Merenung Laut...

Pada 24 - 28 Jun 2013 yang lalu, Ai telah menghadiri kursus Program Tranformasi Minda, KPM di Ancasa Allsuites Resort & Spa PD..

Kursus ni salah satu syarat untuk pengesahan ke jawatan tetap dalam kerajaan.. Sedih juga nak kena tinggal HB selama 5 hari.. Tapi gagahkan juga diri dan tabahkan hati untuk berpisah seketika.. Bertolak pukul 10 pagi pada 24 Jun 2013, dalam keadaan Kuala Lumpur dilanda jerebu yang teruk.. Semua sekolah di KL di arahkan tutup kerana tahap IPU yang teruk..




So, tak perlu la HB ponteng sekolah untuk hantar Ai berkursus.. HB memang teringin sangat nak main pasir di pantai coz selalu tengok dalam tv je.. Sampai je kat Pantai Teluk Kemang, HB sakan duk sodok pasir guna kaki dan tangan.. Walaupun Ai marah tapi dia buat tak tahu je.. Dia request nak buat istana pasir.. Tapi Ai tak izinkan dia bermain lelama dengan pasir memandangkan keadaan yang berjerubu..





Habis kursus pada hari Jumaat, tumpangkan 2 orang kawan balik.. Dorang datang naik bas dari KL.. huhuhu.. Asalnya masa nak datang kursus ritu, Ai nak drive sendiri tapi kena la ada kawan.. Ai ajak sorang kawan yg sama tempat kerja dulu.. Tapi dia dah plan naik dengan orang lain.. So terpaksa lah minta HM hantar Ai.. Kalau tau dorang berdua ni xde transport, boleh pergi sekali ari tu..

Ai tau dorang datang naik bas pun, masa kami semua nak balik.. Disebabkan HM lambat sampai, terpaksa la Ai lepak (menunggu lama)... Then sorang daripada mereka tanya Ai duduk mana?? Datang naik apa?? Ai tanya pula dorang balik sapa ambil.. Dia kata balik naik bas sebab datang ritu pun naik bas.. Tergamam Ai dengar.. Ai kata tak pe la, balik ni tumpang Ai je la.. Tapi sampai Bandar Tasik Selatan (BTS) je la.. Coz rumah dorang kat opis Ai.. Dari BTS dorang boleh naik komuter ke segambut, jalan duta..


Adakalanya, kita akan rasa kita berada pada satu keadaan yang paling teruk.. Tapi sebenarnya ada orang lain yang berada dalam kesusahan namun masih tetap tersenyum.. Masa buat keputusan HM hantar Ai berkursus, Ai berasa ruginya kerana keluarkan modal tol & minyak seganda daripada kalau Ai drive sendiri.. Namun selepas mendengar cerita mereka yang terpaksa datang naik bas, perjalanan yang sejam dah berganda menjadi 3 jam.. Betul-betul membuatkan Ai berasa beruntung tak perlu melalui kepenatan itu..
Sentiasa berasa syukur dengan apa yang dimiliki itu akan membuatkan kita rasa bahagia.. Jangan memandang pada kesenangan orang lain.. Sebaliknya pandanglah pada kesusahan orang lain, nescaya kita akan bersyukur dengan keadaan hidup kita..



Nota Jari: HB seronok walau tak dapat mandi laut dapat tengok laut pun jadi la..

Kerja: Urusetia...

Sejak bulan lepas Ai tak dapat mengelak daripada tercalon menjadi urusetia.. Ai seboleh-bolehnya tak nak la terlibat sangat dengan aktiviti, memandangkan baucer kerja yang banyak menunggu untuk dibereskan.. Tapi apakan daya, bila Incik Boss dah keluarkan surat lantikan terpaksa la 'saya yang menurut perintah' (SYMP)..

Last month sektor Ai jadi pengelola majlis perhimpunan bulanan jabatan.. Biasanya Ai terlepas coz Ai orang baru.. Masih belum mahir mengendalikan bebanan tugas hakiki.. Tapi kali ni tetiba nama Ai naik pula jadi gadis dulang.. huhuhu.. SYMP punya pasal, terpaksa la tinggalkan longgokan baucer kat opis dulu..

Tak pasal-pasal tumpang glamour.. hehehe.. Satu pengalaman baru dalam hidup Ai bawa dulang hadiah dan berdiri sebelah pengarah.. fuuuhhhh... Sebelum ni memang tak pernah jadi gadis dulang.. Masa ni tak bawa kamera sendiri.. So tak de la pic kenangan jadi gadis dulang..

