Sunday, 31 March 2013

Belajar Daripada Kesilapan...

Lumrah manusia pasti melakukan kesilapan atau kesalahan.. Apa yang perlu dilakukan apabila menyedari diri telah melakukan kesalahan adalah perlu ikhlas mengakui kesilapan.. Bertekad untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama berulang kali.. Bertindak berhenti daripada terus mengulangi kesilapan..
Namun begitu, terdapat juga insan yang tidak pernah belajar daripada kesilapan.. Tidak mahu mengakui bahawa diri telah melakukan kesalahan.. Bahkan terus-terusan mengulangi kesilapan yang sama berulang kali.. Apabila dinasihati, mulalah memberontak dan mengungkit-ungkit kebaikan yang telah dilakukan dan menganggap orang hanya nampak kesalahannya itu.. 

Semua orang boleh menegur kesalahan yang berlaku di sekeliling kita.. Akan tetapi tidak semua orang boleh menerima teguran tersebut.. Kerana ada yang menganggap teguran tersebut dibuat kerana orang sentiasa memandang serong pada dirinya atau dengki padanya.. Tapi adakah keluarga sendiri akan sengaja mencari kesalahan anda tanpa sebab??

Teguran daripada pasangan or keluarga adalah kerana mereka sayangkan anda.. Semuanya demi kebaikkan diri anda.. Berfikirlah dengan waras dan jadilah lebih matang.. Jangan kerana ego, anda sanggup pertaruhkan ikatan kekeluargaan..



Nota Jari: Semoga ada sinar pelangi pada hari esok!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...