Saturday, 15 June 2013

HB: Muntah-muntah..

Pagi semalam sebelum ke sekolah, HB mengadu sakit perut selepas minum susu.. Then dia muntah.. Tapi kami still hantar dia ke sekolah sebab kami kerja.. Ai pesan kat pengasuh HB, nanti tengah hari tolong ambil HB balik sekolah..

Waktu lunch, pengasuh HB mesej bagi tahu HB muntah-muntah sampai dah lembik.. Dia pun kesian & takut nak jaga tengok HB teruk sangat .. So HM ambil HB bawa balik rumah bagi makan ubat.. 

Actually, sebelum minggu cuti sekolah ritu, HB tukar pengasuh.. Pengasuh yang 3rd tu kata susah nak jaga HB (nak hantar ambil sekolah).. Kekadang dia tak sihat tapi terpaksa juga ambil HB.. Mulanya dia setuju jaga HB sampai hujung bulan 6 ni.. Tapi alih-alih, minggu sebelum cuti sekolah tu, dia minta Ai cari pengasuh lain dengan segera.. Kali ni dia kata pula, dia dah ngasuh baby jadi susah nak tinggal kalau kena ambil HB.. Ai geram juga la.. Dia hanya perlu ambil HB kalau HM duty istana.. huhuhu.. Beberapa bulan yang lepas dia pecahkan screen tab HB.. Tapi Ai tak kata apa-apa pun coz Ai ada banyak masalah lain.. Dia berkali-kali minta maaf sebab dia baling mainan kena atas tab tu.. Dia sanggup bayar harga repair.. Tapi bila dia buat Ai macam ni, bulan lepas Ai tak bayar duit ngasuh coz Ai perlu repair screen tab tu..

Then Ai cari pengasuh baru.. Ni pengasuh HB yang keempat.. Pengasuh kali ni, ibu kepada kawan sekolah HB.. Tapi minta tolong dia jaga HB sampai hujung bulan Jun ni je.. Lepas ni hantar HB balik kampung je la.. huhuhu..
Tidur selepas muntah-muntah..
Sejak duduk dengan pengasuh yang 4th ni, HB tak nak minum susu (masa kat rumah pengasuh) sebab dia malu kat kawan dia.. Suruh minum susu guna cawan pun dia tak nak.. HB kata kawan dia tak minum susu so dia malu nak minum susu.. Selain tu, dia terlampau seronok bermain almaklum la ada kawan, sampai terlupa dan kekadang tak nak makan.. 

Dulu masa HB berumur 2tahun lebih, memang selalu juga dia muntah-muntah sebab dia tak nak makan dan asyik minum air je.. Setiap kali dia muntah-muntah, Ai akan belikan nestum dan bancuh di dalam botol susu.. Biasanya dia akan sembuh selepas tu.. Tu cara Ai untuk elakkan perut dia kembung kerana kurang makan.. huhuhu.. HB kalau dapat main, memang selalu lupa nak makan or tak nak makan.. Puas pujuk, tu pun dapat la 2-3 suap je..
3 minggu yang lepas HB juga dah pernah muntah-muntah, kami bawa HB pergi klinik.. Doc suruh ambil darah sebab HB kerap sangat demam.. Puas juga la, HM dengan 3-4 orang nurse kepong dan peganag HB supaya doc boleh cucuk ambil darahnya.. Tapi resultnya, darah HB normal tak de sebarang jangkitan kuman.. 


Nota Jari: Lelepas ni, mesti HB serik nak ke klinik or hospital sebab trauma kena cucuk jarum..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...