Friday, 4 January 2013

Logik Ke???

Urrmmm.. Ai sebenarnya dah lama tak tengok drama tv (xkira la bersiri ke x).. Ai & HM selalu tengok animax je.. HB pula pagi petang, siang malam asyik tengok disney junior je..
Cuti tahun baru (3 hari lepas), Ai ter'layan' cerita Khasaf Imani (klu xsilap la).. Tengok sipnosis macam best, tu yang ter'layan'.. Tak sempat habis cerita, tetiba hujan la pula.. So Ai tak tau la kesudahan cerita tu.. Disebabkan perasaan nak tau ending cerita tu, Ai pun google la.. Tapi tak dapat sumber yang boleh download that tele-film.. huhuhu.. Tapi Ai ada terbaca kat satu blog yang mempertikaikan ketidak-logikkan (sorry DBP, Ai merosakkan bahasa ke??) cerita tu.. Tapi memang betul la apa yang dia (admin blog tu) kata / tulis..

Sebelum Raya Haji 2012 yang lalu, Ai tengok cerita bersiri yang penuh pengajaran slot 'Tanah Kubur'.. Memang insaf la tengok cerita tu (walaupun, asal ada kematian je mesti kat kampung tu and mesti orang yang sama yang uruskannya).. Ai tak ingat (actually tak tau) apa tajuk sirinya.. Tapi ia mengisahkan anak mualaf mati di bunuh berhampiran lorong maksiat.. Then orang kampung buat cerita yang buruk-buruk la tentang jenazah sampai la ia ditanam.. Tetiba lepas ditanam, polis datang nak gali balik untuk buat post-moterm kematian.. Part yang tak logiknya ialah masa Tok Adi (kira hero cerita ni la, asal ada orang mati je, dia la yang uruskan) minta izin pada polis untuk buka balutan muka jenazah coz nak tengok wajah jenazah.. Setahu Ai (RUJUK SINI), kain kafan yang membalut wajah jenazah memang sepatutnya dibuka masa dalam liang lahad..

Masa hari Raya Haji tahun 2012 pula, Ai tengok drama 'Qaseh Kamalia' (klu xsilap la, yang pastinya tajuknya memang ada perkataan qaseh).. Kisah ibu tunggal yang terpisah dengan anaknya.. Dia berusaha mencari anaknya & terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan dia koma (masuk ICU la).. Part yang tak logiknya, dia sedar dari koma selepas sminggu dan dia terus boleh bangun serta berjalan melarikan diri dari hospital untuk mencari anaknya.. Berbeza sungguh dengan apa yang Ai lalui.. Coz Ai dulu terpaksa belajar duduk, berdiri & berjalan selepas seminggu berada di ICU..



Nota Jari: huhuhu.. Sebab tu la, Ai lebih suka tengok katun / anime daripada drama.. Apa-apa pun, Ai tetap sokong drama kita berbanding drama luar yang xlogik, dah la beratus-ratus episod and last-last ianya hanya mimpi.. Ai pun xtau berapa lama kena tdo untuk mimpi beratus episod macam tu??

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...