Selami Hati Seorang Isteri!!!

Sesaja nak mencoret alkisah hati/jiwa seorang isteri.. Harap-harap para suami di luar sana akan lebih memahami dan menghargai para isteri..

1. Priority
Seorang isteri biasanya mengharapkan mereka menjadi keutamaan dalam hati anda!! So jangan sesakali bersikap/mempamerkan anda meletakkan si isteri di tempat terkahir dalam hidup anda.. Means jangan la tunjuk sangat yang anda sanggup bertegang urat dengan isteri semata-mata kerana rakan anda.. Hal itu amat mengguris perasaan si isteri.. 

Kecintaan pada keluarga itu penting.. Tapi jangan biarkan keluarga anda memfitnah si isteri tanpa pembelaan dari anda.. Itu juga amat mengguris perasaan si isteri.. Jadilah suami seperti masa mula-mula anda mahu mengoratnya dahulu.. Itu yang isteri mahukan..

2. Pamerkan
Sayang bukan hanya sekadar ucapan, tapi ianya juga perlu dipamerkan.. Tunjukkan padanya, anda sangat mencintainya sama seperti dulu.. Renungkan kembali perkara-perkara yang anda sanggup lakukan dahulu (masa nak ngorat or sebelum berkahwin).. Mengapa tidak anda lakukan sehingga sekarang ni, walaupun dah 10 tahun berkahwin.. Perlu diingatkan, cinta perlu dipupuk setiap hari agar ianya tetap subur mekar dan bahagia sepanjang masa..

3. Pendengar
Jadilah pendengar setia kepada setiap keluhan isteri anda.. Ingat tak dulu, anda sanggup tadah telinga sebelum dia sempat bercakap?? Kenapa sekarang anda amat sukar untuk menadah telinga apabila dia hendak bercakap?? Jangan biarkan ego anda menguasai diri..

4. Pelukan
Percaya atau tidak, pelukan seorang suami dapat melegakan hati seorang isteri.. Selain itu, pelukan juga memberikannya perangsang untuk bangkit dari segala permasalahannya.. Peluklah isteri anda setiap hari walau hanya untuk 10 saat.. Kerana ia amat mendamaikan hati seorang isteri..

5. Perhatian
Seorang isteri ingin mendapat perhatian daripada anda.. Janganlah bersikap acuh tak acuh aje.. Lumrah wanita memang ingin dibelai dan dimanja.. Walaupun dah berumur tapi naluri seorang isteri/wanita tetap sama.. Kenapa para suami lebih suka membelai orang lain, sedangkan si isteri yang halal sentiasa mengharapkan perhatian tidak pula diendahkan??

6. Perasaan
Wanita mempunyai hati yang unik.. Hanya sedikit ingatan daripada anda dapat menggembirakannya.. Dan kadangkala hanya kerana sepatah perkataan anda telah mengguris hatinya tanpa anda sedar.. Sentiasalah cuba menjaga hatinya..

7. Pujuk
Selain mempunyai hati yang unik, wanita mempunyai hati yang lembut.. Setiap kesalahan anda akan segera dilupakan sekiranya anda pandai memujuk.. Pujuklah dan rayulah padanya seperti mana anda berusaha untuk mendapatkannya suatu masa dahulu..

8. Pendam
Sudah menjadi lumrah kebanyakkan wanita / para isteri suka membebel.. Itu adalah cara wanita meluahkan perasaannya.. Namun ada juga segelintir para isteri yang tidak pandai membebel.. Sebaliknya lebih suka memendam perasaan dan meluahkannya melalui tangisan.. Bagi suami yang mempunyai isteri sebegini, anda sebenarnya amat bernasib baik kerana tidak perlu mendengar leteran.. Namun anda sebagai suami perlu memainkan peranan dengan mengambil pendekatan membuat perbincangan secara berkala dengan isteri.. Ini bagi mengelakkan isteri tersebut terus memendam perasaan yang mungkin akhirnya akan merosakkan hubungan anda suami isteri..

Oleh kerana isteri anda bukan jenis yang berleter, jangan pula anda yang jadi gemar berleter.. Jangan sesekali mengungkit dengan berkata; "sekali abang buat silap, itu je la yang awak nampak.. Semua baik abang semua awak dah tak nampak!!".. Sebelum berkata perlulah berfikir dahulu.. Adakah isteri anda bercakap mengenai 1 perkara buruk or habis semua buruk anda?? Apabila dia bercakap mengenai 1  perkara buruk anda, bermakna yang lain-lain itu tidak dikaitkan sama sekali.. Dia mengharapkan perubahan pada diri anda agar keharmonian rumahtangga dapat diperkukuhkan sehingga akhir hayatnya..

9. Pembimbing
Setiap wanita memerlukan bimbingan.. Berusahalah membimbing isteri anda ke jalan yang diredhai oleh ALLAH.. Baik buruk perangai or amal ibadah isteri adalah berkait rapat dengan cara didikan anda.. Setiap noda yang dilakukannya, anda sebagai suami turut mendapat sahamnya.. Oleh itu, bimbinglah mereka sebaiknya.. Ajarlah mereka membaca Al-Quran dan amal ibadah lainnya...

10. Pemimpin
Sebagai suami, anda merupakan pemimpin keluarga.. Seorang isteri amat mengharapkan suaminya dapat memimpin solatnya dan bertanggungjawab terhadap keluarga.. Anda perlu sedar tanggungjawab sebagai suami.. Sekiranya isteri bekerja, itu bukan bermakna anda boleh menggunakan wang gaji isteri dengan sewenang-wenangnya.. Isteri bekerja untuk membantu anda.. Namun setiap sen yang dibelanjakan menggunakan duit isteri perlulah dengan kerelaannya...