Beberapa hari yang lalu, sekali lagi Ai terlibat dengan aktiviti jabatan.. Kali ni sektor Ai jadi pengelola majlis Anugerah Pekerja Cemerlang (APC) 2012 pula bertempat di Lembaga Pertubuhan Peladang.. Ini pun kes sama juga, SYMP.. Kali ni, Ai sendiri kurang jelas apa tugas Ai??

Masa rehearsal, Ai & kengkawan opis kena berlakon jadi penerima APC.. Rasa-rasanya, 5 kali Ai naik pentas berlakon terima APC.. Masa kali  pertama naik pentas, memang berkobar giler.. Tapi makin lama makin penat dah makin malas dan hilang semangat pula jadinya.. Apa-apa pun kami semua enjoy rehearsal.. Tengah hari pengarah datang tengok rehearsal kami..
Pada hari betul-betul kejadiannya, Ai sampai around 7.30am.. Tengok kengkawan lain dah sibuk bertugas membuat kutipan bayaran duit gambar bagi penerima APC.. Ai yang tak berapa jelas tentang tugas ni, terus datang membantu.. hehehe.. Lepas habis buat kutipan, kami semua bertugas pula di belakang pentas.. Usher di lorong tikus.. hehehe..
Penat juga la.. Sakit kaki kena berdiri lama.. Lepas habis sesi pagi, sambung sesi petang pula.. Sakit sungguh tumit kaki Ai.. Rasa macam nak mc je, esoknya.. hehehe.. Tapi kuatkan semangat sebab duk risau baucer yang ditinggalkan kat opis tu tak berusik..
Kakak ni, salah sorang penerima APC.. Dia sesi pagi tapi tak nak balik.. Sudahnya, petang tu dia teman Ai buat kutipan bayaran dan jadi usher kat belakang pentas.. hehehe..



Nota Jari: Memang best walaupun penat..

KHASIAT MEMELUK ISTERI

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

``Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

``Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,'' katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.
Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s. a. w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

``Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

``Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata DMFK lagi.


SUMBER




Kerja: Oh! Baucer...

Dah setengah tahun Ai kerja di tempat baru.. Alhamdulillah, kat sini tak de tekanan daripada ketua unit (KU).. Walaupun tempat kerja jauh, hari-hari umpama bergadai nyawa membonceng motor di belakang HM.. Kerap juga kami hampir dilanggar tapi Ai seronok nak buat kerja.. KU tak beri sebarang tekanan, coz yang penting baucer siap.. Lain halnya masa di tempat lama.. KU-nya asyik nak cari salah Ai je.. Kat tempat lama, walaupun dekat dengan rumah tapi hari-hari Ai sakit kepala.. Stress sangat.. Alhamdulillah, sepanjang kerja sini, Ai tak de la asyik sakit kepala..

Dari segi kedudukan ruang pejabatnya, memang kurang selesa sikit kerana sempit berbanding tempat lama yang luas.. Tapi kat sini, Ai selesa dari segi mudah untuk buat kerja.. Tak de tekanan daripada orang atasan.. 

Rasa seronok, apabila ada sekolah call ucapkan terima kasih coz dia dah dapat bayaran untuk tuntutan yang dibuat.. Dan ada juga yang hadiahkan Ai tudung untuk raya.. Dorang berterima kasih sangat coz budak sebelum ni selalu tak bayar dorang punya claim..

Tak kurang juga, ada yang call marah-marah coz claim dorang dapat sikit tak sama macam yang dorang minta.. Ada yang datang serang terus Ai kat opis.. Dan ada juga yang bawa CC (ketua kerani) datang serang Ai.. Almaklum la, Ai orang baru so dorang tak percaya dengan cara kiraan yang Ai buat.. Sedangkan itulah yang diajar oleh kengkawan yang dah lama kerja.. Alhamdulillah, kengkawan & CC Ai sentiasa back up Ai.. 

Ada yang hantar lambat, lepas tu call Ai marah-marah katanya imbuhan guru interim sekolah dia masih belum dapat lagi.. Katanya nanti cikgu tu anggap dia tak buat kerja, sedangkan jabatan yang lambat buat.. Macam-macam jenis manusia ni kan.. Sedangkan tarikh akhir permohonan imbuhan guru interim pada hujung bulan Mac yang lalu.. Sebelum tarikh akhir ritu, Ai call semua sekolah minta semak ada tak lagi imbuhan yang belum dibayar samada guru interim mahupun guru yang bersara..

