Monday, 24 December 2012

Keluh-Kesah....


Huuuuuhhhhhsss...
Mengeluh panjang kerana lain yang dihajatkan, lain yang dapat...
Keluh kesah di dalam hati..
Ingin sekali menangis, melepaskan geram..

Tapi ku tak mampu...
Kerana bukan niatku untuk menolak takdir..
Tiada upayaku untuk melawan kuasa Yang Esa..


Mmmmmmmhhhhhhssss...
Mengeluh lagi kerana rasa terbeban dengan apa yang diperolehi...
Menjadi penganti bukanlah suatu masalah..
Namun bermasalah apabila sebeban kerja di tinggal perlu disiapkan segera..

Tapi ku tak mampu...
Kerana itu bukan bidangku dahulu..
Masih perlukan masa untuk memahami dan mempelajari semuanya..

Fuuuhhhhhssss........
Mengeluh lega mendengar berita teman telah berjaya menggunakan ijazahnya...
Namun ku mengeluh kerana masa ku masih belum tiba...
Ingin ku menangis, meratapi kepiluan di hati...

Tapi tidak ku mampu...
Kerana terlalu banyak nikmat ALLAH yang telah ku miliki...
Meratapinya samalah seperti ku tidak menghargai nikmat kurniaan-NYA...


YA ALLAH,
Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Ku panjatkan doa pada-MU..
Tabahkanlah hati ini.. Kukuhkanlah iman ini.. Jauhkan ku dari kekufuran..
Ku serahkan hidup dan mati ku, hanyalah pada-Mu...AMINNN...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...