Rasanya setakat ni je la dulu.. Mungkin apa yang Ai coretkan tidak menggambarkan keseluruhan sikap wanita or para isteri.. Sebaliknya lebih kepada diri Ai sendiri.. Diharap coretan ini, boleh menjadi manfaat kepada semua pasangan suami isteri dalam menjaga kerukunan rumahtangga anda...


Nota Jari: Sekadar coretan dari Ai yang hanya pakar motobesi je.. hehehe.. Keluhan ini ditujukan khas untuk para suami, terutamanya to HM..

Surah: Al-Fatihah


Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:

“Membaca Fatihah Al-Quran pahalanya seperti sepertiga Al-Quran”

Juga Nabi Muhammad s.a.w.bersabda:

“Surat Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkankan dalam bacaannya.” dan
“Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin.”

Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran

Diantara khasiat Fatihah ialah:-
♥ Siapa yang membaca ‘Al-Fatihah’ diwaktu hendak tidur, Surah ‘Al-Ikhlas’ sebanyak 3 kali dan Mu’awwidzatain maka ia akan aman dari segala hal selain ajal.
♥ Dan siapa berhajat (berkeinginan sesuatu) kepada Allah s.w.t.maka olehnya dibaca surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh dan sembahyang fardu Subuh sampai 40 hari (tidak Lebih) kemudian memohon kepada Allah s.w.t. maka Insyaallah ia penuhi keperluan hidupnya.
♥ Barangsiapa membaca Fatihah berserta Bismillah diantara sunat Subuh dan fardu Subuh dengan Istiqomah maka kalau ia inginkan pangkat terkabullah ia dan kalau ia fakir maka akan kaya serta jika ia punya hutang maka mampu membayarnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang soleh, berkat surah Al-Fatihah.
♥ Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20kali setiap selesai sembahyang fardu lima waktu maka Allah swt luaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusannya, hilangkan keperihatinannya dan kesusahannya, anugerahkan apa yang ia angan-angankan, dapatkan berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, berpenghidupan baik dan ia pula anak-anaknya terlindung dari kemudharatan dan kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaan dan sebagainya.
♥ Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali selesai sembahyang Subuh maka ia peroleh maksudnya dan ia ketemukan apa yang dicari-cari serta sebaiknya ia panjatkan doa yang bermaksud:
“Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia atau urusan akirat, supaya dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku...”
♥ Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah diwaktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali maka Allah swt bukakan pintu rezekinya dan Dia mudahkan urusannya tanpa kepayahan dan kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah tersebut dan sebaiknya berdoa:
”Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya Engkau bukakan bagiku pintu-pintu rahmatMu, kurnia-Mu dan rezeki-Mu. Dan Engkau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezekiMu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, sesungguhnya Engkau berkuasa atas setiap sesuatu. Aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, berikan apa yang kuhajati...”

Diriwayatkan dari Syeikh Muhyiddin Ibnul Arabi didalam kitab ‘Qaddasallaahusirrahu’:
“Siapa yang punya maksud maka sebaiknya ia membaca surat Al-Fatihah sebanyak 40 kali sehabis sembahyang Maghrib dan sunatnya, selesai itu ia ajukan permohonan hajatnya kepada Allah s.w.t.”
♥ Surat Al-Fatihah boleh mengubati penyakit mata, sakit gigi, sakit perut dan lain-lainnya dengan dibacakan sebanyak 41 kali.
Ikhtiar mengubati penyakit : Baca Surah Al-Fatihah sebanyak 40 kali pada tempat berisi air, lalu air itu diusap-usapkan pada kedua belah tangan, kedua belah kaki, muka, kepala dan seluruh badan, allu diminum, Insyaallah menjadi sembuh.
♥ Kalau Surah Al-Fatihah itu ditulis dengan huruf-huruf terpisah lalu dileburkan dengan air suci dan diminumkan kepada si sakit, maka dengan iradah Allah s.w.t. ia akan sembuh.
♥ Ikhtiar menghilangkan sifat pelupa: Tulislah surat Al-Fatihah dengan huruf Arab pada tempat putih dan suci lalu dihapuskan dengan air dan diberi minum pada orang yang pelupa, maka ia akan hilang sifat pelupanya dengan izin Allah s.w.t.
♥ Mengubati sakit disebabkan oleh sengatan kala: Ambil sebuah tempat bersih lalu diisi air dan sedikit garam lalu dibacakan padanya Surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali lalu diberi minum pada orang yang tersengat kala itu, In Shaa Allah ia akan sembuh.
♥ Mengubati sakit gigi dan lain-lain. Untuk dirinya sendiri = letakkan jari pada tempat yang sakit lalu membaca Al-Fatihah dan berdoa sebanyak 7 kali:
“Ya Allah, hilangkan daripada keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al-Amin) dan tetap disisi-Mu”.
♥ Mengubati penyakit gigi orang lain. Selesai membaca Al-Fatihah maka berdoa 7 kali:
“Ya Allah, hilangkan daripada orang ini keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu”.
Adapun faedah dan khasiat dari Surah Al-Fatihah ialah menyembuhkan penyakit mata yang kabur (rabun).

