Petua: Mengubah Kedudukan Bayi Songsang

Perkara yg anda boleh lakukan sendiri bagi mengubah kedudukan bayi dari songsang kepada normal:

1. Merangkak
Luangkan lebih banyak masa untuk berada di dalam keadaan seperti merangkak. Dengan melakukan posisi sebegini, graviti dipercayai dapat menarik kepala bayi ke bawah. Anda disarankan untuk berada dalam posisi merangkak setiap hari sambil membaca majalah, buku atau surat khabar.

2. Kaedah panas - sejuk
Letakkan pek ais pada bahagian atas rahim anda. Manakala di bahagian bawah rahim pula, letakkan bekas yg berisi air suam. Bayi anda akan cenderung untuk bergerak ke arah sumber haba.

3. Pek ais
Letakkan pek ais di atas perut. Namun anda dinasihatkan untuk melapik perut dengan kain terlebih dahulu. Tujuan penggunaan pek ais ini ialah untuk menimbulkan rasa tidak selesa kepada bayi. Oleh yang demikian, diharap dia akan mengubah kedudukan dan berpusing ke bawah.

4. Berendam di kolam renang
Amalan ini sama konsepnya seperti penggunaan pek ais yg diletakkan di atas perut. Tujuannya bagi menggalakkan bayi unttk memusingkan kepalanya ke bawah.
5. Menyanyi dan bercakap
Rakamkan suara anda menyanyi ataupun bercakap kepada bayi. Mainkan rakaman berkenaan berulang kali dengan menggunakan headphone berdekatan dengan tulang pubik bagi menggalakkan bayi bergerak mendekati suara anda.

6.Senaman tilt position
Kaedah senaman ini sama seperti anda sujud ketika bersolat. Oleh sebab itu, ketika melakukan sujud, anda sangat digalakkan untuk melakukannya lebih lama daripada biasa. Pada masa yang sama, anda boleh memohon doa agar bayi berkeadaan normal terutamanya pada sujud terakhir.
Menurut pendapat pakar anda boleh melakukannya dalam jumlah masa 20 minit sehari. Kelebihan di sebalik senaman ini ialah kepala bayi akan turun ke bahagian yg sepatutnya.

7. Lampu suluh
Penggunaan cahaya daripada lampu suluh dipercayai dapat membantu bayi bergerak ke kedudukan normal. Caranya ialah dengan menghalakan lampu suluh ke bahagian tulang pubik atau bawah pusat. Tujuan ia dilakukan ialah utk membolehkan bayi bergerak ke arah cahaya.

8. Pujukan
Anda dinasihatkan supaya kerap berbual bual dengan bayi sambil memujuknya supaya berada di kedudukan yang betul.

9. Doa
Banyakkan berdoa dan melakukan solat hajat agar bayi berkedudukan normal bagi membolehkan anda melahirkannya tanpa melalui komplikasi kelahiran yang lainnya.



Nota Jari: HB dulu songsang.. Masa tu tak tau ada petua macam ni..

Rintihan Hamba...

Hiba merantai jiwa..
Kemelut masalah masih bersisa..
Menunggu saat hadirnya bahagia yang diharapkan..
Tak pasti sampai bila mampu untuk terus bertahan??

Setakat ini sahajakah keupayaan diri??
Tidak mampukah diri mendapat yang lebih??
Atau tidak sediakah diri menghadapi yang lebih??

Ingin sekali menangisi kepiluan hati..
Apakah usaha diri masih tidak mencukupi??
Adakah ikhtiar diri masih di tahap minimum??

Ya Allah,
Tuhan Yang Maha Mengasihani,
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang...
Kurniakanlah kepada hamba pekerjaan yang lebih baik daripada sekarang ini,
Yang sesuai dengan hamba, yang serasi dengan hamba, yang mengunakan ijazah hamba..
Hamba bermohon pada-Mu,
Berkatilah pencarian hamba, bimbinglah hamba dalam membuat keputusan..

Ya Allah,
Hamba sedar diri ini hina, tidak layak untuk meminta..
Tapi Ya Allah,
Hanya pada-Mu hamba berserah diri dan hanya pada-Mu tempat hamba memohon pertolongan..
Hamba ingin sekali membantu, menyara kedua orang tua..
Hamba berharap sangat dapat melangsaikan hutang pitipitiend,
Kerana hamba ingin sekali pergi mengerjakan haji dan umrah..
Hamba nak sangat bersujud di depan Kaabah-Mu dan mencium Hajar Aswad-Mu..
Hamba juga ingin sangat membawa kedua orang tua bersama..

