MENGAPA TUN MAHATHIR SEDIH?

MARILAH BERSAMA LUANGKAN MASA UNTUK MEMBACA TULISAN
TUN MAHATHIR.

SAYA sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri. Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak mecrasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka.

Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah. Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.

Orang putih, secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas, tidak mampu menyumbang apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak jadi pemandu kereta dan orderly atau budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawab kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan tidak cekap.

Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu di hadapan askar Jepun, mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapat buah kelapa bagi askar Jepun. Jika gagal mereka ditempeleng dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun.Tanpa bertanya sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik negeri-negeri Melayu, Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, kerana membalas budi Siam.

Di bawah pemerintahan Siam, orang Melayu diarah supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan, ditendang di kepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan. Saya dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami. Jangan siapa tolong.

Kemudian, British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta mereka jika tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Dan raja Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri mereka.


Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu, milik orang Melayu. Ia akan jadi milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British. Dalam keadaan orang Melayu begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka. Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang Melayu. Mereka akan jadi bangsa yang tidak bernegara, tidak bertanahair. Tidak ada masa depan bagi mereka.


Alhamdulillah. Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat di antara mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetiaan kepada raja masing-masing atau kepada keturunan mereka. Mereka bersatu dan bangun menentang rancangan Malayan Union British. Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah-bahagi berkenaan penolakan Malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka.

Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu, maka bermulalah rebutan untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan sendiri, khususnya untuk menjadi ahli dalam dewan-dewan negeri dan dewan undangan Persekutuan. Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan lain-lain kemudahan.Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi untuk menjadi Yang Berhormat, menteri, bahkan Perdana Menteri tidak memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan.

Yang kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan nikmat perpaduan dan mereka tinggalkan UMNO untuk tubuh kesatuan mereka sendiri. Dengan ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang. Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam UMNO yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini. Tetapi Tuhan Maha Kaya. Rata-rata orang Melayu terus menyokong UMNO yang mana ini memberi kemenangan kepada UMNO dan rakan-rakannya. Demikianlah besarnya sokongan ini sehingga British terpaksa serah kuasa kepada Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957.

Tanpa merampas hak orang lain, pemerintahan yang bertunggak kepada Melayu berjaya membangunkan negara dan memberi kepada bangsa Melayu dan bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang yang tidak pernah dinikmati oleh mereka semasa dijajah. Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu. Alhamdulillah. Ramalan bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan merampas hak dan harta kaum lain tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pimpinan yang diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga dikagumi dunia. Semua ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin Malaysia. Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan.

Malangnya kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka bongkak dan tamak. Rebutan kuasa antara mereka terus berlaku dan rebutan yang berpunca kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan perpecahan dan serpihan daripada parti utama mereka. Mereka yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut ahli-ahli dan pemimpin kerdil untuk menyertai mereka, untuk menjayakan hasrat sempit mereka merebut kuasa, terutama untuk menjadi Perdana Menteri. Untuk ini mereka membohong, menyalahtafsir agama, menyokong orang lain yang tidak suka melihat orang Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan, kedudukan dan nikmat yang terdapat di negara ini.


Hasilnya ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan. Orang Melayu yang dahulu digeruni oleh British kerana kukuhnya perpaduan mereka, sekarang berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha untuk mengimbangkan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain.


Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma. Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.

Siapakah yang membawa malapetaka ini. Tak lain tak bukan malapetaka ini dibawa oleh orang Melayu sendiri - orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang kurang pintar, orang Melayu yang mudah dipengaruhi nafsu, yang mudah dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut. Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan - Kerajaan Malaysia merdeka.

Oleh kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka rela supaya perpaduan yang memberi kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada kuasa yang sedikit yang ada pada mereka.

Sebab inilah yang saya sedih. Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain. Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri.


SUMBER 

Ku Ingin Bahagia....

