gejala mual ini biasanya terjadi selama enam minggu saat anda disahkan hamil.

2. Kekerapan membuang air kecil- Tidur anda terganggu akibat kekerapan membuang air kecil, mungkin itu adalah tanda anda sudah hamil. Keadaan ini berlaku kerana tubuh anda menghasilkan cairan tambahan untuk janin anda. Walaupun kekerapan buang air kecil berlaku anda dilarang menahannya kerana boleh menjejaskan kesihatan diri anda.

3. Terasa Kram- Gejala ini berlaku kerana rahim akan membesar dan dan merenggang untuk menyiapkan tempat bagi bayi anda.

4. Mengidam- Sudah tidak asing lagi jika wanita hamil dikaitkan dengan mengidam pelbagai makanan yang pelik-pelik dan susah untuk mendapatkannya. Kebiasaannya wanita mengidam buah-buahan yang masam dan asam-asam.

5. Moody- Sering marah-marah pada suami dan mengalami perubahan tingkah laku. Hal ini disebabkan dari kemunculan hormon-hormon baru di dalam tubuh anda. Perubahan yang drastik daripada tidak pernah marah kepada pemarah akan berlaku saat kehamilan.

6. Bau badanMungkin tanda ini jarang ditemui pada wanita hamil. Namun jika memang muncul bau badan, maka adanya peningkatan hormon yang berlebih sehingga menyebabkan kelenjar keringat meningkat.

7. Pengsan- Gejala ini berlaku kerana kekurangan gula dalam badan. Anda dinasihatkan menjaga pemakanan bagi mengelakkan berlakunya simpton ini. Makan yang cukup dapat mengelakkan berlakunya pengsan.

8. Sakit punggungSakit punggung yang dirasakan saat hamil disebabkan beberapa ligamen di punggung anda sudah tidak ada. Sakit ini akan terus dirasai saat berat badan anda bertambah dan selama masa kehamilan.

9. Rasa lelah yang berlebihan- Rasa lelah yang berlebih akan membuat anda cepat tertidur. Hal ini disebabkan dari perubahan hormon dan juga akibat dari kinerja organ-organ vital untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan janin. Biasanya rasa lelah ini hanya pada trimester pertama dan akan hilang saat memasuki trimester kedua.

10. Sembelit- Sembelit ini terjadi akibat peningkatan hormon progesterone. Hormon ini selain mengendurkan otot-otot rahim, juga berdampak pada mengendurnya otot dinding usus sehingga menyebabkan sembelit atau susah buang air besar. Namun kebaikan dari keadaan ini adalah memungkinkan peyerapan nutrisi yang lebih baik saat hamil.



Nota Jari: Ai tau pregnant masa minggu kedua coz gastrik yang teruk masa puasa ritu.. Alhamdulillah, sekarang dah 18 minggu.. Ai dapat rasa pergerakan baby since minggu ke-8.. Kami semua happy sangat dengan anugerah ni..

HB : Tadika Tukar Taska...

Cuti sekolah dah nak bermula, bermakna nak kena cari pengasuh pula untuk HB.. Sejak berpindah ke penang, my mom yang jaga HB semasa Ai keluar bekerja.. HM pula masih belum dapat bertukar balik ke unit asalnya di penang..

Cuti sekolah nanti, adik Ai nak kahwin.. So my mom akan sibuk untuk menguruskan majlis perkahwinan tu.. So dah tak boleh la nak jaga HB.. Kalau tinggal HB di kampung, Ai pula yang akan kesunyian di penang.. Almaklum lah, mulut HB sangat becok macam murai..Dia lah penyeri rumah & teman berbual..

Dah cari pengasuh dalam kem.. Tapi nak dijadikan cerita minggu lepas masa dalam kelas selepas makan, HB dan kengkawannya main kejar-kejar.. HB memang suka main kejar-kejar, biasanya dia yang akan dikejar.. Dia akan berlari sekuat mungkin untuk elak ditangkap.. Masa seronok-seronok main tu, HB tak sempat mengelak.. Lalu terlanggar seorang budak perempuan kelasnya.. Budak tu menangis la.. Kemudian, cikgu tadika tu gertak HB dengan mengatakan akan report polis suruh tangkap HB.. Dengar macam tu, HB jadi sangat takut dan terus menangis.. 

Masa my mom datang nak jemput dia balik sekolah, HB masih menangis menyorok di belakang pintu.. Semua kengkawan HB dah balik.. Tukang masak tadika cerita apa yang berlaku tapi tak cerita apa yang cikgu cakap sampai HB takut sangat.. HB cerita pada my mom.. Then my mom pujuk la, kata tak perlu takut sebab HB ada umi, ada nenek dan ada ada abi.. HB tak nak balik sebab takut polis tangkap, lagi pun abi ada di KL bukan di penang..

Ai dah balik kerja baru may mom cerita kat Ai.. Kat tadika tu ada 2 orang cikgu.. Cikgu yang gertak HB tu memang tak suka dengan HB.. Cikgu yang seorang lagi (cikgu ni ok dengan HB) tak de masa kejadian kerana ada urusan di luar.. Disebabkan kejadian tu, Ai ambil keputusan cuti sekolah nanti nak hantar HB masuk taska sehingga tahun depan.. Ai memang bengang betul kat cikgu tu.. Tak layak jadi cikgu.. Coz tak pandai mendidik kanak-kanak..

Bayangkanlah, malam tu Ai nak call HM.. HB risau sangat..
HB : "umi tepon polis ke??".. 
Ai : "tak lah, umi call abi je.."..
HB : "ohhh, xpe lah.. HB ingat umi tepon polis tadi.. umi jangan tepon polis ye.."
Ai : "HB jangan takutlah.. polis tak kan tangkap HB sebab HB masih kanak-kanak.. kalau cikgu report
       polis, cikgu yang kena tangkap sebab x jaga HB dengan baik..

Lepas Ai cakap macam tu, barulah HB mau tersenyum dan terus tidur..



Nota Jari: So minggu depan bermula lah pencarian taska untuk HB..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...