Sunday, 11 November 2012

Instinct Auditor

Apa yang kengkawan faham tentang Audit??
Ramai yang beranggapan audit adalah untuk mencari salah orang/unit/jabatan/bahagian.. Namun hakikatnya auditan dilakukan bagi memastikan segala proses kerja dilakukan mengikut garis panduan yang ditetapkan.. Penting bagi menjamin ketelusan dalam operasi syarikat or organisasi..
Instinct
Ada yang perasan mengatakan instinct auditnya kuat (merujuk kepada MBMiK) sebab tu boleh jumpa salah/kesilapan.. Ermmm.. Susahkan nak bagi orang macam ni faham.. Auditan dibuat berdasarkan sampel.. Ada pelbagai kaedah bagi memilih sampel, sama ada menggunakan kaedah selang or menggunakan perisian ACL.. Kebiasaannya, we all select sendiri sampel.. Ai lebih suka pilih sampel yang bernilai tinggi (5-10 sampel, bergantung pada keperluan..tapi kebiasaannya ambil 5 je).. Daripada sampel yang dipilih tu, baru buat semakan daripada proses mula perolehannya sehingga pembayaran dilakukan atau sehingga tagged bagi perolehan aset/inventori..

Problem kali ini, MBMiK sibuk nak pilihkan sampel.. Then audit pun jadi pending la.. Ai pun hairan coz auditan yang sebelum ni dia xkacau pun.. huhuhu.. Berdasarkan auditan yang telah Ai lakukan sebelum ni, Ai tidak mencari salah auditee.. Kalau boleh Ai xnak la auditee dapat laporan audit yang buruk/teruk.. Tapi kalau dah ada kesalahan terpaksa la rise up juga isu tu untuk penambahbaikkan & mencegah daripada kesilapan yang sama berulang pada masa hadapan..

Pernah berlaku sebelum ni, MBMiK mendapat maklumat then dia minta Ai masuk semula untuk buat semakan kali kedua.. Katanya, buat alasan apa pun yang penting Ai kena masuk semula & semak tentang maklumat yang dia dapat serta Ai xboleh dedahkan siapa yang berikan maklumat.. Tapi Ai berkeras xnak coz Ai dah masuk that departement & every thing ok je.. But apakan daya Ai hanyalah kerani, so terpaksalah menurut perintah.. Malangnya bila hal ini diketahui oleh that head department, MBMiK dipanggil mengadap.. Dan MBMiK kata Ai masuk semula buat semakan kali kedua tanpa pengetahuannya.. Senang-senang je dia lepaskan diri & menjerut Ai ke dalam masalah yang dia buat.. (related to another entry, please click HERE for more details)



Nota Jari: "Dan sesiapa yang melakukan suatu kesalahan atau suatu dosa, kemudian ia menuduhnya kepada orang yang tidak bersalah, maka sesungguhnya ia telah memikul kesalahan berbuat dusta, dan melakukan dosa yang amat nyata." Surah An-Nisa: 112.

2 comments:

  1. my sincere advise.. for your own safety.. next time minta dia kasi arahan bertulis.. even via email pun ok.. just to protect urself from that kind of people..
    tapi.. org yg menganiaya x kan terlepas.. even kt dunia ni... x la mendoakan cuma.. ntah la Ai.. amir simpati sangat ngan Ai.. mcm x kunjung2 surut dilanda badai n awan berarak mendung..
    masih ingat lg x.. karakter komik amir.. penjejak awan & penjejak badai.. belum habis2 lg Ai... still followwww

    ReplyDelete
  2. since hujung tahun lepas Ai rekod segala arahan dr MBMiK & KBTB..selain tu Ai jg rekod segala xtvt kerja yg Ai buat setiap hari coz KBTB selalu jadikan Ai kambing hitam bila report xsiap..huhuhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...