Friday, 3 May 2013

Insafi Diri....

Sering terjadi masa kini, ramai yang nampak keburukkan yang dilakukan oleh orang lain.. Kemudian mula menyebarkan tentangnya.. Tapi ada perkara yang sering dilupakan.. Iaitu pintu taubat sentiasa terbuka selagi mana nyawa masih di badan.. Pernah tak terfikir, kemungkinan orang yang diburuk-burukkan tu melakukan solat taubat dan Allah telah menerima taubatnya..

Jadi apa yang terjadi dengan risalah/coretan/entry anda yang menceritakan kisah buruknya?? Bukankah itu telah menjadi suatu fitnah?? Pernah anda muhasabah diri dan mengenang atau mengingati kembali dosa anda yang anda simpan rapi??

Apakah hukumnya menghina/mencaci/memburuk-burukkan dan menyebarkan aib seseorang?? Apakah untungnya berbuat begitu?? Sekadar untuk memuaskan hati atau ada matlamat tersembunyi??

For me, adalah lebih baik menginsafi diri sendiri daripada sibuk mencanang buruk orang lain.. Ada yang kata hidup di dunia umpama sebuah pementasan.. Kita adalah pelakon dan Allah adalah pengarahnya.. Dalam sesebuah pementasan, setiap pelakon diberikan skrip dialog dan jalan ceritanya.. Mereka tahu pengakhiran cerita tersebut.. Berbeza dengan realiti kehidupan.. Kita dibekalkan dengan al-kitab (Al-Quran) dan al-sunnah (hadis)..Kita yang menentukan jalan mana yang akan kita pilih?? Adakah jalan yang sempit, berliku-liku, sentiasa diuji dan sentiasa redha dalam mengejar ganjaran Daru al-Salam atau memilih jalan yang luas, penuh dengan kemewahan dunia dan melupakan dosa serta tidak mengendahkan akan siksanya neraka ALLAH??

Terkadang Ai juga tewas apabila terus-terusan diuji.. Jiwa memberontak inginkan kebahgiaan.. Tapi setiap kali bersujud dan mengadu pada-Nya, Ai mendapat kekuatan dan keyakinan.. Yakin bahawa Ai mampu untuk menghadapi dugaan-Nya.. Kerana Dia tidak menguji diluar kemampuan hamba-hambaNya.. Dan setiap kali juga, Ai akan memilih untuk redha.. Redha biar derita di dunia, asalkan senang di akhirat.. Sebab hidup di dunia ni, cuma sementara.. Setiap amalan di'rekod' untuk penghakiman di akhirat kelak.. Memang hati teringin menikmati senang dunia tapi terhalang oleh warasnya fikiran yang lebih menginginkan kemewahan akhirat..

Setiap manusia yang lahir di dunia ni, mempunyai 2 kawan baik.. Iaitu nafsu dan iman.. Roh setiap manusia telah dicipta memang gemar kepada kebaikan.. Terpulang pada jasad untuk mengemudi kehidupan.. Adakah roh yang dapat memimpin jasad atau jasad yang lebih berkuasa?? Selalu kita lihat, orang yang nampak warak (berjihad mahu menegakkan Islam) tapi tidak amanah dalam menjalankan tugas.. Akibat rasa dendam, iri hati, berbangga dengan kemewahan yang dinikmati akan menyebabkan mereka mudah menyeleweng dari tanggungjawab yang diamanahkan.. Ada juga yang jarang bersolat (mungkin kerana tidak dapat menerima dugaan sehingga menyebabkan dirinya memberontak) tetapi sangat amanah dalam menjalankan tugas.. Tidak akan mengambil walaupun 1sen duit yang bukan miliknya..

Jadi kita sebagai manusia akan menilai buruk kepada mereka.. Sedangkan Allah lebih mengetahui segala-galanya.. Semakin beriman seseorang itu semakin kuatlah godaan syaitan kepadanya.. Sekiranya tertewas, maka bersorak gembiralah para syaitan..

Paling penting dalam kehidupan kita, bukan sahaja menjaga hubungan dengan ALLAH tetapi juga hubungan dengan sesama manusia.. Ingat Allah itu maha pengampun.. Segala dosa kita akan diampunkan sekiranya kita ikhlas dalam mengerjakan solat taubat.. Tetapi dosa sesama manusia akan tetap tertanggung selama mana orang yang kita zalimi/tindas/aniaya/fitnah itu tidak memaafkan kita!!



Nota Jari: Susah hati tengok di mukabuku banyak sangat post yang memburuk-burukkan antara 1 sama lain.. Dosa tetap dosa.. Menyebarkan sesuatu yang tidak pasti itu adalah fitnah.. Post la tentang perkara-perkara baik sahaja..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...