Sabda Nabi Muhammad s.a.w.”
“Barangsiapa yang ingin menyembuhkan kelemahan pandangannya (kabur/rabun) maka hendaklah dilakukan:
Memandang bulan pada awal bulan, jika tidak kelihatan atau terhalang oleh awan dan lain-lain hal, lakukan pada malam kedua, juga tidak dapat, cuba pada malam ketiga atau begitu seterusnya hingga nampak kelihatan bulan itu.
Apabila telah kelihatan, hendaklah ia menyapukan tangan kanannya ke mata dengan membaca Al-Fatihah sebanyak 10 kali.
Sesudah itu mengucapkan pula sebanyak 7 kali doa ini:
“Al-Fatihah itu menjadi ubat tiap-tiap penyakit dengan rahmat Mu ya Tuhan yang pengasih penyayang.”
Lalu mengucapkan “Yaa Rabbi” sebanyak 5 kali.
Terakhir mengucapkan pula doa ini sebanyak 1 kali:
“Ya Allah sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan, Ya Allah sihatkanlah, Engkaulah yang menyihatkan”.

Adat: Perhati & Selidik...

Sebagai pemula coretan pada kali ni, dengan sukacitanya Ai nak share information tentang adat orang banjar.. Actually, Ai banjar rakai (means rosak dalam bahasa melayunya).. Coz my mum keturunan banjar berkahwin dengan my dad yang berketurunan jawa.. So terhasillah keturunan berdarah kacukan BONJOVI... Kuang3.. Gurau aje...
Ai dan adik-adik Ai.. Abang yang sulong & kakak Ai je yang xde dalam pic ni..
Beberapa minggu kebelakangan ni, hot isu salah faham adat banjar tidurkan anak dalam buaian dengan cara 'berpukong'... Untuk faham apa itu banjar dan mengenai sejarah penghijrahan banjar ke Malaysia, kengkawan boleh klik wikipedia ni ...
Inilah gambar yang menjadi kontroversi dan menjadi kencaman hebat daripada segelintir pihak yang tidak mengkaji sebelum menghentam.. Kalau tengok daripada pic ni, mungkin ada kengkawan yang beranggapan ianya suatu penderaan.. Namun pada hakikatnya tidak.. Ini adalah adat orang banjar menguringkan (menidurkan) bayi.. Dengan kaedah ni, baby akan tidur lebih lama kerana berasa selesa dan ia juga dapat mengelakkan baby dari tersedak susu.. Ok, untuk makluman juga, setakat ni masih belum pernah masuk berita mengenai baby mati akibat berpukong... Rata-rata anak banjar yang tidur berpukong masih hidup sampai sekarang.. Termasuklah Ai dan 6 orang adik-beradik Ai.. hehehe..

Selain tu ada juga yang buat Photo Sharing pic baby yang berpokung di ayun (buai) paninian (neneknya).. Sebenarnya, kalau kengkawan rajin tengok tv, dulu ada discovery channel siarkan tentang adat berpukong di indonesia.. Dan majalah 3 juga pernah buat liputan tentang budaya berpukong orang banjar ni... Selain tu, banjar johor pun ada terbitkan buku berkaitan adat berpukong orang banjar ni.. So hentikanlah fitnah-fitnah tentang budaya & adat banjar ni, ye.. Terimalah hakikat, yang ada sesetengah pihak/anda sebenarnya kurang selidik sebelum menyiarkan entry yang menyebabkan ramai anak banjar berang.. Termasuklah Ai..huhuhu..



Nota Jari: Melihat jangan terus menilai.. Sebaliknya selidik terlebih dahulu.. Ingatlah mudah untuk mencari pahala akan tetapi lebih mudah membuat dosa..

Petua: Kekalkan Kasih Sayang Suami Isteri

Doa Untuk Suami Isteri Saling Kasih Mengasihi 
 

  اللَّهُمَّ حَبِّبْ عَبْدَكَ هَذَا إِلَى عِبَادِكَ الْمُؤْمِنِينَ وَحَبِّبْ إِلَيَّ الْمُؤْمِنِينَ


Maksudnya: “Ya Allah jadikanlah hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku.” (Riwayat Muslim no. 2491)

Amalan:

Dalam hadis sahih riwayat Muslim, Abu Hurairah r.a. telah memohon Nabi s.a.w. agar berdoa kepada Allah s.w.t. agar memberikan hidayah kepada ibunya supaya memeluk Islam. Dengan doa Nabi s.a.w. yang juga menunjukkan mukjizat Baginda, ibu Abu Hurairah r.a. telah memeluk Islam. Kemudian beliau meminta kepada Nabi s.a.w. agar dia dan ibunya dicintai oleh sekalian orang-orang yang beriman. Nabi s.a.w. telah mendoakan untuk mereka dengan doa di atas dengan sedikit penambahan iaitu kalimah “wa ummuha” (dan ibunya) selepas kalimah “abdaka haza”. Hasil doa Nabi s.a.w. ini, setiap orang beriman yang lahir akan melahirkan rasa cinta apabila mendengar tentang Abu Hurairah. Oleh sebab itu, doa ini boleh digunakan oleh pasangan suami isteri untuk mengikat serta menyuburkan rasa kasih sayang sesama mereka.

Petua Untuk Membuat Suami atau Kekasih Sayangkan Anda Sampai Mati

1. Bacalah Surah Yusuf Ayat 4 - Bermaksud:"Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya," Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku..."

2. Kemudian, sambung Surah Thaahaa Ayat 39 - Bermaksud:"Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanku."

Caranya: Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/suami, bacalah kedua-dua ayat tersebut. Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah selalu membaca di hadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati.

