Saturday, 30 March 2013

Pertengkaran......

Setiap pasangan yang berkahwin akan bertengkar.. Bak pepatah yang popular 'sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri'... Bertengkar adalah salah satu cara berkomunikasi dan mengenali hati budi memasing.. 
Pertengkaran berlaku kerana pasangan tidak pandai untuk meluahkan perasaan melalui cara yang baik..  Mungkin juga kerana perbincangan secara aman tidak dapat dilakukan.. Kerana sama ada anda atau pasangan anda tidak boleh di bawa berbincang..

Tekanan sama ada dari segi fizikal mahupun emosi yang melampau akan menyebabkan wanita yang lemah lembut pun mampu untuk menjadi kuat dan teguh (bertegang urat dengan pasangannya)..

Sekiranya perbincangan antara anda berdua tidak membuahkan hasil, maka ada baiknya anda meminta bantuan pihak ketiga untuk menjadi orang tengah dan menasihati anda berdua.. Namun bukan semua orang mampu atau sanggup untuk menjadi orang tengah dalam meleraikan pertengkaran anda..

Sekiranya anda masih mampu bersabar, ada baiknya anda terus pertahankan mahligai yang dibina.. Namun andainya, anda sudah tidak mampu bersabar.. Rujuklah pada pejabat agama terlebih dahulu.. Dapatkan kaunseling daripada mereka bagi mengatasi masalah yang anda hadapi.. Sekiranya selepas sesi kaunseling dijalankan anda masih mahu meneruskan hasrat untuk berpisah (menuntut fasak), pihak pejabat agama ada menyediakan khidmat bantuan peguam (bagi kes-kes yang teruk contohnya suami pernah cuba mencederakan anda, suami menagih sehingga mengabaikan tanggungjawab dan lain-lain).. Tidak perlu bimbang, mereka tidak akan mengenakan sebarang charge kepada anda..

Persoalannya, sanggupkah anda untuk mengubah status kehidupan anda??? Banyakkanlah berdoa kepada Allah, agar anda dapat membuat keputusan yang terbaik untuk anda dan anak-anak...



Nota Jari: Sorry andai maklumat kurang tepat.. Nukilan hanyalah berdasarkan perbualan dengan seorang ibu yang sangat perihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh anaknya.. Semoga menjadi iktibar kepada kita semua..

1 comment:

  1. pertengkaran terhasil dari perasaan marah.. mengawal kemarahan dapat membendung pertengkaran yg tidak sihat..

    mutiara kata utk dikongsi bersama Ai..

    "Yang bernama pendekar bukan orang yang banyak menjatuhkan lawan tetapi pendekar sejati ialah orang yang sanggup menguasai dirinya ketika sedang marah”.

    (Riwayat Muslim)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...