Berikan ku bahagia, hidup bebas
Mencari jalan sendiri jauhi alam derita
Ku jangan diganggu lagi, kasihanilah
Ku ingin nikmat bahagia menempuh hidup baru
Kata manis sumpah dan janji akan setia
Curahan ketika kita dalam bermesra
  liriklagukenangan.blogspot.com
Oh itu hanyalah godaan
Memujuk hatiku ini
Oh itu telah pun ku tahu
Diriku telah terpedaya

Berikan ku bahagia, hidup bebas
Mencari jalan sendiri jauhi alam derita
Ku jangan diganggu lagi, kasihanilah
Ku ingin nikmat bahagia menempuh hidup baru
Kata manis sumpah dan janji akan setia
Curahan ketika kita dalam bermesra

Oh itu hanyalah godaan
Memujuk hatiku ini
Oh itu telah pun ku tahu
Diriku telah terpedaya

Oh itu hanyalah godaan
Memujuk hatiku ini
Oh itu telah pun ku tahu
Diriku telah terpedaya
Ku Ingin Bahagia - Rina Rahman

 

Sunnah Dalam Berbicara

KATA Imam al-Ghazali, lidah antara nikmat Allah SWT yang besar dan antara ciptaan Tuhan yang amat halus dan ganjil. Lidah mempunyai bentuk yang indah, kecil dan menarik.

Selanjutnya Imam al-Ghazali berkata: “Keimanan dan kekufuran seseorang tiada terang dan jelas, selain dengan kesaksian lidah. Lidah mempunyai ketaatan yang besar dan mempunyai dosa besar pula. Anggota tubuh yang paling derhaka kepada manusia ialah lidah. Sesungguhnya lidah alat perangkap syaitan yang paling jitu untuk menjerumuskan manusia.”
Daripada kata Imam al-Ghazali itu jelas menunjukkan kepada kita besarnya peranan lidah dalam kehidupan manusia kerana lidah kita boleh masuk syurga dan kerana lidah juga boleh dihumban kita ke neraka.  

Oleh kerana lidah boleh membawa kebaikan dan keburukan dalam hidup manusia, kita perlu sentiasa berwaspada menggunakan lidah sewaktu bertutur kata. Dengan kata lain, kita hendaklah bijak menggunakan lidah apabila bercakap.

Sekiranya kata yang kita ucapkan boleh menyebabkan orang yang mendengarnya sakit hati atau terguris, ia boleh mendatangkan keburukan kepada kita. Pepatah ada mengatakan kerana mulut badan binasa.

Justeru, sebelum kita berkata sesuatu hendaklah berfikir terlebih dulu. Kita gunakan lidah untuk berkata sesuatu yang baik dan tidak sia-sia atau lebih baik lagi kita diam. Itu lebih memberi manfaat daripada kita berkata perkara yang boleh mendatangkan dosa. Sesungguhnya orang beriman tidak bercakap perkara yang sia-sia dan tiada berfaedah.

Daripada Abu Hurairah diriwayatkan Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya: “Siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau ia diam.” (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang jelik budi pekertinya serta kotor lidahnya.” (Hadis riwayat Imam Tirmidzi)

Menurut Rasulullah SAW ada tiga jenis manusia, iaitu yang mendapat pahala, selamat daripada dosa dan binasa. Orang yang mendapat pahala sentiasa mengingati Allah, berzikir, mengerjakan solat dan sebagainya. Orang yang selamat daripada dosa ialah mereka yang diam, manakala orang yang binasa sentiasa melakukan perkara mungkar, maksiat dan tidak mengawal lidahnya dengan baik.

Kita dapat mengenal peribadi seseorang daripada percakapannya. Orang yang tinggi akhlak selalunya bercakap hal yang baik saja, tidak menyakiti hati orang lain, tidak mengucapkan perkataan kotor dan tidak banyak bercakap. Mereka mengawal lidah sebaik-baiknya.

Dalam hadis yang diriwayatkan Tirmidzi dan Ibnu Majah, Abu Hurairah menceritakan apabila Rasulullah SAW ditanya sebab terbesar yang membawa seseorang masuk syurga, Rasulullah menjawab: “Takwa kepada Allah dan akhlak yang baik.” Apabila ditanya pula sebab terbesar yang membawa manusia masuk neraka, maka Rasulullah menjawab, “Dua rongga badan iaitu mulut dan kemaluan.”




Nota Jari: Di zaman moden ni, jari pun penyumbang kepada berbuat dosa.. Coz sekarang ni dah ramai menggunakan jari untuk berbicara (menulis di mukabuku, twitter, blog etc)..

Tak Terluah...


