Sunday, 7 July 2013

Demi Masa Depan...

 Hati berbisik sayu..
Adakah akan berakhir penderaan emosi ini??
Atau mungkinkah kegembiraan yang diharapkan tidak seindah kenyataan???

Hati berbisik sepi..
Mencari arah haluan manakah yang harus dipilih??
Di mana harus menumpang kekuatan tatkala diri dalam kegundahan???

Hati berbisik hiba..
Setakat ini sahajakah upaya diri menghadapi dugaan??
Apakah diri ini terlalu lemah atau telah terlalu lama penderaan ini???

Hati kini terasa gembira...
Khabar yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba..
Cuma mengharapkan dipermudahkan segala urusan pada masa depan...

Hati kini terasa bahagia..
Tidak lagi mahu memikirkan perkara yang lalu..
Hanya berserah pada yang ESA menentukan segalanya...

Hati kini terasa riang..
Tak lagi peduli perkara yang membebankan..
Hanya ingin menjauhkan diri demi kebahagian yang diimpikan..



Nota Jari: Tiada siapa dapat meneka, dalam setiap senyuman tersembunyi kedukaan hati...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...