Sunday, 23 June 2013

Kerja: Urusetia...

Sejak bulan lepas Ai tak dapat mengelak daripada tercalon menjadi urusetia.. Ai seboleh-bolehnya tak nak la terlibat sangat dengan aktiviti, memandangkan baucer kerja yang banyak menunggu untuk dibereskan.. Tapi apakan daya, bila Incik Boss dah keluarkan surat lantikan terpaksa la 'saya yang menurut perintah' (SYMP)..

Last month sektor Ai jadi pengelola majlis perhimpunan bulanan jabatan.. Biasanya Ai terlepas coz Ai orang baru.. Masih belum mahir mengendalikan bebanan tugas hakiki.. Tapi kali ni tetiba nama Ai naik pula jadi gadis dulang.. huhuhu.. SYMP punya pasal, terpaksa la tinggalkan longgokan baucer kat opis dulu..

Tak pasal-pasal tumpang glamour.. hehehe.. Satu pengalaman baru dalam hidup Ai bawa dulang hadiah dan berdiri sebelah pengarah.. fuuuhhhh... Sebelum ni memang tak pernah jadi gadis dulang.. Masa ni tak bawa kamera sendiri.. So tak de la pic kenangan jadi gadis dulang..

Beberapa hari yang lalu, sekali lagi Ai terlibat dengan aktiviti jabatan.. Kali ni sektor Ai jadi pengelola majlis Anugerah Pekerja Cemerlang (APC) 2012 pula bertempat di Lembaga Pertubuhan Peladang.. Ini pun kes sama juga, SYMP.. Kali ni, Ai sendiri kurang jelas apa tugas Ai??

Masa rehearsal, Ai & kengkawan opis kena berlakon jadi penerima APC.. Rasa-rasanya, 5 kali Ai naik pentas berlakon terima APC.. Masa kali  pertama naik pentas, memang berkobar giler.. Tapi makin lama makin penat dah makin malas dan hilang semangat pula jadinya.. Apa-apa pun kami semua enjoy rehearsal.. Tengah hari pengarah datang tengok rehearsal kami..
Pada hari betul-betul kejadiannya, Ai sampai around 7.30am.. Tengok kengkawan lain dah sibuk bertugas membuat kutipan bayaran duit gambar bagi penerima APC.. Ai yang tak berapa jelas tentang tugas ni, terus datang membantu.. hehehe.. Lepas habis buat kutipan, kami semua bertugas pula di belakang pentas.. Usher di lorong tikus.. hehehe..
Penat juga la.. Sakit kaki kena berdiri lama.. Lepas habis sesi pagi, sambung sesi petang pula.. Sakit sungguh tumit kaki Ai.. Rasa macam nak mc je, esoknya.. hehehe.. Tapi kuatkan semangat sebab duk risau baucer yang ditinggalkan kat opis tu tak berusik..
Kakak ni, salah sorang penerima APC.. Dia sesi pagi tapi tak nak balik.. Sudahnya, petang tu dia teman Ai buat kutipan bayaran dan jadi usher kat belakang pentas.. hehehe..



Nota Jari: Memang best walaupun penat..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...