Thursday, 22 November 2012

Perjuangan Kita???

Pertama mari kita fikirkan
Agama kita sama, syahadah kita serupa
Tapi mengapa kita mesti berpecah?
Kedua mari kita renungkan
Bangsa kita sama, darah kita serupa
Tapi mengapa mesti bertelagah?
Darah dan syahadah boleh terpisah?

Justeru sepatutnya dengan keduanya
Lebih mudah menyatukan kita
Kerana agama dan bangsa kita sama
Akidah kita Islam, kabilah kita Melayu
Tapi kenapa sukar benar untuk bersatu?

Dalam realitinya sungguh berbeza
Agama didakwa punca sengketa
Cintakan Islam telah dipolitikkan
Kononnya demi kepentingan kuasa dan kedudukan
Islam disinonimkan dengan parti
Wajarkah begitu?

Cintakan bangsa turut dipersalah
Kasihkan watan dituduh asabiah
Melayu dan Islam bagai bertentangan
Kedua-duanya saling berkonflik
Islam menggugat semangat patriotik
Benarkah begitu?

Cintakan agama atau bangsa?
Seolah-olah satu dilema
Satu ke timur satu ke barat
Tak mungkin bersatu dalam muafakat
Benarkah itu satu hakikat
Atau hanya satu muslihat?
Lain tersirat lain tersurat?

Agama dan bangsa bukan milik organisasi
Justeru bukan semua Muslim dan Melayu dalam satu parti
Ada yang global, ada yang tribal dan ada yang individual
'Hubbul Watan Minal Iman'
Musuh bangsa dan agama cuma satu
Dia yang dikuasai nafsu
Lalu awasilah si hamba nafsu yang punya kepentingan diri
Dalam barisan perjuangan bangsa dan saf perjuangan agama!

Karya : Pahrol Mohamad Juoi



Nota Jari: Ai sokong sangat-sangat..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...