Thursday, 18 July 2013

Salam Ramadhan...

Hari ni dah 10 hari umat islam berpuasa.. Ai rancang nak tulis entry ni awal puasa.. Tetapi disebabkan terdapat beberapa kekalutan menyebabkan Ai takde masa nak mencoret luahan hati.. hehehe..
Sebenarnya, selepas habis kursus PTM ritu, Ai sibuk menguruskan urusan pertukaran Ai ke Pulau Pinang.. Hajat nak balik bekerja dekat dengan kampung tapi tiada kekosongan.. Cari punya cari, Ai dapat tau kat Penang ada kekosongan.. So mohon tukar ke Penang la.. Janji dekat dengan kampung.. hehehe.. Memang dah lama berhajat nak balik ke sana tapi memandangkan kerja sebelum ni tak boleh posting mana-mana (xde cawangan lain), so terpaksa bersabar je la..

Ai diberitahu tarikh melapor diri di tempat baru adalah pada 16 Julai 2013.. But untill 12/7/2013, Ai masih belum terima surat kelulusan pertukaran tu.. So hari isnin Ai call Penang, dorang pun tak tau Ai nak masuk.. Then Ai kata perlu ke Ai pergi ke sana coz Ai nak minta tangguh sehingga 29/7/2013.. Mula-mula call cakap dengan PT, kata tak boleh.. Dah minta tukar kena lapor diri juga, katanya..

Then Ai call pula KPM tanya perlu ke melapor diri kat  Penang?? Orang KPM kata mengikut budi bicara dari sana.. Then he give me another contect no.. Ai call, kali ni cakap dengan CC dia pula.. Masih juga dapat jawapan yang sama.. CC dia bagi Ai another contact no. suruh cakap dengan EO dia pula.. So call la pula EO dia.. Jawapan masih sama juga.. Masa Ai cuba merayu tetiba kredit Ai habis.. huhu.. Ai rasa frust la juga.. Coz just imagine, Ai nak kena rush dari KL ke Penang (macam mana punya penat, modal tol & minyak lagi).. Call hubby, dia kata takpe la, kami rush juga la balik Penang..

Petang tu, EO call Ai semula maklumkan dia dah buat perbincangan dengan KU dia dan dorang buat keputusan Ai tetap perlu lapor diri kat sana esok hari.. Takpelah, Ai redha je lah..

Petang tu HM ambil Ai kat opis and kami terus menghala pulang ke kampung.. Kami cuma berhenti untuk berbuka di R&R Tapah.. Sampai rumah mak dalam pukul 10.30pm.. Esok paginya (16/7/2013), lepas solat subuh Ai & HM bergerak ke penang.. Tersesat la juga mencari opisnya.. Maklumla dah dekat 4 tahun tinggalkan penang.. 

Sampai sana, cari unit yang berkaitan.. Dorang minta surat dari KPM.. Ai kata la, semalam kan dah bagi tau Ai masih tak terima surat tu.. Ai serahkan surat permohonan tangguh mula bertugas.. Katanya nanti maklum balas tentang penangguhan tu akan di faks kemudian.. Then Ai disuruh isi sehelai borang.. Ai diminta untuk poskan pengesahan lapor diri (yang disertakan dalam surat dari KPM tu) bila Ai dah terima & isi bahagian yang perlu Ai isi.. Coz dorang perlu hantar surat tu kat KPM dalam tempoh tertentu.. Siap isi borang yang sehelai tu, dia kata Ai dah boleh balik sebab dorang faham Ai dari KL.. 

Bab ni, memang Ai tak puas hati.. Kalau dorang faham, takde la beriya suruh Ai datang melapor diri.. Apa yang dorang faham sebenarnya?? Kepenatan yang Ai tanggung?? Kos perjalanan yang terpaksa Ai tanggung?? Katanya sebab ikut arahan/pekeliling, so dorang tak benarkan Ai buat penangguhan dari KL.. Surat pun tak sampai lagi, pastu suruh Ai pos je.. Apsal tak cakap je dalam phone minta Ai poskan.. Senang je kan..

Persoalannya, 
1. Kenapa ramai yang takut melanggar peraturan yang diwujudkan oleh manusia tetapi ramai yang tak takut akan hukum yang ALLAH tetapkan??

2. Prosidur yang diwujudkan tu, akan sentiasa dikaji dan diubah mengikut keperluan.. Tapi itu yang ditakutkan sangat?? Disebabkan setiap tahun audit akan masuk??

3.  Hal sebenarnya adalah atas budi bicara.. Tapi kebanyakkan orang akan hanya memikirkan hal periuk sendiri sahaja tanpa mengambil peduli masalah orang lain..

Redha je lah.. ALLAH itu Maha Mengetahui, Maha Penyayang, Maha Pengasih.. Mungkin ini hadiah (dugaan) Ramadhan pada tahun ni.. ALLAH itu Maha Adil, Maha Menghakimi, Maha Berkuasa.. DIA boleh beri apa sahaja kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan boleh menarik semula nikmatnya daripada sesiapa sahaja yang dikehendaki-NYA...



Nota Jari: Penempatan masih belum diberitahu.. Hope dapat kat tempat yang mudah untuk Ai mendekatkan diri dengan-Nya...

2 comments:

  1. Congratulation... tercapai impian katakan... ada gk kwn amir bila ke penang suatu hari nanti.. heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. moga ada sinar pelangi di penang nanti.. hehehe..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...