Tak terluah dengan perkataan..
Tak tertanggung bebanan dugaan..
Hanya bersimpuh di sejadah..
Berbicara merintah pada Yang Esa..

Tak terluah dengan tangisan..
Tak tertanggung bebanan jiwa..
Hanya menadah tangan berdoa..
Semoga sinar pelangi, kan menjelma..

Tak terluah dengan coretan..
Tak tertanggung bebanan emosi..
Hanya harapkan keredhaan-Mu sentiasa..
Agar mampu diharungi hari yang mendatang..

Tak terluah dengan apa cara jua..
Tak tertanggung bebanan yang berterusan..
Hanya mengadu pada yang kuasa..
Kerana di situ ketenangan dapat temui..

Ya Allah,
Tunjukkanlah jalan yang harus dipilih..
Adakah harus terus bertahan,
Atau mengalah menyerah tewas???



Nota Jari: Sesaja..

Keperibadian Wanita...



13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita.



1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong. (Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka. (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.


7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31) Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.) Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi. (Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.) Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.) Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.) Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.) Riwayat Imran bin Hushain ra.: Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)


Kisah: Saidina Ali r.a & Unta

PADA suatu hari setelah Ali r.a. menziarahi Rasulullah s.a.w., beliau terus ke rumahnya dan dilihatnya isterinya Fatimah r.a. sedang duduk memintal bulu domba. Kemudian Ali r.a. berkata, "Wahai perempuan yang mulia, adakah apa-apa makanan untuk suamimu ini?"

Kata Fatimah r.a., "Wahai suamiku, demi Allah aku tidak mempunyai apa-apa yang dapat kuberikan untukmu makanan, tetapi aku mempunyai 6 dirham yang diberikan oleh Salman Al-Farsi sebagai upah memintal. Dan wang ini aku bercadang untuk membeli makanan bagi Hasan dan Husin."

Apabila Ali r.a. mendengar penjelasan dari isterinya itu maka dia berkata, "Wahai perempuan yang mulia, berikanlah kepadaku wang yang 6 dirham itu." Sebaik sahaja menerima arahan Ali r.a. maka Fatimah pun memberikan wang tersebut supaya Ali r.a. dapat membeli makanan untuk anak-anak mereka. Dalam perjalanan ke pasar Ali r.a. berjumpa seorang lelaki yang berkata, "Siapakah yang hendak meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik." Sebaik sahaja mendengar kata-kata lelaki itu makan Ali r.a. pun memberikan kepada lelaki itu wang 6 dirham yang ada padanya untuk membeli makanan.

Setelah memberikan wang tersebut pada lelaki itu maka Ali r.a. pun balik dengan tangan kosong. Apabila Fatimah r.a. melihat Ali r.a. balik dengan tangan kosong maka beliau pun menangis. Ali r.a. berkata, "Wahai perempuan yang mulia, kenapakah kamu menangis?"

Kata Fatimah r.a., "Wahai suamiku, aku menangis sebab kamu tidak membawa apa-apa." Kata Ali r.a., Wahai perempuan yang mulia, sebenarnya wang 6 dirham tadi telah kupinjamkan kepada Allah SWT." Sebaik sahaja mendengar kata-kata suaminya itu maka berkata Fatimah r.a. dengan redhanya, "Benarkah begitu?"

Setelah berkata-kata dengan Fatimah r.a. maka Ali r.a. pun pergi menuju ke rumah Rasulullah s.a.w. Dalam perjalanan Ali r.a. bertemu dengan seorang lelaki yang sedang berjalan membawa seekor unta. Apabila Ali sampai dekat lelaki itu maka berkata lelaki itu, "Wahai bapa Hasan, belilah unta ini." Oleh kerana Ali r.a. tidak mempunyai wang maka berkata Ali r.a., "Sebenarnya aku tidak mempunyai apa-apa untuk membeli untamu ini." Berkata lelaki itu, "Beginilah, aku jualkan unta ini kepadamu dengan harga 100 dirham. Dan wangnya bolehlah kamu bayar kemudian."