Nota Jari: Mudah Mengucapkan Sayang Tapi Sukar Untuk Mempamerkannya...

MyHeppi....

Sesaja nak kongsi laman interaktif yang baru.. Ianya bercirikan ISLAM.. Oleh itu, pemilik akaun sama sekali tidak dibenarkan meng'upload' gambar-gambar yang tidak menutup aurat.. Atau gambar-gambar tersebut akan di'delete' oleh pihak pengurusannya..
Kepada kengkawan sekalian, sudi-sudilah add Ai dengan klik pada pautan ini MyHeppi...



Nota Jari: Tengah tak sedap tekak la pula.. huhuhu...


Kematian Husnul Khatimah...

Pepagi ni Ai berpeluang menonton rancangan Astro Oasis bertajuk 'Renungan Ajal'.. So Ai nak kongsikan tanda-tanda kematian yang husnul khatimah...
Jika ada 20 tanda-tanda berikut, mati anda adalah mati yg baik (Husnul Khatimah)

1) Dapat mengucap kalimah tauhid (La ilaha illaLlah). Dalilnya hadis dari Muaz bin Jabal r.a (sesiapa yang akhir ucapannya ialah La ilaha illaLlah maka ia dapat masuk Syurga- Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim). Justeru itu, hendaklah kita mentalqin orang kesayangan kita ketika sakratul maut supaya dia sempat mengucap.

2) Mati hari jumaat. Dalilnya hadis riwayat Abdullah bin Amru bin al-Ash (Mana2 Muslim yang mati di siang hari Jumaat atau malam Jumaat, niscaya Allah selamatkankan dia dari fitnah kubur -HR Ahmad dan Termidzi). Walau bagaimanapun hal bukanlah bererti mati di hari selain jumaat tidak baik kerana baginda SAW sendiri wafat pada hari isnin.

3) Percikan peluh di dahi (Mati orang beriman itu dengan percikan peluh di dahinya -HR Ahmad, Termidzi, an-Nasa`iy, Ibn Majah, dan al-Hakim.)

4) Mati syahid di medan Jihad. (Barangsiapa yang terbunuh pada jalan Allah (medan perang) adalah mati syahid. Barangsiapa yang mati pada jalan Allah, maka ia mati syahid-Muslim). Terbunuh (Mati syahid di medan perang jihad) mungkin susah buat kita umat Melayu, kecuali mereka yg berada di medan Palestin, Iraq

5) Mati di jalan Allah. Ada hadis yang menyebut bahawa (barangsiapa yang terbunuh pada jalan Allah (medan perang) adalah mati syahid. Barangsiapa yang mati pada jalan Allah, dia mati syahid- Muslim). Contohnya wanita Muslimah yang mati di Jerman, dibunuh hanya kerana dia bertudung.

6) Mati kerana wabak taun. Pada zaman dahulu wabak yang dikenali hanya taun. Pada masa sekarang, terdapat banyak lagi wabak yang dikenali seperti selsema burung, SARS dan sebagainya. Sesiapa yang mati kerana dilanda wabak berkenaan, matinya termasuk dalam kesudahan yang baik

7) Mati kerana lemas (al-gharq) seperti mereka yang lemas kerana banjir, tsunami dan sebagainya

8) Mati kerana sakit zat al-janb (paru-paru). Zat al-Janb maksudnya sakit tumbuk rusuk atau sakit sesak nafas, orang zaman dulu namakan ia zat alJanb, sekarang dikenali dgn pneumonia atau sakit paru-paru berair. Maka mereka yg mati disebabkan oleh komplikasi paru-paru adalah mendapat husnul khatimah.

9) Mati kerana komplikasi perut. Mati kerana komplikasi perut ni banyak jenis melibatkan perut dan intestines (usus), yang paling biasa ialah appendix dan kanser usus. Jadi jika seseorang membawa maut kerana ada komplikasi perut dan usus, maka ia mendapat husnul khatimah, dapat syahid

10) Mati kerana kebakaran. Sering kita membaca akhbar orang Islam yg mati kerana kebakaran baik rumah atau kenderaan yang terlibat dgn kecelakaan jalanraya yg bertukar menjadi kebakaran. Mereka ini juga termasuk dalam mati yg baik. Berilah berita gembira kepada keluarganya.

11) Mati kerana ditimpa keruntuhan seperti ditimpa batu, tanah runtuh dan sebagainya

12) Perempuan yang mati disebabkan anak yang dikandungnya. Dengan penjagaan kesihatan dan polisi kerajaan, ditambah dengan kecanggihan teknlologi perubatan yang moden, jumlah kematian akibat kelahiran agak menurun di negara kita sekarang. Namun jika ada mana-mana ibu yang meninggal kerana bersalin, dia mendapat syahid.

13) Mati kerana batuk kering. (dan mati kerana batuk kering adalah syahid- tabraniy)

14) Mati kerana menjaga harta. (Barangsiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya dia mati syahid- Muslim)

15) Mati kerana mempertahankan agama. Dari Said bin Zaid (Barangsiapa yg mati kerana mempertahankan agamanya, maka dia syahid- Termizi).

16) Mati kerana mempertahankan diri dan keluarga. (barangsiapa yang mati kerana mempertahankan darahnya (nyawanya) dia syahid, juga yang mati kerana mempertahankan nyawa ahli keluarganya- tarmizi). Perompak memecah masuk dan selepas melakukan rompakan, mereka hendak memperkosa anak dan isterinya, maka ketika itu dia melawan, lalu dibunuh, maka itu adalah tanda mati syahid atau mati baik.

