Thursday, 17 January 2013

Izinkan Ku Menangis....

Ya ALLAH,
Izinkanlah ku menangis...
Bukan kerana tidak bersyukur akan nikmat-Mu,
Bukan juga menidakkan qada' dan qadar-Mu,
Jauh sekali untuk mempertikaikan takdir-Mu...

Tapi kerana hanya dengan menangis,
Dapat meleraikan keresahan hatiku,
Dapat melenyapkan bebanan fikiranku,
Dapat meredakan kegundahanku,
Dapat merungkai permasalahanku,
Dapat menambah kekuatanku,
Dapat meningkatkan semangat juangku,
Serta dapat mewaraskan pemikiranku...

Duhai Suamiku,
Izinkanlah ku menangis...
Bukan kerana sengsara hidup bersamamu,
Bukan juga menidakkan bahagia bergelar surimu,
Jauh sekali untuk menyesali menjadi isterimu...

Tapi kerana hanya dengan menangis,
Ku mendapat kekuatan dari pelukan doronganmu,
Ku mendengar kata-kata peransang darimu,
Ku menyedari betapa kau menyayangiku,
Ku sedari kau teguh bersamaku di waktu suka mahupun duka,
Ku mengetahui kau terima ku seadanya diriku,
Serta ku bersyukur ku ditakdirkan hidup bersamamu ..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...