Saturday, 1 December 2012

Durian Berendam...

Hahaha.. Mesti kengkawan pelik tengok tajuk entry Ai ni kan.. Sekarang kan musim durian, sana sini orang jual durian.. Dua hari lepas Ai beli 3 longgok durian.. Errmm.. Tamak kan, padahal yang nak makannya 2 orang je.. HB memang xmakan durian, busuk katanya..huhuhu.. Sebenarnya Ai nak cuba buat Durian Crepe.. Tapi disebabkan my hubby duty istana, so xdapat la Ai nak beli bahan-bahannya.. Dan Ai xtau nak beli cream kat mana?? So then, Ai decide buat Badak Berendam je la.. Inti badaknya Ai gantikan dengan durian lenyek..

Sedap dimakan bersama roti or pulut..


Bahan-bahan:-
300 gm Tepung Pulut
250 ml Air
200 ml Santan Pekat
7 Ulas Durian
Pewarna kuning
Gula & Garam

Inti:
Isi Durian (dilenyek)





             
                                                Cara Memasaknya:
1. Untuk lapisan luarnya, uli tepung pulut dengan air dan letakkan setitik pewarna kuning. Adun tepung sehingga kenyal.




2. Ambil sedikit adunan, bentukkan menjadi bebola. Kemudian masukkan inti (isi durian yang telah dilenyek) ditengahnya.









3. Isi dalam periuk dan sedia untuk dimasak.. (Ai xguna pengukus, just masak macam masak buah melaka je..hehehe)

 

4. Setelah separuh masak, masukkan santan dan 7 ulas durian (terpulang la nak masukkan durian ke tak..), gula & garam (agak-agak la ikut citarasa kengkawan).. Tunggu sehingga masak dan boleh dihidang untuk makan bersama roti or pulut..










So, kesimpulannya ari ni Ai xmasak nasi..hehehe.. Makan ini ajelah.. Dah siap masak, Ai call hubby tanya boleh balik tak?? hehehe.. Kepada kengkawan yang beli banyak durian (macam Ai), boleh la cuba resepi ni..



Nota Jari: Ai memang xsuka memasak.. huhuhu.. Jarang-jarang sekali dapur nak berasap.. Selalunya dapur kedai je yang berasap.. hahaha..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...