Tuesday, 11 December 2012

Debaran...

Dap Dip Dup....
Berdebar-debar jantung Ai.. Satunya risau memikirkan pasal nak lapor diri kat Putrajaya, pukul berapa nak keluar rumah untuk elak daripada jem?? Keduanya fikir kat mana la Ai akan ditempatkan??
OTW ke jalan duta dari putrajaya...
Dap Dip Dup...
Malamnya Ai xboleh nak tdo.. Akhirnya pepagi semalam kami (my hubby la jadi driver Ai) keluar pukul 7.15 pagi dan sampai di Putrajaya pada pukul 7.40 pagi.. Alhamdulillah, perjalanan kami lancar mungkin kerana kami bertolak awal.. 


Dap Dip Dup...
Sampai sana terus cari bangunan untuk Ai lapor diri.. HM ajak pergi kat kantin dorang dulu.. Tapi Ai langsung xde selera nak makan.. Then Ai pergi ke aras tempat lapor diri, gegirl pren Ai tu ajak pergi makan (sarapan pagi disediakan oleh KPM).. Ai kunyah makanan tapi rasa xboleh nak telan.. Jadinya Ai cuma dapat makan sesuap je pagi tu.. Tengah hari Ai dah mula rasa lapar sangat & dah boleh telan makanan..

Petangnya Ai dah start rasa sakit kepala (angin sebab xmakan pagi).. And sebelum balik Ai dapat surat arahan melapor diri di Jabatan Pendidikan Wilayah Kuala Lumpur (JPWKL)..  Then kat sana nanti barulah Ai dapat tahu penempatan sebenarnya.. So balik dari taklimat di Putrajaya, Ai terus ajak HM pergi cari JPWKL yang berada di Persiaran Duta..



Nota Jari: Hehehehe.. Nasib baik kamera hanya boleh merakam pic, kalau x mesti kengkawan akan bau minyak cap kapak.. Coz Ai pening sangat & kembung perut masa ni...huhuhu..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...