Saturday, 15 June 2013

Kerja: Oh! Baucer...

Dah setengah tahun Ai kerja di tempat baru.. Alhamdulillah, kat sini tak de tekanan daripada ketua unit (KU).. Walaupun tempat kerja jauh, hari-hari umpama bergadai nyawa membonceng motor di belakang HM.. Kerap juga kami hampir dilanggar tapi Ai seronok nak buat kerja.. KU tak beri sebarang tekanan, coz yang penting baucer siap.. Lain halnya masa di tempat lama.. KU-nya asyik nak cari salah Ai je.. Kat tempat lama, walaupun dekat dengan rumah tapi hari-hari Ai sakit kepala.. Stress sangat.. Alhamdulillah, sepanjang kerja sini, Ai tak de la asyik sakit kepala..

Dari segi kedudukan ruang pejabatnya, memang kurang selesa sikit kerana sempit berbanding tempat lama yang luas.. Tapi kat sini, Ai selesa dari segi mudah untuk buat kerja.. Tak de tekanan daripada orang atasan.. 

Rasa seronok, apabila ada sekolah call ucapkan terima kasih coz dia dah dapat bayaran untuk tuntutan yang dibuat.. Dan ada juga yang hadiahkan Ai tudung untuk raya.. Dorang berterima kasih sangat coz budak sebelum ni selalu tak bayar dorang punya claim..

Tak kurang juga, ada yang call marah-marah coz claim dorang dapat sikit tak sama macam yang dorang minta.. Ada yang datang serang terus Ai kat opis.. Dan ada juga yang bawa CC (ketua kerani) datang serang Ai.. Almaklum la, Ai orang baru so dorang tak percaya dengan cara kiraan yang Ai buat.. Sedangkan itulah yang diajar oleh kengkawan yang dah lama kerja.. Alhamdulillah, kengkawan & CC Ai sentiasa back up Ai.. 

Ada yang hantar lambat, lepas tu call Ai marah-marah katanya imbuhan guru interim sekolah dia masih belum dapat lagi.. Katanya nanti cikgu tu anggap dia tak buat kerja, sedangkan jabatan yang lambat buat.. Macam-macam jenis manusia ni kan.. Sedangkan tarikh akhir permohonan imbuhan guru interim pada hujung bulan Mac yang lalu.. Sebelum tarikh akhir ritu, Ai call semua sekolah minta semak ada tak lagi imbuhan yang belum dibayar samada guru interim mahupun guru yang bersara..

Ai terpaksa bawa balik baucer untuk disemak di rumah bagi memastikan semua baucer yang Ai terima dapat dibayar setiap sebelum hujung bulan.. Ai tak minta dihargai atas apa yang Ai lakukan.. Ai cuma minta, janganlah terlalu menghukum Ai.. Sedangkan Ai dah buat sebaik mungkin untuk bayar semuanya mengikut tempoh yang ditetapkan.. Ai bukan jaga satu sekolah macam kerani kat sekolah tapi Ai jaga 22 buah sekolah bukan PTJ.. Jumlah keseluruhan adalah 57 buah sekolah yang Ai jaga untuk 1 KL ni.. Pembahagian sekolah adalah sama rata antara checker.. 

Apa yang dorang harapkan, Ai pun tak tahu.. Ai dah buat sebaik mungkin.. Setakat ni tak pernah delay pembayaran.. Hakikat yang patut direnungkan kembali.. Janganlah bandingkan kerja Ai dengan orang yang dah 12 tahun pengalaman kerja.. Sedangkan Ai baru setengah tahun.. Yang hairannya kenapa tak bandingkan kerja Ai dengan checker mereka yang sebelum ni.. Yang dah 3 tahun kerja tapi kerap tak buat bayaran.. Bayangkanlah, masa Ai baru masuk ritu, Ai perlu semak baucer checker orang lama daripada bulan Sept. 2012..



Nota Jari: Sentiasa bersyukur dengan nikmat kurniaan-Nya..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...