Ai terpaksa bawa balik baucer untuk disemak di rumah bagi memastikan semua baucer yang Ai terima dapat dibayar setiap sebelum hujung bulan.. Ai tak minta dihargai atas apa yang Ai lakukan.. Ai cuma minta, janganlah terlalu menghukum Ai.. Sedangkan Ai dah buat sebaik mungkin untuk bayar semuanya mengikut tempoh yang ditetapkan.. Ai bukan jaga satu sekolah macam kerani kat sekolah tapi Ai jaga 22 buah sekolah bukan PTJ.. Jumlah keseluruhan adalah 57 buah sekolah yang Ai jaga untuk 1 KL ni.. Pembahagian sekolah adalah sama rata antara checker.. 

Apa yang dorang harapkan, Ai pun tak tahu.. Ai dah buat sebaik mungkin.. Setakat ni tak pernah delay pembayaran.. Hakikat yang patut direnungkan kembali.. Janganlah bandingkan kerja Ai dengan orang yang dah 12 tahun pengalaman kerja.. Sedangkan Ai baru setengah tahun.. Yang hairannya kenapa tak bandingkan kerja Ai dengan checker mereka yang sebelum ni.. Yang dah 3 tahun kerja tapi kerap tak buat bayaran.. Bayangkanlah, masa Ai baru masuk ritu, Ai perlu semak baucer checker orang lama daripada bulan Sept. 2012..



Nota Jari: Sentiasa bersyukur dengan nikmat kurniaan-Nya..

HB: Muntah-muntah..

Pagi semalam sebelum ke sekolah, HB mengadu sakit perut selepas minum susu.. Then dia muntah.. Tapi kami still hantar dia ke sekolah sebab kami kerja.. Ai pesan kat pengasuh HB, nanti tengah hari tolong ambil HB balik sekolah..

Waktu lunch, pengasuh HB mesej bagi tahu HB muntah-muntah sampai dah lembik.. Dia pun kesian & takut nak jaga tengok HB teruk sangat .. So HM ambil HB bawa balik rumah bagi makan ubat.. 

Actually, sebelum minggu cuti sekolah ritu, HB tukar pengasuh.. Pengasuh yang 3rd tu kata susah nak jaga HB (nak hantar ambil sekolah).. Kekadang dia tak sihat tapi terpaksa juga ambil HB.. Mulanya dia setuju jaga HB sampai hujung bulan 6 ni.. Tapi alih-alih, minggu sebelum cuti sekolah tu, dia minta Ai cari pengasuh lain dengan segera.. Kali ni dia kata pula, dia dah ngasuh baby jadi susah nak tinggal kalau kena ambil HB.. Ai geram juga la.. Dia hanya perlu ambil HB kalau HM duty istana.. huhuhu.. Beberapa bulan yang lepas dia pecahkan screen tab HB.. Tapi Ai tak kata apa-apa pun coz Ai ada banyak masalah lain.. Dia berkali-kali minta maaf sebab dia baling mainan kena atas tab tu.. Dia sanggup bayar harga repair.. Tapi bila dia buat Ai macam ni, bulan lepas Ai tak bayar duit ngasuh coz Ai perlu repair screen tab tu..

Then Ai cari pengasuh baru.. Ni pengasuh HB yang keempat.. Pengasuh kali ni, ibu kepada kawan sekolah HB.. Tapi minta tolong dia jaga HB sampai hujung bulan Jun ni je.. Lepas ni hantar HB balik kampung je la.. huhuhu..
Tidur selepas muntah-muntah..
Sejak duduk dengan pengasuh yang 4th ni, HB tak nak minum susu (masa kat rumah pengasuh) sebab dia malu kat kawan dia.. Suruh minum susu guna cawan pun dia tak nak.. HB kata kawan dia tak minum susu so dia malu nak minum susu.. Selain tu, dia terlampau seronok bermain almaklum la ada kawan, sampai terlupa dan kekadang tak nak makan.. 