Oleh kerana lelaki itu tidak meminta wang dahulu maka Ali r.a. pun setuju dengan berkata, "Kalau begitu aku setuju membeli unta ini dengan harga 100 dirham." Setelah Ali r.a. membeli unta tersebut maka datang pula seorang lelaki lain lalu berkata, "Wahai bapa Hasan, apakah kamu hendak menjual unta ini? Berkata Ali r.a., "Ya, memang benar aku hendak menjualnya." Kata Ali r.a., "300 dirham." Berkata lelaki itu pula, "Kalau begitu aku beli unta ini dengan harga 300 dirham." Kemudian lelaki itu pun membayar 300 dirham dengan cara tunai.

Setelah mendapat wang tersebut Ali r.a. pun balik ke rumah dengan senyuman, melihat akan telatah Ali r.a. maka berkata Fatimah r.a., "Wahai bapa Hasan, apakah sebabnya tersenyum sangat."

Ali r.a. pun menceritakan dari mula hingga ke akhir tentang kisah jual beli unta itu. Setelah selesai mendengar kata-kata suaminya itu maka Fatimah r.a. berkata, "Wahai suamiku, sebenarnya kamu telah mendapat taufiq."

Kemudian Ali r.a. pun terus pergi menemui Rasulullah s.a.w. Apabila Ali r.a. masuk ke dalam masjid baginda Rasulullah s.a.w. memandang beliau dengan tersenyum. Sebaik sahaja Ali r.a. memberi salam lalu berkata Rasulullah s.a.w., "Wahai Ali, apakah kamu hendak menceritakan kepadaku, atau aku menceritakan kepada kamu." Oleh kerana Ali r.a. tahu bahawa baginda Rasulullah s.a.w. lebih mengetahui, Ali r.a. berkata. "Ya Rasulullah s.a.w. eloklah anda sahaja yang menceritakan."

Kata Rasulullah s.a.w., "Wahai bapa Hasan, tahukah kamu siapakah yang menjual unta kepada kamu dan siapakah yang membeli unta itu dari kamu? Kata Ali r.a., "Allah dan Rasulnya sahaja yang lebih mengetahuinya."

Rasulullah s.a.w berkata, "Wahai Ali, kamu sungguh beruntung, kerana kamu berikan pinjaman kepada Allah SWT 6 dirham. Sebagai balasannya Allah memberikan kepada kamu 300 dirham." Kata Rasulullah s.a.w. lagi, "Wahai Ali, tahukah kamu siapa yang menjualkan unta kepada kamu dan tahukah kamu siapakah yang membeli unta tersebut?" Kata Ali r.a., "Allah dan Rasulnya lebih mengetahui."

Kata Rasulullah s.a.w., "Orang yang menjualkan unta itu ialah Jibrail a.s. dan orang yang membeli unta tersebut ialah Israfil a.s."

Kisah ini bukanlah menunjukkan bahawa Allah itu memerlukan wang atau Allah itu memerlukan pertolongan dari makhluk, tetapi ini ialah satu ujian Allah SWT terhadap orang yang hendak diuji~Nya. Allah SWT tidak memerlukan walaupun setitik pun bantuan dari makhluknya, haruslah ingat bahawa semua yang ada di dunia ini baik yang di langit atau di bumi adalah hak milik kekal~Nya.

Dunia ini ialah tempat kita menghadapi peperiksaan, lulus atau tidak seseorang itu hanya akan diketahuinya di akhirat nanti. Hanya Allah SWT sahaja yang akan memberi kita sijil kelayakan, samada layak ke syurga atau ke neraka. Oleh itu hendaklah kita benar-benar taat dan takut kepada Allah SWT.
 
 

Result: Ligemen Lutut....

This morning, Ai kena pergi check-up (appointment di Ortopedik HUKM)..
So pepagi macam biasa la.. Kejut anak bujang, bagi mandi, buatkan susu (HB masih minum susu botol).. Then hantar dia ke sekolah tadika kemas.. Selalunya lepas hantar HB, HM akan terus hantar Ai pula ke tempat kerja.. Pagi tadi Ai tak kerja tapi HM nak pergi ke istana sekejap..

Kami singgah sekejap je kat istana.. Then rush pergi ke HUKM.. Sampai je kat bahagian ortopedik, Ai terus pergi ke kaunter pendaftaran.. Disebabkan Ai tak pernah menerima rawatan kat sana, so Ai perlu isi borang dulu untuk daftar maklumat pesakit.. Lepas serah borang tu, akak tu kata; "pergi la makan dulu.. nanti kami panggil nama & bagi no..".. 

