Monday, 31 December 2012

Mengejar Impian...


Berakhirnya tahun 2012, Bermulanya tahun 2013..
Azam?? Still carry forward since 2006.. 
Semoga tahun ini akan lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.. 

Ingin mengejar pelangi dan mencapai bintang di langit.. 
Tapi sesekali tidak melupakan rumput tempat berpijak di bumi..

Kenyataan sering tak seindah Impian.. 
Namun itu semua mengajar insan tentang kehidupan..
Dan menjadi pengalaman untuk masa hadapan.. 
Selagi masih bernafas, selagi mampu mengejar..
Teruskanlah berusaha mengejar impian..

Bertawakkal-lah kepada ALLAH,
Usaha insan pasti ada ganjarannya,
Walau tak seperti yang diimpikan,
Tapi yakin & redha-lah,
Kerana pasti itu yang terbaik untuk-mu..

Oleh itu, ku kan terus mengejar pelangi..
Mengharapkan suatu hari nanti,
Ia akan sentiasa mengiringi perjalananku..
Dan mengharapkan redha ILLAHI,
Di setiap langkah kaki ku di bumi ini..
Kerana ku ingin mengumpul bekalan,
Agar aku menjadi penghuni Jannah-MU..
Amin.. Amin.. Amin..

4 comments:

  1. Selamat Tahun Baru 2013.. moga azam menjadi kenyataan.. all the best to Ai

    ReplyDelete
  2. thanksss.. kerja ke pepagi tahun baru ni??? hehehe..

    ReplyDelete
  3. emm.. keje .. johor x amik cuti new year.. johor islamic sikit.. amik 1 ramadhan.. 1 muharam
    esok cuti.. daftar anak sekolah.. wife cikgu mmg sah x leh cuti 1st day sekolah.. hahhaa

    ReplyDelete
  4. oohh, ye ke.. esok Ai xcuti coz HB masih x sekolah lg thn ni, tadika dah penuh..huhuhu.. next year masuk pra-sekolah je..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...