Dulu masa HB berumur 2tahun lebih, memang selalu juga dia muntah-muntah sebab dia tak nak makan dan asyik minum air je.. Setiap kali dia muntah-muntah, Ai akan belikan nestum dan bancuh di dalam botol susu.. Biasanya dia akan sembuh selepas tu.. Tu cara Ai untuk elakkan perut dia kembung kerana kurang makan.. huhuhu.. HB kalau dapat main, memang selalu lupa nak makan or tak nak makan.. Puas pujuk, tu pun dapat la 2-3 suap je..
3 minggu yang lepas HB juga dah pernah muntah-muntah, kami bawa HB pergi klinik.. Doc suruh ambil darah sebab HB kerap sangat demam.. Puas juga la, HM dengan 3-4 orang nurse kepong dan peganag HB supaya doc boleh cucuk ambil darahnya.. Tapi resultnya, darah HB normal tak de sebarang jangkitan kuman.. 


Nota Jari: Lelepas ni, mesti HB serik nak ke klinik or hospital sebab trauma kena cucuk jarum..

Final Diagnosis....

Beberapa hari yang lalu, Ai dah dapat Final Diagnosis daripada HUKM.. 

History
'The above name patient was first seen at our Outpatient Orthopaedic Clinic on 9/4/2013. She gave a history of bilateral knee instability since teenager. She claimed that there has been several episodes of patella subluxation. In all episodes there was spontaneous reduction although the knee will be swollen for 1-3 weeks.'

Provisional Diagnosis
1. Physiotheraphy was commenced. If unsuccessful to consider surgery.

Final Diagnosis
1. Bilateral Patellar Instability
Rupa-rupanya Ai mempunyai masalah Bilateral Patellar Instability.. Ai try tanya pakcik google.. Barulah Ai tahu, itu adalah istilah kepada masalah kepala lutut yang mudah teralih..


Nota Jari: Perlu ke pembedahan??huhu.. takut nanti tanggung sakit lain pula..

Teduhan Kasih...

Beberapa minggu kebelakangan ni, kengkawan opis Ai asyik bercerita tentang slot Akasia kat TV3 bertajuk Teduhan Kasih.. Ai pun naik heran juga la.. Best sangat ke ceritanya?? Ai memang jarang tengok cerita melayu.. Rasanya last follow cerita bersiri melayu tajuknya 'Tentang Dhia'.. My favourite channel sudah semestinya ANIMAX.. HB pula asal on tv je mesti nak tengok Disney Junior.. Tu pasal la gaya bahasa percakapannya macam ayat dalam buku sebab banyak belajar dari tv..huhu.. 

Balik ke topik asal.. (huhu.. Suka melalutkan..).. Katanya cerita ni adaptasi daripada novel 'Teduhan Kasih' yang ditulis oleh Marissa.. Kengkawan yang gemar membaca novel, mesti tau jalan cerita ni kan..
Minggu lepas, Ai ada la try tengok sikit.. Ermm.. Bila tengok heroinnya SI, Ai teringat cerita bersiri 'Cik Ah Cik Nen' yang ditayangkan di Astro tak lama dulu.. Dalam cerita tu, SI bergandingan dengan El.. SI membawa watak Cik Nen yang sangat suka berangan-angan terkadang tak dapat bezakan antara khayalan anganannya dengan realiti.. Memang berjaya la dia bawa watak yang sedikit bendul.. So bila tengok SI berlakon membawa watak yang agak heavy kerana perlu bermain dengan emosi membuatkan Ai sedikit ragu akan kemampuannya.. 

Hari ni, Ai sekat HB daripada menonton channel kegemarannya dengan mendapat sokongan daripada HM.. Coz Ai nak tengok cerita ni.. Almaklumla AP yang berlakon.. Memang la ada semangat nak tengok..hehehe.. Tapi Ai akan lebih tertarik untuk tengok kalau AP digandingkan FS/ND/RR.. AP juga dah pernah bergandingan dengan NH dalam cerita 'Mahar Untuk Mu' pada tahun lepas.. Apa-apa pun, kita patut beri peluang kepada SI untuk tunjukkan kemampuannya..

Kengkawan boleh klik SINI kalau nak tau sipnosis cerita ni dan boleh klik SINUN untuk download cerita ni.. Kredit tu ADMYA...



Nota Jari: Ini bukan blog hiburan sepenuh masa.. hehehe.. Rasanya, ni kali kedua Ai mencoret tentang program tv or movie..huhu..

Stalker!!!!

