Saturday, 1 December 2012

Bagaikan Mati Hidup Semula...

Ai disahkan pregnant selepas setahun berkahwin.. Errmm, kira lambat juga la.. Sampaikan Ai pernah plan nak ambil anak angkat.. Ai xde masalah sepanjang kehamilan.. Cuma nak masuk bulan ke-8, baby songsang.. Seminggu lepas tu keadaan baby normal semula.. Tapi masuk 9 bulan, baby songsang semula.. Sepatutnye Ai dibedah (caeserean bagi kes kelahiran songsang) sebelum 36 minggu.. Tapi berlaku salah faham antara doktor kampung & doktor hospital, so Ai diberitahu supaya pergi ke hospital apabila sudah berasa sakit untuk bersalin..

Hubby & HB datang melawat Ai.. Masa ni still dalam HDU..

Sepatutnya due Ai pada 2 Oktober 2008 tapi Ai bagi tarikh lewat seminggu semasa nak buat buku mengandung.. So dalam rekod nurse, due Ai pada  9 Oktober 2008.. Tarikh due dalam scan pula adalah pada 28 September 2008.. Ai mula berasa sakit (selepas sahur) pada pagi 30 September 2008 (sehari sebelum raya).. Ai bagi tau pada hubby tapi dia buat tak endah je.. Then Ai cakap pula kat mak, tapi mak pun sama je xde sebarang tindakan.. Disebabkan xde siapa peduli, so Ai decide sambung tidur.. Pukul 10 pagi Ai bangun and still rasa xsedap perut.. So Ai told my sis pula.. Kakak Ai punya bising (berleter), riuh rendah baru satu rumah nak ambil kisah.. My hubby pun terkial-kial la nak bangun sebab dah kena leter dengan my sis.. My sis bising sebab baby Ai songsang, so xboleh bersalin normal.. Memang risiko kalau pintu rahim dah tebuka..

Sampai hospital, Ai terus daftar untuk bersalin.. Ai beri tahu doktor, baby Ai songsang.. Doc terkejut sebab katanya kalau songsang kena operate sebelum minggu ke-36.. Sedangkan Ai datang sebab memang dah sakit and pintu rahim dah terbuka 2cm.. Ai terus disorong ke bilik bersalin sementara menunggu turn untuk operate.. First, Ai disorong masuk ke bilik bedah, tekanan darah Ai mencecah 200 lebih.. Pakar bius xberani ambil risiko untuk bius Ai.. So Ai disorong keluar semula  & menunggu di bilik bersalin bagi menurunkan tekanan darah.. Pukul 5.20pm, sekali lagi Ai disorong semula masuk ke bilik bedah.. Tepat pukul 5.24pm, lahirlah putera sulong kami yang diberi nama Fahadhamy Nur yang bermaksud Harimau Bintang Yang Melindungi/ Yang Mempertahankan Cahaya..

Selepas HB selamat dilahirkan, badan Ai menggigil kesejukan... 4 helai selimut membalut tubuh Ai tapi Ai tetap menggigil kesejukan... (Actually, Ai tak ingat apa yang terjadi hanya berdasarkan cerita HM,  my family & nurse serta doc yang menjaga Ai..) Selepas berbuka puasa, dorang balik ke rumah... Then tetiba tengah malam HM dapat panggilan dari Hospital Taiping, memaklumkan Ai dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana mengalami tarik / sawan (disebabkan darah tinggi semasa bersalin)... Lalu HM bergegas ke hospital bagi menandatangani surat kebenaran serta diberikan penerangan oleh doktor.. So Ai beraya dalam ICU pada tahun 2008.. Pada masa tu Ai masih sihat.. 

