Friday, 8 March 2013

Patriotik: We Love Malaysia

Air mata tak henti-henti mengalir...
Sedih hati tanpa ratapan...

Air mata mengalir laju...
Sedih hati pilu bersarang..
Mengertikah kau, wahai teman..
Akan apa yang kurasakan??

Mengertikah kau, wahai kawan..
Akan apa yang kuhadapi??

Ramai yang berkata-kata tanpa berfikir..
Rayu ku, tolonglah jaga bahasamu...
Kami tak minta mempunyai keluarga dalam anggota keselamatan negara..

Namun kami bangga dengan kerjaya mereka..
Tidak pernah sesekali kami menyesali kerjaya pilihan mereka..
Kerana mereka, negara kita aman..
Kerana mereka, orang awam boleh melakukan aktiviti harian tanpa bimbang..

Tahukah anda, kami terpaksa berpisah dengan orang yang tercinta??
Kerana mereka perlu bertugas menjaga sempadan negara,
Kerana mereka perlu mengekang penceroboh sebelum bolos memasuki negara melalui hutan..

Tahukah anda, bagaimana bebannya menanggung rindu??
Kerana mereka akan menjaga sempadan selama 3 bulan sebelum diganti oleh unit lain..
Kerana kami tak dapat berhubung, sepanjang masa mereka di hutan...

Pohon ku, hentikanlah fitnah-fitnah tentang wirawan negara..
Kerana tuturmu hanya berdasarkan tanggapan..
Kerana tulisanmu hanya menyemarakkan api kemarahan..

Air mata masih mengalir laju...
Bilakah masanya kekasihku akan dikerah ke sana??

Air mata masih mengalir tanpa henti..
Ku redha pemergianmu, kerana pergimu dengan ganjaran syurga...


Nota Jari: Nukilan ni berdasarkan pengalaman Ai sebagai isteri kepada Harimau Malaya yang bertugas di bawah Rejimen Askar Melayu Diraja..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...