17) Mati ketika berkawal, menjaga sempadan dan bertugas. Hal ini khusus utk tentera dan mujahidin. (Berkawal sentri sehari semalam lebih baik daripada berpuasa sebulan dan mendirikan malamnya. Sekiranya ia mati, mengalir kpdnya pahala amalan yg telah dikerjakannya, berterusan rezki kepadanya dan aman dari fitan (azab kubur-Muslim)

18) Mati ketika sedang mengerjakan amal soleh. Dari Hudzaifah r.a, Nabi bersabda (Barangsiapa mengucap syahadah dgn ikhlas, lalu mati, dia masuk syurga. Sesiapa yg berpuasa sehari dgn ikhlas, lalu mati, dia masuk syurga. Sesiapa bersedeqah dgn satu sedeqah dgn ikhlas lalu dia mati ketika itu, dia masuk syurga- Ahmad). Seseorang yang meninggal ketika sedang mengerjakan amal soleh, maka dia mati dengan petanda yang baik

19) Meninggal di kota Madinah. Ibnu Umar r.a berkata bahawa Nabi SAW bersabda (barangsiapa yang mampou mati di Madinah, hendaklah dia mati di situ kerana sesungguhnya aku akan memberi syafaat terhadap sesiapa yang mati di situ- Ahmad, Termizi, Ibn Majah, Ibn Hibban)

20) Mati dibunuh oleh pemerintah yang zalim. Dari Jabir r.a (penghulu syuhada’ ialah Hamzah abdul Muttalib dan lelaki yang berdiri kepada penguasa yang zalim, maka dia menyeru dan menegah penguasa tersebut lalu dia dibunuh- al-Hakim)

MAKLUMAN
1) 20 perkara ini merupakan tanda-tanda mati yang baik, yang disebut oleh Nabi Muhammad SAW dalam hadis yang pelbagai. Timbul persoalan, apakah seorang yang kufur dan syirik juga mendapat syahid hanya kerana mati pada hari jumaat? Atau hanya kerana mati lemas? Sedangkan kufur dan syirik merupakan sebesar-besar dosa. Tanda-tanda ini diibaratkan seperti keuntungan yang berlipat ganda dan menggiurkan namun bagaimana kita inginkan keuntungan berkenaan jika kita tidak berniaga dan tidak mempunyai modal asas. Apa yang penting, kita hendaklah terlebih dahulu menyediakan tapak dengan mengerjakan solat, puasa, zakat dan perintah Allah yang lain serta meninggalkan larangaNYA. Kemudian sama-samalah kita berdoa semoga kita semua mendapat mati dalam keadaan yang baik.

2) para ulama telah membahagikan syahid kepada syahid besar dan kecil. Syahid besar (ada juga menyebutnya sebagai syahid dunia akhirat) ialah mereka yang mati di dalam peperangan menegakkan agama Allah. Mereka tidak perlu dimandi dan dikapankan. Sementara syahid kecil (disebut juga sebagai syahid akhirat) merujuk kepada mereka yang mati dalam keadaan husnul khatimah selain daripada kes mati dalam perang. Contohnya seperti mati kerana sakit perut, mati kebakaran, mati lemas, wanita yang mati bersalin dan sebagainya.

SUMBER


Nota Jari:Maha Suci ALLAH yang menghidupkan dan yang mematikan... Semoga kami semua diberi peluang untuk merasai kematian husnul khatimah...

Penilaian...

Setiap hujung tahun, biasanya staf gomen akan sibuk mengisi Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LPPT) dan Sasaran Kerja Tahunan (SKT).. Tahun 2011, 1st time Ai kena buat LPPT.. Ai tak tahu, rupanya kerja gomen ni kena berkira dengan kerja.. Ai mean, semua kerja perlu direkod untuk dinilai oleh penilai pertama dan penilai kedua..
Oleh kerana that is my 1st experience bekerja dengan gomen, so Ai menghadapi masalah ketika nak buat LPPT.. Ini kerana Ai tak pernah merekodkan kerja-kerja yang telah Ai laksanakan.. Bertambah malang apabila penilai pertama Ai (KBTB) dan penilai kedua Ai (PBMiK) memang tak suka pada Ai.. So awal-awal lagi Ai dah dapat agak markah yang akan Ai dapat..

Selepas selesai urusan LPPT 2011, Ai menangis bermohon pada ALLAH.. Semoga tahun 2012, Ai tak perlu buat LPPT di bawah mereka berdua.. ALLAH itu Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.. Doa Ai dimakbulkan.. Seperti yang kengkawan tahu, Ai dapat offer jawatan tetap  di jabatan pelajaran pada awal bulan Disember 2012.. So tahun 2012, Ai tak perlu buat LPPT dan SST...

Actually, Ai tak berani tengok pun berapa jumlah markah LPPT 2011 yang dorang berikan pada Ai.. 3 malam yang lalu, Ai kemas-kemas barang di bilik stor rumah Ai.. And beranikan diri untuk melihat markah yang Ai dapat... 

Beristighfar panjang Ai, sebaik melihat markah dan komen-komen negatif yang dorang berikan.. Sekiranya SPP benar-benar merujuk kepada LPPT Ai (markah dan komen dorang), pasti Ai tak akan di ambil bekerja.. Alhamdulillah, syukur walaupun Ai dinilai buruk tapi masih ada pihak yang nampak kelebihan Ai..

