Monday, 25 March 2013

HB Demam Panas...

Dah 2 hari Ai EL coz anak bujang Ai demam panas dari malam Ahad ritu.. huhuhu..
Dari lahir HB ada G6PD.. Ai pun tak berapa faham sangat.. But yang Ai tau HB memang tak boleh makan kacang parang seumur hidup dia.. Yang lelain tu, kami terpaksa elak penggunaan ubat gegat, ubat nyamut (yang berlingkar tu) & tak boleh bagi ubat sebarangan je.. Kekadang Ai anggap dia bermasalah dengan daya tahan badan (antibodi)..
Since dia masih baby, HB boleh dikatakan akan demam pada setiap bulan... Before umur setahun tu, kita akan cakap; demam nak merangkak, demam nak tumbuh gigi, demam nak belajar berdiri, berjalan & berlari.. But sekarang ni, umur dia dah 4 tahun 5 bulan tapi still akan demam every month.. huhuhu.. Masa tempat lama ritu, kengkawan syorkan beri HB makan Scott Emulsion.. Tahun 2012, Hb dah jarang demam but still akan batuk dan selsema..

Tapi tahun ni, dia dah mula pula asyik demam.. Bukan merungut cuma sebagai ibu, tentulah Ai bimbang dengan keadaan dia.. Sebabnya kekadang sampai tak tau apa punca dia demam?? Orang akan kata, sekarang memang musim budak demam.. Masalahnya HB demam tak ikut musim macam bebudak lain.. huhuhu..

Biasanya lepas dia demam, mesti Ai pula yang akan demam.. Memang macam tu la sejak dia baby... Setiap kali Ai pergi klinik ambil ubat demam, doc akan tanya anak tak berjangkit ke demam Ai.. "huhu..masalahnya doc, Ai yang berjangkit demam dari dia.."

Ingat lagi pada tahun 2009, masa tu HB baru umur setahun dan dia masih belum pandai bercakap.. HB kena demam panas, batuk dan selsema.. Biasanya kalau dia demam pun dia masih boleh bermain macam biasa.. Tapi masa tu, dia nak memerap je kat Ai.. Langsung tak boleh tinggal dia.. Menangis je.. Ai sampai tak tau dah nak buat apa?? Tetiba Ai nampak ada cecair macam nanah keluar dari kedua-dua telinganya.. Ai segera bawa dia ke klinik.. Lepas dia sembuh, Ai pula demam sampai bernanah telinga tapi sebelah je.. Dekat 2 minggu juga la, Ai jadi pekak sebelah.. huhuhu...



Nota Jari: Semoga HB cepat sembuh.. Boleh pula HM kata HB demam sebab nak tumbuh gigi bongsu.. huhuhu..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...