Friday, 29 March 2013

Kering Sudah Air Mata...

Tiada lagi tangisan yang mampu diluahkan..
Walau hati calar terluka..
Tiada lagi butir-butir mutiara yang bisa menemani kepiluan hati..
Walau jiwa terasa derita..
"Jangan Bersedih, ALLAH Sentiasa Bersama Kita.."
Kering sudah air mata...
Namun kepiluan masih bersarang..
Tiada teman untuk diluah..
Tiada tempat untuk dilepas..

Segalanya harus ditelan sendirian..
Walau pahitnya amat menyakitkan..
Segalanya perlu terus diharungi..
Walaupun kelatnya amat menyeksakan..

Kering sudah air mata..
Tiada lagi kekuatan dalam diri..
Hati merana, Jiwa terseksa..
Hentikanlah penderaan emosi ini...

Segalanya harus ditelan sendirian..
Ke mana harus membawa diri??
Segalanya perlu terus diharungi..
Tiada tempat untuk menyendiri!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...