Bagi Ai, ada wajarnya juga Sistem Saraan Malaysia (SSM) ditambah baik dengan perkara yang terdapat di Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).. Terutamanya tentang penilaian menyeluruh atau penilaian 360'.. Mengenai pekerja bawahan juga boleh menilai pegawai di atasnya.. Hal ini dapat mengurangkan jurang antara kumpulan perlaksana dan kumpulan pengurusan profesional.. Selain itu, ia juga dapat memupuk semangat kerja berpasukan dengan lebih utuh.. 

Ai lebih gemar bekerja dengan orang yang besederhana.. Tidak bermegah dengan apa yang dimiliki dan juga tidak menghina/mencemuh orang yang tidak bernasib baik.. Pengalaman bekerja dengan orang perasan bagus dan terlalu perasan bos walaupun baru bergred tinggi sikit dari pegawai biasa, membuatkan Ai lebih berhati-hati di tempat baru..


Nota Jari: Semoga ALLAH mempermudahkan perjalanan hidup Ai pada masa-masa akan datang... Walau pun kecewa, tapi Ai tak pernah berhenti berusaha mengejar kejayaan...

Tidak Sebulu???

Dalam hidup ni, kita akan bertemu dengan pelbagai kerenah manusia.. Apabila sesorang tu mula melangkah ke alam pekerjaan, bermakna ia akan mula keluar dari zon selamat.. Iaitu mungkin akan mula belajar hidup berdikari (merantau) or mula mempelajari perit jerihnya sebuah kehidupan... Di sini Ai nak kongsi cara 'Bagaimana Menangani Bos Tidak Sebulu' yang Ai petik daripada Mingguan Wanita Bil: 1525 Keluaran 08-14 Februari 2013, m/s 122...
1. Kenal Pasti
Kenal pasti sikap buruk ketua anda. Jika ia berkaitan dengan seks, perkauman atau diskriminasi, ia termasuk dalam kesalahan dari segi perundangan. Buat laporan kepada jabatan sumber manusia atau kesatuan sekerja. 
Ai: PBMiK & KBTB xsuka pada Ai coz Ai kerani yang ada degree..

2. Analisis
Kupas setiap stail ketua anda. Jika dia ingin tahu setiap gerak geri anda dan kehidupan anda dan  kehidupan peribadi anda di luar bidang kerja, anda perlu berhati-hati.   
Ai: PBMiK memang busy body nak tau tentang Ai.. Siap risik-risik kat kengkawan Ai. Tak tau la apa masalah dia???

3. Maklumbalas 
Beri maklumbalas mengenai situasi yang berlaku kepada ketua. Perbincangan bersama ketua mungkin boleh mengelakkan rasa kurang senang untuk anda terus bekerja. Cari jalan penyelesaian kepada masalah itu. Ketua pula perlu bersikap profesional dalam perkara ini dan tidak memandang serong kepada pekerja.
Ai: Errrmmm.. Masalahnya PBMiK memang tak suka Ai.. Fitnah yang KBTB buat terhadap Ai, dia terima bulat-bulat.. Walaupun Ai dah jelaskan hal yang sebenar, dia tetap percaya pada fitnah KBTB...

4. Langkah Bijak
Tidak semua ketua akan terima aduan daripada pekerja bawahan dengan hati terbuka. Ketua yang tidak profesional akan menyimpan dendam dan mula membuat ancaman dari segi kenaikan gaji dan pangkat. Sebagai pekerja, anda perlu mula mengumpul maklumat dan data di atas setiap geri ketua untuk ditulis dalam laporan formal kepada jabatan sumber manusia.
Ai: Ugutan?? PBMiK ugut masa Ai nak buat tuntutan perjalan dan KBTB pula sentiasa ugut nak tukarkan Ai ke unit lain... Boleh baca entry Bintang Di Langit Dapat Dibilang... mengenai ugutan KBTB terhadap Ai..

5. Sikap Profesional
Di dalam apa juga masalah, pertimbangan yang adil dan sikap profesional menjadi pemangkin utama dalam penyelesaian sesuatu masalah.
Ai: Mereka beranggapan mereka orang yang paling profesional..

6. Berubah Sikap
Baik anda mahupun ketua, kedua-duanya perlu berubah sikap. Bukan sahaja kesedaran ini datang daripada diri sendiri tetapi sokongan dan nasihat dari orang lain juga memberi impak besar di dalam perubahan seseorang. Hilangkan keegoan dan sikap takbur dalam diri dan belajar untuk merendah diri. Ketua dan pekerja saling memerlukan antara satu sama lain.
Ai: Kawan Ai pun cakap lebih kurang macamni.. Tapi yang paling Ai tak suka, dia kata; "ketua kita betul ke salah ke, dia tetap betul sebab dia pegawai..."

7. Cari Mentor
Bagi memupuk semangat untuk terus bekerja, bina hubungan mentor dengan jabatan lain. Hubungan mentor menjadi strategi paling baik untuk dipertimbangkan kerana mentor menjadi tempat untuk anda berkongsi pendapat dan meluahkan perasaan. Pastikan anda berhati-hati semasa memilih mentor.
Ai: My Sifu lah mentor Ai.. Dia Juruaudit Kanan di USM.. Thanks sifu coz banyak mengajar Ai  tentang audit.. 

