Thursday, 8 November 2012

Hasan Albasri & Pencuri

Pada suatu hari, murid-murid Hasan Albasri telah bertanya kepada Hasan Albasri, apa yang membuatkan beliau sentiasa tersenyum.. Beliau menjawab, beliau yakin bahawasanya rezeki dia x boleh dimakan oleh orang lain..

Satu hari, sorang pencuri telah masuk ke rumahnya untuk mencuri.. Rumah yang besar tapi kosong takde apa-apa perabot. Yang ada cuma almari pakaian.. Pencuri tu pun membungkus pakaian tersebut untuk dicuri.. Muncul sorang tua, dia kata dia pencuri tua, sama-sama bungkus pakaian untuk dicuri.. Kemudian beliau memberitahu si pencuri bahawa ada satu lagi almari.. Setelah dikumpulkan kesemuanya, dapat la 5 bungkus pakaian.. 3 bungkus di bawa oleh pencuri muda dan 2 bungkus lagi di bawa oleh pencuri tua.. Mereka pun segera keluar dari rumah berkenaan.. 

    Pencuri Muda: “kamu kan dh tua, buat apa mencuri lagi?”
    Pencuri Tua:"aku tak curi dah, aku cuma nak tolong kamu aje."

Sampai ke satu tempat, pencuri itu sembunyikan barang curi.. 

     Pencuri Muda: "kamu ambik la 1 beg kerana menolong aku mencuri. 
     Pencuri Tua: "tak nak, aku tolong kamu dengan ikhlas."

Si pencuri muda termangu-mangu dengan jawapan si pencuri tua.. 
.......................................................
Apabila mendengar rumah Hasan Albasri dimasuki pencuri dan habis semua bajunya dicuri, anak-anak murid Hassan telah mengumpul duit untuk mmbeli pakaian baru untuk guru mereka..

Esoknya si pencuri muda telah pergi semula ke bandar itu untuk mengetahui tentang berita kecurian, dan heboh dikatakan rumah ulamak besar kena curi.

Dia rasa bersalah, sudah la mencuri, pergi curi rumah ulamak pula tu.. Dia pun pergi semula ke rumah tu, dan dia terkejut tengok pencuri tua itu sbenarnya adalah tuan rumah trsebut.

      Hassan Albasri: “kamu nak curi apa lagi”..

Pencuri muda berkata; dia menyesal dan bertaubat. Dia minta maaf dan pulangkan semula semua baju yang dicuri.. Akhirnya Hasan Albasri bukan sahaja mendapat balik pakaiannya bahkan dia juga mendapat pakaian yang dihadiahkan oleh murid-muridnya.. Lalu beliau berkata kepada murid-muridnya;  
"sesungguhnya rezekiku x boleh dimakan oleh orang lain & aku yakin sekiranya sesuatu itu adalah rezekiku, walau dimana ia berada, ia tetap akan menjadi milikku."



Nota Jari: Ai dapat cerita ni daripada teman yang perihatin akan luahan ati Ai di dalam laman mukabuku tahun lepas..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...