Tuesday, 2 July 2013

Senyum..

Pada kursus PTM yang lalu, Ai telah dilantik menjadi penghuluwati.. Sesuatu yang asing dan di luar kebiasaan bagi Ai..

Tok Penghulu yang berkepala botak tu, Penghuluwati yang tudung merah.. 4 org yang tengah2 tu, urusetia..

Masa sekolah dulu, Ai tak pernah dilantik menjadi pengawas.. Pernah sekali jadi pengawas perpustakaan masa form 2.. Selebihnya hidup Ai hanya sebagai pelajar biasa.. Dulu Ai jenis yang pemalu (sekarang pun sama je, cuma dah lebih berani sedikit).. Ai lebih suka memilih atau memakai pakaian berwarna gelap (kebanyakkan baju Ai berwarna biru pada zaman tu).. Ai akan mengelak daripada membeli or memakai warna yang terang kerana bagi Ai warna yang terang akan menarik perhatian ramai orang (termasuk la lembu & kerbau).. huhuhu..

Tapi yang hairannya, setiap tahun pasti ada seorang guru yang berminat dengan Ai.. Misalnya masa Ai form 1, cikgu matematik Ai sangat suka memanggil Ai untuk menjawab soalan di papan putih.. 1st time kena jawab soalan kat papan putih, kepala lutut Ai rasa nak tercabut.. Kaki pula berjalan macam tak jejak kat lantai.. Berpeluh tak kira la, pucat lesi semua ada la.. Tapi lelama, Ai dah terbiasa pula.. Setiap kali kelas matematik, Ai akan bagi perhatian.. Kalau Ai tak dipanggil untuk jawab, Ai sendiri volunteer untuk buat jawapan di papan putih..

Masa form 2, cikgu bahasa melayu pula yang tertarik dekat Ai.. Kalau masa form 1 cikgu lelaki tapi kali ni cikgu perempuan pula.. Mula-mula tak la ketara sangat dia melebihkan Ai.. Tapi Ai mula sedar semasa sekolah perlu menghantar seorang pemidato untuk wakil sekolah dan surat di terima pada saat-saat akhir.. Tak semena-mena, cikgu tadi mencalonkan nama Ai??? Berpeluh-peluh Ai dibuatnya.. Ai tau pun tak pidato tu macamna?? Cikgu tu kata Ai banyak idea dan pandai cakap.. Ehhh, ye ke?? Ai pun konpius juga masa tu.. Then Ai disuruh pergi ke library, cari isi kandungan untuk tajuk pidato.. Selepas tu, cikgu tu buat saringan antara Ai dan seorang lagi budak lelaki kelas lain.. Akhirnya, that boy dipilih untuk mewakili sekolah.. Lega betul.. Tapi cikgu cakap kat Ai;  "cikgu terpaksa pilih dia coz dia nampak lebih natural berbanding Ai.. tak pe lain kali Ai cuba lagi, ye..".. Lagi sekali Ai konpius.. Ai tak de pun kata Ai nak masuk pertandingan tu, cikgu yang calon kan Ai... huhuhu..

Cerita masa form 4 & 5 pula, cikgu bahasa melayu juga yang nampak berminat dengan Ai.. Setiap kali kelas dia, kami akan diminta untuk membaca perenggan by perenggan.. Biasanya akan dimulakan daripada Ai.. Dia selalu janji untuk suruh orang lain sambung apabila kelas akan datang.. Tapi setiap kali, mesti bacaan tu akan dimulakan oleh Ai juga.. Pernah sekali tu dia kata; "kesian Ai asyik Ai je yang kena baca.. tak pe lah, hari ni kita mulakan dari sebelah lain pula.. (sambil matanya memandang orang yang bertentang daripada Ai).. Ok, Ai sila sambung bacaan.." Ai terpinga-pinga.. Kata nak mula dari bahagian lain, tapi dia panggil nama Ai suruh mulakan.. Dalam kelas tu mana ada orang sama nama dengan Ai.. Sambil senyum-senyum cikgu cakap; "kesian dia, ingat legalah tu bila kata bahagian lain kena mula dulu.. tapi alih-alih nama dia juga yang dipanggil".. huhuhu..

Pastu sambung cerita masa sem 1 kat U pula.. Bayangkan dalam kelas yang ramai (rasanya dalam 250 orang pelajar), pensyarah pengantar pengurusan tu boleh perasan kewujudan Ai dalam kelas tu.. 

       Pensyarah: nama awak siapa?? tak payah toleh-toleh kat orang lain, saya tanya kamulah..
       Ai: Linz Kushina (bukan nama sebenar)..
       Pensyarah: satu baris tu, semua geng awak ke??
       Ai: Aaahhh..
       Pensyarah: (sambil memandang keseluruh kelas).. satu perkara yang saya perasan tentang Ai 
                       ni dari 1st kelas saya sampai sekarang, dia selalu tersenyum.. (mengalihkan pandangan 
                        pada Ai pula).. Kamu xde masalah ke??
       Ai: (menggeleng-geleng kepala sambil tersenyum)
       Pensyarah: tak kan xde masalah langsung.. masalah dengan kawan ke, masalah dengan keluarga 
                         ke, masalah cinta ke, masalah kewangan ke???
       Ai: (masih menggeling-geling kepala sambil tersenyum)..
     Pensyarah: bagus lah kamu xde masalah.. cuma saya risau tengok kamu senyum je, kamu ni 
                        faham ke tak apa yang saya ajar??

Cerita terus disambung semasa Ai sem. 6.. Masa sem tu Ai ambil subjek securiti bank & pengurusan pinjaman (ye lah, Ai kan student banking).. Kedua-dua subjek ni diajar oleh pensyarah yang sama (tapi bukan pensyarah sem 1 tadi, ye).. Masa kena buat group presentation securiti bank, group Ai memilih tema putih hitam.. Presenternya sudah semestinya Ai.. hehehe.. Dapat tempat kedua untuk presentation terbaik.. Tapi yang tak bestnya tu, dia kata group Ai macam orang kerja kat restoren.. Bengang betul Ai.. Then selang beberapa hari selepas tu, Ai terlewat datang ke kelas.. Elok letak punggung je, pensyarah tu panggil nama Ai suruh tutup pintu.. Walaupun agak geram juga la masa tu, tapi Ai bangun sambil melemparkan senyuman kepada dia.. Then belum sempat Ai duduk, dia cakap kat kelas; "saya suka tengok Ai.. sebab jumpa Ai kat mana-mana pun dia sentiasa tersenyum".. Habis merah pipi Ai.. Malu sioootttt... So sejak tu ramai la yang tau, pensyarah tu suka tengok Ai sebab dia sendiri yang mengaku... huhuhu..

Panjang betul Ai melalut.. Sebenarnya, Ai cuma nak cerita tentang awal-awal penglibatan Ai dengan dunia presentation je.. hehehe.. Apa-apa pun, Ai memang suka sangat buat presentation.. That y la, masa kursus kat tempat lama tiap kali ada kursus audit IPTA; Ai akan volunteer jadi presenter.. Tapi kursus tahun ni, berbeza sedikit la.. Ai perlu memikul tanggungjawab sebagai penghuluwati kepada 115 orang peserta kursus dan hanya 30 orang daripadanya adalah lelaki.. Part yang bestnya, setiap hari dapat cakap kat mic... hahahaha..


Nota Jari: Ai memang gila mic tapi bukan untuk menyanyi or berlakon hanya untuk pengucapan awam je..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...