8. Bertindak!
Jika ketua anda bertindak menyakiti hati anda, jangan balas perbuatannya dengan tindakan yang sama. Tindakan ini akan hanya memudaratkan luka di hati dan menunjukkan sikap kebudak-budakan. Jadi lebih matang. Sahut cabarannya dengan kualiti kerja yang lebih baik.
Ai: Tak de apa tindakan yang Ai buat untuk menepis fitnah KBTB.. Ai serahkan segalanya kepada penghakiman ALLAH s.w.t...

9. Failkan Setiap Kerja Anda
Pastikan setiap tugasan yang anda langsaikan direkod secara terperinci sebagai rujukan peribadi anda. Catatan tarikh dan masa tugasan dihantar menjadi panduan sekiranya terdapat aduan dari ketua anda mengenai cara kerja anda yang tidak cekap.
 Ai: Disebabkan pelbagai fitnah yang dilemparkan, Ai nekad beli voice recorder.. Setiap kali ada perbincangan dengan KBTB , Ai akan rekod semua perbualan kami.. Supaya dia tak memutar belitkan fakta bila dia melapor pada PBMiK..

10. Gunakan Pendekatan Objektif
Sewaktu membuat pemfailan tugasan anda, nyatakannya dengan terperinci. Contohnya; "Saya sudah menyiapkan susun atur tiket di dalam tempoh masa 3 jam, iaitu 2 jam lebih awal daripada tempoh yang diberikan."
Ai: Memang Ai buat perkara ni.. Sebab hati manusi ni tak semuanya baik.. Ada yang dek kerana nak sorok salah sendiri sanggup memfitnah orang yang tak bersalah...

11. Berani Kerana Benar
Mudah untuk ketua mencari kesalahan anda. Setiap kesalahan perlukan bukti. Dengan bukti kukuh, anda boleh memberi penjelasan kepada ketua dengan lebih baik.
Ai: Bagi Ai, kita tak perlukan sebab untuk menyukai seseorang dan orang boleh mencipta 1001 alasan menyatakan kenapa tak suka pada orang tertentu...

12. Pastikan Rangkaian Anda Aktif
Kekalkan rangkaian hubungan bersama temn sekerja di dalam syarikat dan di luar syarikat. Sentiasa berhubungan dengan alumni sekolah dan IPT. Aktif dalam setiap aktiviti komuniti. Dengan cara ini, anda dapat memperlihatkan diri anda di mata masyarakat dan memudahkan anda mendapat kerja yang jauh lebih baik.
Ai: Tak de rangkaian...huhuhu..Yang ada rangkaian telefon mudah alih je..

13. Lawak Jenaka
Gurauan dan lawak jenaka adalah pendekatan terbaik untuk berhadapan dengan situasi yang kurang menyenangkan. Pastikan jenaka itu tidak sensetif terutamanya berkaitan perkauman atau berbaur lucah.
Ai: Mereka jenis yang tak suka bergaul dengan orang gred bawahan.. So memang tak laku la gurau senda ni..

14. Berhati-hati
Jika anda diberi peluang untuk berjumpa Pengarah Urusan, jangan sesekali menceritakan keburukan ketua anda. Jangan jatuhkan reputasi ketua sebaliknya tonjolkan kualiti yang ada pada diri anda. Jika anda terpaksa luahkan masalah yang berlaku, jangan fokus pada individu itu sebaliknya kepada sikapnya.
Ai: Tak pernah dapat peluang ni.. Coz dia tak de masa nak layan kerani cabuk..

15. Sabar
Kesabaran tinggi membantu anda untuk lebih memandang kemajuan. Perasaan hasad dengki dari mana-mana pihak hanya akan merugikan diri mereka sendiri. Ubah sikap dan cari penyelesaian untuk hidup lebih positif dan tenang. Kenali diri sendiri sebelum mengadili orang lain.
Ai: Ayat yang akhir tu Ai tujukan khas kepada PBMiK & KBTB..



Nota Jari: Dah lama tak contact my sifu... huhuhu... Mesti dia rindu coz Ai dah lama tak kacau dia.. hehehe..

Kawan Baik...

Dalam entry BILLU Ai ada menceritakan mengenai kawan baik Ai masa sekolah dulu.. And today, Ai nak story tentang seorang lagi kawan baik Ai..

Perkenalan
Ai berkenalan dengannya semasa Ai dalam tingkatan 3.. Kami berkenalan disebabkan dia berkawan baik dengan 'K', my 1st boyfriend..  Namanya Zairul Bin Zainal Abidin.. (Ini nama sebenarnya.. Sesiapa ada info tentangnya, please inform Ai, ye..).. Jirul (nama panggilan manja dia), diamanahkan oleh 'K' untuk menjaga Ai sepanjang ketiadaannya kerana bekerja jauh dari kampung kami.. Tugasnya, call Ai bertanya khabar, berbual-bual dengan dalam phone.. Tu je, senang je kan..

Disebabkan tu, Ai mula menganggap dia as my best friend.. Ai told my mum, that Ai have 2 best friend.. Seorang perempuan dan seorang lagi lelaki.. Tapi mak kata adalah mustahil untuk seorang perempuan berkawan baik dengan lelaki.. Mesti wujud perasaan cinta dalam hubungan tu.. But Ai menidakkan sekeras-kerasnya.. Ai yakin Jirul juga anggap Ai as his best friend..