Kali ni Ai nak bercerita tentang stalker yang selalu mengganggu Ai.. huhuhu.. 

Awal tahun 2010, ada seorang mamat call Ai and nak berkenalan dengan Ai.. Ai tanya dia mana dapat nombor Ai coz Ai married but Ai xkisah kalau nak berkawan.. He said he get my number from his friend.. Tahun 2009, Ai pernah kerja di kantin kilang Agilent Penang.. Dia kata pernah kerja kat situ sebelum Ai masuk kerja.. Dia pernah datang melawat kawannya dan ternampak Ai..

May be masa tu, Ai look still young like 18 years old (ehh, ye ke???).. Coz masa kerja jadi cashier kantin tu, kekadang ada akak yang ramah tegur Ai and tanya duduk mana?? Ai jawab la duduk dalam kem.. Pastu dia tanya pula, ayah nama apa, kut-kut dia kenal sebab dia pun duduk dalam kem juga.. Ai kata la duduk dengan HM.. Then dorang akan terkejut.. Ohhhh, dah kawin rupanya.. Tanya pula umur berapa?? Masa tu Ai 26 years old but they said Ai look younger than my age.. hehehe..

Ok, back to my main purpose.. Ai really hate my stalker... huhuhu.. Asalnya kata nak berkawan je.. Tak pe la, Ai accept la.. Then lama-lama, he start talked about something blue & yellow.. Ai really hate it.. HM and Ai pun never talking samething blue, even we're husband & wife.. So Ai warned that stalker, if he want be my friend he need to behave his self.. Then he said sorry and promise not to that again.. But after that, every time he called me, he will continuously talked about same topic..
On that time, Ai duduk di kampung and HM stay at KL.. Ai pernah la cerita kat that stalker and he tawar diri untuk carikan rumah sewa kat KL.. Dia kata ada rumah kawan dia kosong, pasal deposit tak perlu risau, dia boleh tolong bayarkan.. Nanti dia minta kunci daripada kawan dia.. But Ai tolak his offer.. Memandangkan kerja HM yang perlu stay kat istana sewaktu duty, ia memang bahaya untuk menerima tawaran daripada lelaki yang suka bercakap perkara lucah walaupun tahu Ai isteri orang...

Dia tak pernah serik untuk call Ai and bercakap perkara yang sama.. Tak sampai 2 bulan Ai berkawan dengan dia, setiap kali dia call je, Ai will just ignore it.. Pernah masa dia call, Ai bagi HM yang jawab.. Tapi that stalker terus putuskan talian sebelum sempat HM marah and nak saound dia.. Ai pernah warning dia supaya jangan kacau hidup Ai lagi.. Kalau tak, Ai tak teragak-agak untuk buat report polis.. Tapi dia tak takut and still ganggu Ai.. Then Ai pergi la ke pondok polis berhampiran tempat kerja Ai.. Masa tu Ai kerja kat pizza pah hentian kajang.. Tapi polis tu kata kalau nak buat report kena pergi ke balai polis.. Ai pernah call customer service talian mudah alih yang Ai gunakan.. Tapi customer service kata, mereka tak boleh blok no orang yang nak call kita.. Ai cerita la apa yang berlaku.. Then he suggest kat Ai to stop used my old no. and register new number.. Tapi Ai rasa sayang la nak tukar nombor coz Ai guna nombor tu dari 2002.. Then ada kawan kata, h/p ada fungsi untuk blok nombor orang yang kita xsuka.. So Ai pun godek-godek my h/p and terjumpa function blocking number.. So lama juga la, that stalker xdapat kacau Ai..

Masa berlalu, Ai pun dah lupa hal tu.. And dah tukar h/p lain.. Rupa-rupanya that stalker tak pernah lupa nombor Ai.. Last year he call me used his new number early in the morning (dalam pukul 6-7am, masa Ai siap-siap nak pergi kerja).. Dan problem kali ni, Ai tak jumpa function block number kat h/p baru ni.. Apa yang membuatkan Ai marah sangat, sekarang ni that stalker akan call dalam pukul 1 - 4 am in the morning.. Walaupun Ai tak pernah jawab panggilan telefonnya, tapi dia masih mengganggu hidup Ai..



Nota Jari: Malam tadi that stalker call Ai pukul 3.06am.. Ai tak jawab pun.. But still feel it really annoying.. Rasa nak tukar nombor dengan HM je lah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...