So Ai and HM pun menapak la ke kantin.. Lepas lebih kurang setengah jam, kami pergi semula ke bahagian ortopedik.. Dapat no 5035 untuk rawatan sport.. Then pergi la menunggu kat tempat yang dekat sikit dengan bilik rawatan.. Lama juga la menunggu.. HM sampai mengantuk sebab boring sangat.. Ai pula nasib baik ada acik kat sebelah untuk buat kawan sembang.. hehehe..

Sampai masa no Ai dipanggil, Ai dapatkan rawatan di bilik no 5.. Masuk je bilik tu, Ai tengok ada 2 orang doc.. Seorang doc India memang dah ada patient.. Doc yang lagi sorang tu, menyebut nama Ai bagi memastikan Ai adalah orang yang betul.. Ai angguk je la.. Doc suruh duduk.. Disebabkan surat rujukan Ai sebelum ni tak tau dorang letak kat mana, so terpaksalah Ai bercerita dari mula tentang Masalah Tulang yang Ai alami..
Dipendekkan cerita, doc minta Ai pergi buat x-ray di bahagian radiologi pula.. huhuhu.. Masa mula-mula, Ai kena berdiri tegak dengan merapatkan hujung jari kaki.. Kemudian bengkokkan kaki sebelah kanan sahaja dan kiri sahaja.. Ai ingatkan dah selesai, rupanya Ai perlu pula berbaring sambil menjuntaikan kaki.. Lepas dorang scan, nampak macam tak elok agaknya, datang orang lain betulkan.. Then scan lagi.. Pastu dorang bawa orang lain pula untuk betulkan kedudukan kaki Ai untuk di scan.. Dorang tanya kepala lutut Ai memang senget ke?? Ai jawab Ai tak tahu dan Ai merayu; "dah boleh gerak dah.. kaki saya dah sakit sangat ni.. kalu duduk juntai kaki tak pe.. tapi bila kena baring & juntai kaki, Ai rasa sakit sangat..".. Dorang tanya rasa sakit macam mana??.. huhu.. Ai pun tak tau nak explain macamna rasa sakit tu.. Apa yang Ai tau, Ai rasa sakit sangat..

Saat menyiksakan tu berakhir juga.. Then Ai perlu pergi semula untuk bertemu dengan doc di bilik tadi.. Masa tu dah hampir pukul 12 tengah hari.. Ai last patient untuk bilik no 5.. So 2 orang doc tu pun, meneliti x-ray kaki Ai.. Doc Cina tu, kata result x-ray sama seperti yang dia jangka.. huhuhu.. Ai pun agak terkedu bila tengok pic x-ray tu.. Kepala lutut Ai memang senget.. Then doc minta Ai buka kasut nak tengok Ai berdiri tanpa kasut.. Pastu suruh Ai duduk juntaikan kaki di tepi katil katil.. And doc minta izin nak ambil video pergerakkan kepala lutut Ai semasa Ai bengkokkan dan luruskan kaki untuk dikongsi & buat perbincangan dengan doc yang lain.. Doc India tu, cuba nak gerak-gerakkan kepala lutut Ai.. Tapi doc Cina tu menegah kerana kepala lutut Ai memang mudah teralih..

Akhirnya, doc deside Ai perlu menjalani rawatan fisioterapi terlebih dahulu antara 3-6 bulan.. Kalau masih tak de perubahan, jalan terakhir adalah operate bagi membetulkan kedudukan tempurung lutut Ai (kiri & kanan).. huhuhu..



Nota Jari: Ramai akan tanya, adakah Ai aktif dalam sukan kerana normalnya orang yang aktif dalam sukan je menghadapi masalah macamni.. Ai tak aktif sukan disebabkan kelemahan fizikal ni memang dari Ai budak lagi..

7 Kalimah...

 Sabda Rasulullah s.a.w :

Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih dilautan...

1. Bismillahhirrahmannirahim:
pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Alhamdulillah:
pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3. Astagfirullah:
jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4. Insyaallah:
jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. Lahaulawalaquatai llahbillah:
bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6. Innalillah:
jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7. Lailahaillallah:
bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. Amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang-orang yang terpilih oleh Allah...



Sabda Rasulullah SAW, "siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang yang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada.."




Nota Jari: SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...