Percintaan monyet antara Ai dan 'K' tak bertahan lama.. Ini kerana bagi Ai, 'K' mencintai Ai hanya kerana nafsu semata-mata.. Walaupun Ai dah tetapkan syarat (seperti yang Ai coretkan dalam Tolonglah, Ai Merayu...) setiap kali nak keluar dengannya, tapi dia suka melanggar syarat tu.. Dia tetap cuba untuk dekat dan rapat-rapat dengan Ai dan cuba untuk sentuh-sentuh Ai.. So Ai ambil keputusan nekad untuk memutuskan hubungan kami sebelum terlambat demi menjaga maruah diri Ai dan juga keluarga.. Bagi Ai takde gunanya menyesal kemudian hari.. Ini kerana lelaki yang baik tak kan menyentuh seorang wanita yang bukan haknya..

Walaupun begitu, Ai still berkawan baik dengan Jirul.. Coz dia tak pernah buat seperti yang 'K' buat pada Ai.. Jirul sentiasa peka dengan apa yang Ai suka dan tak suka.. Dia akan pergi jauh dari Ai bila dia nak merokok.. Dia menjaga percakapannya bila Ai ada dan dia juga tak benarkan kengkawan dia cakap kasar-kasar depan Ai.. Dia sentiasa cuba menjadi yang terbaik untuk Ai..

Cinta Dalam Diam
Benarlah seperti kata-kata my mum.. Rupa-rupanya dalam diam, Jirul memang menaruh perasaan pada Ai.. Tapi Ai tak dapat terima cintanya kerana Ai memang anggap dia hanya sebagai kawan baik sahaja.. Ai amat menghargai persahabatan kami.. Ai amat takut kehilangan kawan seperti dia.. Pelbagai cara dia cuba memikat dan memujuk Ai untuk terima dia lebih dari seorang kawan.. Dan bermacam-macam cara juga Ai buat untuk dia benci pada Ai.. Agar dia sedar Ai hanya sesuai jadi kawan baiknya sahaja..

Namun akhirnya, pada tahun 2003 dia ambil keputusan untuk memutuskan persahabatan kami.. Masa tu Ai masih lagi belajar di universiti.. Dan sejak hari tu, dia dah tak pernah hubungi Ai lagi.. Until now, Ai rasa bersalah pada dia.. Ai ada juga cuba cari dia, tapi tak de khabar berita yang Ai dengar tentangnya.. Ai harap dia berbahagia disamping keluarga tercinta & hope dia boleh maafkan Ai..
Pic Kenangan Feb. 2006 - Ai & HM di Kota Damansara
Walaupun sekarang Ai dah temui my soul mate, Ai hope kami masih boleh berkawan seperti dulu.. Of coz la, HM dah izinkan.. HM tau Ai macam mana.. Dia percayakan Ai and Ai tak kan sesekali memusnahkan kepercayaannya..



Nota Jari : Berkawanlah dengan semua orang dan fahamilah batas-batas dalam pergaulan..

Mentekedarah!!!

Dua - tiga hari lepas, tetiba je Ai teringat kelazatan & kelembutan memakan durian crepe yang Ai beli kat pasar malam hujung tahun lepas.. hehehe.. Baru sebulan je kan tahun bertukar, so memang still dapat feel lagi keenakan durian crepe tu..

Ai dapat beli 2 minggu je.. Lelepas tu, every time Ai pergi pasar malam tu, xde pun orang jual durian crepe tu.. So Ai assume maybe sebab musim durian dah berlalu or durian dah makin kurang.. Memang tiap-tiap minggu, Ai pergi pasar malam untuk mencari durian crepe.. Tapi setaip minggu juga la, Ai rasa hampa.. Ai said to HM, "nasib baik saya tak pregnant.. Kalau tak, puas la awak nak carikan durian crepe untuk saya.. hehehe.."

Hari ni, Ai pergi lagi pasar malam tu.. Selalu kami pergi lepas maghrib, coz pepetang HM suka pergi main bola sepak.. Tapi hari ni, HM ajak pergi petang coz dia tak pergi main bola sepak (sebabnya ada perlawanan bola kat padang tu.. hehehe..)

Jejalan kat pasar malam, tetiba Ai rasa nak menjerit.. But still boleh cover (tak menjerit pun, malu kat orang.. hehehe).. Ai tarik-tarik baju HM.. Wah, rasa bahagianya.. Dapat juga beli durian crepe lagi.. Rupa-rupanya, dia niaga petang je.. Sebelum pukul 8 malam dia dah balik coz durian crepe dah habis dijual.. Amboi, laris betul jualannya..
        Ai : Tiap minggu datang pasar malam, tak nampak pun jual??
Penjual : Ohh.. Saya kekadang jual kat depan lagi, kekadang jual kat bawah sikit..
        Ai : Nasib baik saya tak mengidam, kalau tak...
     HM : Tu la, nasib baik dia tak mengidam.. Kalau tak puas la aku nak mencari durian crepe ni..
Penjual : Tak pe, bang.. Saya tiap-tiap minggu ada jual sini.. Tak pe, bang.. Ambil no hp saya.. Kalau
              setakat area dekat-dekat sini saya boleh la buat penghantaran.. Tak de masalah punya..
        Ai : Tiap-tiap minggu saya datang waktu malam, tak de nampak pun..
Penjual : Saya jual sampai pukul 7.30 - 8.00 malam je.. Tengok la, kalau habis awal, lagi awal la balik..


Akhirnya, Ai beli 2 pack durian crepe tu.. Huhuhu.. Ni bukan mengidam ye, ini semua POYO... untuk mentekedarah..hahaha..



Nota Jari : Errmm.. Kalau kengkawan nak order durian crepe ni, boleh pm Ai.. Nanti Ai bagi no hp abang tu.. Dijamin sedap sangat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...