Raya kedua Ai ditukarkan ke HDU (emmm...unit untuk kes bersalin yang perlukan penjagaan nurse)... Dan pada malamnya, sekali lagi Ai mengalami tarik / sawan sehingga menyebabkan berlakunya pendarahan dalam otak.. Ai dimasukkan semula ke ICU... Kali ni, Ai memang xsedar apa-apa, ibarat sedang koma (Ai diberikan ubat tidur yang berfungsi bagi merehatkan badan dan otak Ai).. Seluruh tubuh Ai dipenuhi dengan wayar (wayar tambah air, dan ada 1 wayar di bawah tulang bahu digunakan untuk menyuntik ubat-ubatan mengikut kiraan jam yang ditetapkan) serta ada satu saluran paip dimasukkan terus dari mulut ke tekak untuk bantuan pernafasan Ai... Pada tangan kiri Ai, dibalut dengan kain pam tekanan darah yang berfungsi mengepam tekanan darah Ai mengikut kiraan jam yang telah ditetapkan (kulit di kawasan tangan tu mati, akibat dibalut tanpa buka selama 6 malam 6 hari).. Rupa-rupanya, keadaan sebenar di ICU xsama langsung macam dalam TV.. huhuhu.. My dad said; masa tu Ai umpama robot & kalau tengok macam xde harapan untuk hidup...
My mother-in-law datang dari pahang untuk menziarahi Ai.. Dia datang bersama family kak ipar Ai... Selama 6 ari Ai di ICU, akhirnye Ai dihantar semula ke wad HDU... Mula-mula keluar dari ICU, mata kiri Ai mengalami masalah penglihatan & anggota badan sebelah kanan seolah-olah tidak berfungsi... Ai seperti mengalami strok... Oleh kerana mahu memangku & memegang HB, Ai kuatkan semangat untuk belajar duduk... Pada hari ke-10, baru Ai berpeluang berjumpa & memegang HB... Tapi Ai rasa sebak dan menangis kerana tangan kanan Ai seolah-olah tidak menerima arahan daripada otak Ai.. Ai mahu tangan kanan Ai mengusap wajah mulus HB.. Tetapi tangan kanan Ai xberfungsi seperti sepatutnya... Sesiapa je yang berada di sana pada masa itu, pasti menitiskan air mata melihat keadaan Ai (termasuklah nurse yang menjaga Ai pada masa tu)..

Setelah 16 hari menerima rawatan di hospital, Ai dibenarkan pulang ke rumah.. Ai dah boleh berjalan walaupun seperti budak yang baru belajar berjalan & Ai masih perlu merima rawatan di hospital.. Ai xde pic masa kat ICU, coz my hubby and my family xsanggup untuk menganggap itu sebagai kenangan... Selepas kejadian itu, barulah doktor memandang serius masalah sakit kepala & sesak nafas yang kerap Ai alami sejak tahun 2000... Dulu Ai anggap Ai mengidap penyakit asma tapi sekarang Ai sendiri xpasti apa penyakit Ai sebenarnya... Sebab Ai dah malas nak pergi hospital untuk buat pemeriksaan..



Nota Jari:- This story Ai copy paste dari laman mukabuku Ai.. Ai wrote this story di mukabuku pada tahun 2010.. Baru teringat nak post kat blog..hehehe...

5 comments:

  1. syukur alhamdulillah.. x sangka sebegitu teruk.. so make sure minta nasihat doc sblm u plan nk pregnant lg.. k

    ReplyDelete
  2. doc hospital taiping pesan, kalau nak pregnant lg ms buat buku minta klinik berkenaan refer hospital taiping utk pencegahan kemungkinan akan berulang perkara yang sama..
    sy jg dinasihatkan xblh MRI Scans (otak) dah coz dh 4kali buat (3kali masa masih dalam ICU & sekali semasa dh keluar hospital).. Pakar scan MRI kata bahaya scan bebanyak kali..

    ReplyDelete
  3. result scan ms 'koma' tu, terdapat darah beku di kiri & kanan bahagian blkg otai Ai.. doc said no wonder, sakit kepala Ai sering bertukar-tukar sblh kiri & kanan.. pd mulanya ada doc yg sarankan Ai perlu menjalani pembedahan bg membuang darah beku tu.. tp doc hospital ipoh suruh tgk dl progress mcmna..nasib baik scan lps kluar hospital tu, resultnya darah beku tu makin surut..

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah... so skrg ada kena pegi buat medical follow up lg ke Ai.. apa progress skrg

    ReplyDelete
  5. last g buat check up bln 4, 2009 dl..dorg ambil darah (utk buat kajian).. lepas sebulan dorg call bg tau darah tu beku (dorg lambat hntr ke ipoh utk buat ujikaji), then minta Ai dtg hospital cucuk ambil darah lagi.. so lepas tu Ai dh xpernah buat apa2 treament.. malas la, dh la ambil byk darah Ai, pastu beku mnta ambil lagi.. huhuhu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...