Saturday, 6 July 2013

Kisah HB dan Peminta Sedekah...

Bersedekah bukanlah hanya dikala kita banyak wang.. Wang sebenarnya tak kan pernah cukup.. Ai dan HM dah biasa ajar HB bersedekah.. Kalau pergi pasar malam, nampak je ada peminta sedekah, Ai or HM akan hulur pada HB supaya HB berikan pada mereka..
Pada mulanya, HB baling/campak je duit tu.. Tapi kami ajar, kalau nak bagi apa-apa pada orang lain kena bagi dengan elok.. Tak baik baling/campak je.. Lelama dia faham.. Sekarang setiap kali bagi dia duit, dia akan bagi elok-elok kat tangan mereka..
 
Alkisahnya beberapa hari yang lalu, Ai keluar berdua dengan HB.. Ai sedikit kekok coz selalu ada HM untuk kontrol HB yang aktif ni.. Ai perlu ambil penyata KWSP 2011.. HM kerja so tak boleh la nak hantar Ai.. Terpaksa pergi sendiri menaiki LRT.. Tangan Ai sentiasa menggenggam tangan HB..

Selesai urusan di KWSP, Ai ajak HB berjalan-jalan di SOGO coz dia nak sangat tengok toys.. Ai ok je, janji jangan minta Ai belikan sudahlah.. Daripada KWSP kami berjalan menuju ke jejantas LRT yang bersambung dengan SOGO.. Memang kebiasaannya, kat jejantas tu ada ramai yang minta sedekah.. Ai lalu bersahaja (nak cepat coz tak nak balik serentak dengan orang yang balik kerja).. 
 
Tetiba selepas melewati seorang atok (pakcik tua), HB bersuara; "Umi tak bagi atok duit, ke?? kesian atok tu!!".. Ai sedikit tersentak; "balik nanti la kita bagi atok tu duit.. Kita nak cepat ni..(masih risau tak nak balik terserentak dengan orang balik kerja)".. "ok, baik nah (nah = lah, HB xberapa boleh sebut huruf L & R)..
Kenangan cap yang hilang..
Selepas ronda-ronda kat bahagian mainan, bagi HB main sekejap.. Beli barang sikit.. Pastu terus ajak HB balik.. Masa kami berjalan menaiki tangga dari SOGO untuk ke jejantas LRT, kami berselisih dengan atok tadi (dia menghala turun tangga).. Dalam hati Ai, xde rezeki nak sedekah kat atok tu.. Ada sorang brader tu cuba promote katanya bukan nak minta duit, dia nak bagi buku dengan percuma je.. Tapi terpulang la kita nak sedekah berapa untuk sekolah agama kat Johor (kalau tak silap la).. Tangan kanan Ai pegang barang dan tangan kiri pula pegang tangan HB.. So Ai cuma sedekahkan senyuman..
 
Selang beberapa langkah, kami terjumpa pula dengan orang buta duduk jual tisu.. Ai nak bagi sedekah tapi baru Ai teringat duit kecil yang ada hanya untuk bayar tambang.. Jadi Ai batalkan niat untuk bersedekah.. Perasaan Ai masih risau, kalau balik sekali dengan orang balik kerja, nanti LRT penuh dan tak de tempat untuk duduk.. Ai risau kerana Ai perlu kawal HB yang terlalu aktif (tenaga dia lebih kuat daripada Ai.. huhuhu)..
 
Sebaik sahaja masuk dalam LRT, kami bernasib baik masih terdapat tempat kosong.. Sebaik melabuhkan punggung, Ai tanya pada HB; "mana cap HB??".. HB jawab; "oooppppss, maaf umi, HB tertinggalkannya.."
 
Ai marah la juga pada mulanya.. Then Ai terfikir, ni la akibatnya Ai teragak-agak untuk bersedekah.. Teringat ada orang pernah kata sesetengah peminta sedekah tu lebih kaya daripada kita.. Tapi Ai berpegang pada prinsip, setiap kebaikkan akan diberikan ganjaran pahala.. Apa status peminta sedekah or tujuan mereka adalah urusan mereka dengan ALLAH..
 
Teringat pada suatu kisah Saiditina Aisyah yang diriwayatkan oleh Nasa'i, Ahmad, Ibnu Hibban dan Haitsami.. Ada seorang lelaki miskin datang kepada Aisyah. Beliau menghulurkan sedikit sedekah kepadanya. Kemudian, Aisyah menyuruh Barirah mengawasi lelaki itu. Nabi Muhammad berkata kepada Aisyah; "jangan kamu berkira (dalam memberi sedekah) sehingga ALLAH pun tidak akan berkira (dalam memberi rezeki) kepadamu.." 

Nabi Muhammad pernah berkata pada masa yang lain, "Wahai Aisyah, berlindunglah daripada api neraka walau hanya dengan (menyedekahkan) separuh biji kurma. Separuh biji kurma itu mengisi perut orang yang lapar seperti seperti mengisi perut orang yang kenyang.." Hadis ini dicatat oleh Ahmad dan Mundziri.. (Rujukan:Aisyah Ummul Mukminin; Terbitan: PTS Millennia S/B; m/s: 35)



Nota Jari: Perkara yang baik perlu diamalkan selalu dan jangan cuba untuk bertangguh daripada melakukannya.. Ingat semua di dunia ni, hanya pinjaman sementara sahaja...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...