Saturday, 29 June 2013

Merenung Laut...

Pada 24 - 28 Jun 2013 yang lalu, Ai telah menghadiri kursus Program Tranformasi Minda, KPM di Ancasa Allsuites Resort & Spa PD..

Kursus ni salah satu syarat untuk pengesahan ke jawatan tetap dalam kerajaan.. Sedih juga nak kena tinggal HB selama 5 hari.. Tapi gagahkan juga diri dan tabahkan hati untuk berpisah seketika.. Bertolak pukul 10 pagi pada 24 Jun 2013, dalam keadaan Kuala Lumpur dilanda jerebu yang teruk.. Semua sekolah di KL di arahkan tutup kerana tahap IPU yang teruk..




So, tak perlu la HB ponteng sekolah untuk hantar Ai berkursus.. HB memang teringin sangat nak main pasir di pantai coz selalu tengok dalam tv je.. Sampai je kat Pantai Teluk Kemang, HB sakan duk sodok pasir guna kaki dan tangan.. Walaupun Ai marah tapi dia buat tak tahu je.. Dia request nak buat istana pasir.. Tapi Ai tak izinkan dia bermain lelama dengan pasir memandangkan keadaan yang berjerubu..





Habis kursus pada hari Jumaat, tumpangkan 2 orang kawan balik.. Dorang datang naik bas dari KL.. huhuhu.. Asalnya masa nak datang kursus ritu, Ai nak drive sendiri tapi kena la ada kawan.. Ai ajak sorang kawan yg sama tempat kerja dulu.. Tapi dia dah plan naik dengan orang lain.. So terpaksa lah minta HM hantar Ai.. Kalau tau dorang berdua ni xde transport, boleh pergi sekali ari tu..

Ai tau dorang datang naik bas pun, masa kami semua nak balik.. Disebabkan HM lambat sampai, terpaksa la Ai lepak (menunggu lama)... Then sorang daripada mereka tanya Ai duduk mana?? Datang naik apa?? Ai tanya pula dorang balik sapa ambil.. Dia kata balik naik bas sebab datang ritu pun naik bas.. Tergamam Ai dengar.. Ai kata tak pe la, balik ni tumpang Ai je la.. Tapi sampai Bandar Tasik Selatan (BTS) je la.. Coz rumah dorang kat opis Ai.. Dari BTS dorang boleh naik komuter ke segambut, jalan duta..


Adakalanya, kita akan rasa kita berada pada satu keadaan yang paling teruk.. Tapi sebenarnya ada orang lain yang berada dalam kesusahan namun masih tetap tersenyum.. Masa buat keputusan HM hantar Ai berkursus, Ai berasa ruginya kerana keluarkan modal tol & minyak seganda daripada kalau Ai drive sendiri.. Namun selepas mendengar cerita mereka yang terpaksa datang naik bas, perjalanan yang sejam dah berganda menjadi 3 jam.. Betul-betul membuatkan Ai berasa beruntung tak perlu melalui kepenatan itu..
Sentiasa berasa syukur dengan apa yang dimiliki itu akan membuatkan kita rasa bahagia.. Jangan memandang pada kesenangan orang lain.. Sebaliknya pandanglah pada kesusahan orang lain, nescaya kita akan bersyukur dengan keadaan hidup kita..



Nota Jari: HB seronok walau tak dapat mandi laut dapat tengok laut pun jadi la..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...