Ya Allah,
Kurniakanlah peluang itu kepada hamba..
Dengarkanlah rintihan hati hamba..
Perkenankanlah permohonan hamba..
Amin Ya Rabbal Alamin...

Salam Aidilfitri 2013....

Ai nak ucapkan selamat hari raya kepada semua kengkawan pengunjung blog Ai.. Agak terlewat ucapan ni di tulis.. hehehe.. Alkisahnya, penyakit gastrik masih melanda.. So selalu tak sihat..

Tahun ni Ai beraya di Perak (kampung Ai) coz Ai kan baru je posting ke penang, tambahan pula Ai tak berapa sihat.. So kami sepakat beraya di kampung Ai je.. Dan pertama kalinya, Sal datang beraya kat rumah my mom bersama suami dan keluarganya.. Actually, sebelum puasa ritu dia ada mesej Ai.. Katanya tetiba teringat kat Ai.. Then tak sangka pula, raya  ni dia nak datang beraya kat rumah.. Alhamdulillah.. Dia sendiri ingat, last kami jumpa masa kenduri kahwin dia.. Dia terkejut tengok HB dah besar (tinggi).. Mudahan jalinan persahabatan ini akan terus kekal walau bukan sebagai kawan baik..

Oleh kerana Ai ambil cuti 5 hari sebelum raya so hari ni raya ke-5 (ari ni), Ai dah kena masuk kerja.. huhuhu.. Sedih betul.. Ramai yang masih cuti.. Unit Ai tak de orang, Ai kerja sorang-sorang je.. 
Pagi tadi Ai datang kerja dari kampung.. Rumah dah dapat kat kem sungai Ara tapi rumah tu masih tak kemas lagi.. Rumah askar yang dah pencen tapi barang-barangnya masih banyak.. Barang-barang berharga macam peralatan eletrik semua dia angkut.. Cuma yang tinggal pakaian, pinggan-mangkuk, meja-meja dan rak-rak.. Rumah memang bersepah sangat dan berabuk sangat.. Petang semalam baru kami dapat kunci, so tak sempat la nak kemas apa-apa.. Alamatnya, minggu ni Ai kena berulang kerja dari Semanggol la.. Hujung minggu nanti la baru minta tolong adik-adik Ai datang kemaskan rumah.. Lagipun next week dah mula sekolah.. Nak uruskan pertukaran sekolah tadika kemas HB pula..



Nota Jari: Sakit kepala.. Mudahan habis kerja nanti, sihat untuk drive terus ke Semanggol.. Ya Allah, bantulah hamba-Mu yang lemah ini...

Ukhuwah Bertaut....

Perhimpunan terakhir di JPWPKL..
Errrmmmm.. Hari ni dah 2 Ogos 2013.. Last month, Ai tak banyak mencoret.. Sorry la kepada kengkawan yang selalu follow blog Ai.. Bukan apa, banyak perkara yang sukar untuk dikongsikan..

Ramadhan tahun ni, Ai kena gastrik la pula.. Jadinya, asal petang balik kerja je Ai terus terbaring sementara tunggu waktu berbuka.. huhuhu.. Biasa kena gastrik di luar bulan Ramadhan, so boleh la sentiasa mengunyah makanan.. Tapi bila kena gastrik dalam bulan puasa, tak kan la tak nak puasa pula pastu selamba pula boleh solat.. So Ai paksa diri untuk berpuasa walaupun perut terseksa semacam je..
Ai punya geng makan tengah hari sebelum puasa..
Alhamdulillah, pada 29 Julai yang lalu Ai dah melapor diri dan mula bertugas di PPD Timur Laut.. Ini bermakna 26 Julai adalah ari terakhir Ai bertugas di JPWPKL.. Sedih juga la meninggalkan kengkawan yang sporting.. Tapi apakan daya demi masa depan keluarga, Ai terpaksa bertukar ke penang..
Cenderahati kenangan daripada Unit Akaun & Kewangan, JPWPKL..
Namun kebahagian bukanlah suatu yang mudah untuk dikecapi.. Terdapat pelbagai pula halangan & dugaan yang perlu Ai tempuh untuk memulakan kehidupan di Penang.. Walaupun sebelum ni, Ai memang dah pernah duduk Penang.. Hakikatnya ada yang manis dan ada yang perit sehingga sukar untuk dikongsi bersama.. huhuhu...



Nota Jari: Alhamdulillah... Setakat ni warga opis baru memahami masalah yang Ai hadapi.. So Ai dapat start cuti raya dari semalam.. hehehe.. Tapi masuk kerja pun awal dari orang lain la.. huhuhu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...