Ragam...

Manusia ada pelbagai ragam, kan.. Ada yang yang sangat merendah diri.. Tidak langsung berasa bangga dengan apa yang dimilikinya.. Kerana baginya itu semua milik ALLAH... Tapi ada juga yang suka berbangga dengan harta kemewahan, pengalaman kerja yang ada, ilmu agama/ibadah yang dibuat dan macam-macam lagi..
Misalnya PBMiK (Ai change M kat depan tu kepada P.. Kepada kengkawan yang nak tahu maksudnya, boleh pm Ai..hehehe) yang sangat berbangga dengan ijazah yang dia ada dan menganggap graduan UiTM adalah yang terbaik coz dia graduan UiTM.. Sehinggakan dia memandang hina kelayakan orang lain.. ( huhuhu.. Pandang hina kat Ai la sebenarnya..) 


Kurussss!!!!

Ari ni Ai ambil cuti coz nak buat medical check up for new job.. hehehe.. Ai sesaja buat check up kat Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah B. B. Bangi..
Masa sem 6, 2005.. pipi Ai tembun kan...
Errmmm.. Tak de apa-apa problem.. Tapi time doktor nak tulis berat badan Ai, "ala 41kg je, ringannya dik.. Adik xselera makan ke ni??".. "hehehe.. saya makan je.. Cuma saya alergi pada minyak.. Kalau makanan berminyak automatik saya xboleh makan (telan)..hehehe".. Then doc said; "untungnya macam tu.. Tak payah susah-susah nak diet"..


Countdown...

Tinggal 9 ari je lagi nak kerja kat sini.. Lepas tu sayonara la..

Errmm.. Sebenarnya, last friday Ai dapat surat tawaran jawatan tetap kerani kewangan di SPP.. Dapat berita gembira ni 3 ari selepas Ai menangis kecewa kerja kat opis ni.. Ai kena lapor diri pada 10/12/2012.. huwahuwahuwa... Alhamdulillah.. Ai syukur sangat coz dapat this offer before kontrak Ai kat sini tamat.. Yes, ALLAH know every single thing what Ai really need..

So settle la my problem.. But Ai still ada sedikit funingss la.. Ai masih xberitahu pada MBMiK coz dia tengah cuti nak tunggu bersalin (dia ambil cuti awal).. And Ai juga masih xberitahu pada KBTB, walaupun semalam Ai dah hantar surat resign.. Lagi pun, semalam dia cuti..


No Body Know...

Nobody knows who I really am
I never felt this empty before
And if I ever need someone to come along
Who's gonna comfort me and keep me strong
We are all rowing the boat of fate
The waves keep on comin' and we can't escape
But if we ever get lost on our way
The waves would guide you through another day


Perjuangan Kita???

Pertama mari kita fikirkan
Agama kita sama, syahadah kita serupa
Tapi mengapa kita mesti berpecah?
Kedua mari kita renungkan
Bangsa kita sama, darah kita serupa
Tapi mengapa mesti bertelagah?
Darah dan syahadah boleh terpisah?

Justeru sepatutnya dengan keduanya
Lebih mudah menyatukan kita
Kerana agama dan bangsa kita sama
Akidah kita Islam, kabilah kita Melayu
Tapi kenapa sukar benar untuk bersatu?

Dalam realitinya sungguh berbeza
Agama didakwa punca sengketa
Cintakan Islam telah dipolitikkan
Kononnya demi kepentingan kuasa dan kedudukan
Islam disinonimkan dengan parti
Wajarkah begitu?

Cintakan bangsa turut dipersalah
Kasihkan watan dituduh asabiah
Melayu dan Islam bagai bertentangan
Kedua-duanya saling berkonflik
Islam menggugat semangat patriotik
Benarkah begitu?

Cintakan agama atau bangsa?
Seolah-olah satu dilema
Satu ke timur satu ke barat
Tak mungkin bersatu dalam muafakat
Benarkah itu satu hakikat
Atau hanya satu muslihat?
Lain tersirat lain tersurat?

Agama dan bangsa bukan milik organisasi
Justeru bukan semua Muslim dan Melayu dalam satu parti
Ada yang global, ada yang tribal dan ada yang individual
'Hubbul Watan Minal Iman'
Musuh bangsa dan agama cuma satu
Dia yang dikuasai nafsu
Lalu awasilah si hamba nafsu yang punya kepentingan diri
Dalam barisan perjuangan bangsa dan saf perjuangan agama!

Karya : Pahrol Mohamad Juoi



Nota Jari: Ai sokong sangat-sangat..

Gosip Liar!!!

Pepagi lagi dah kecoh kat opis Ai.. Walaupun Ai sibuk dengan usaha menyiapkan report sebelum pemergian Ai secara rasmi hujung bulan depan tapi Ai masih sempat memasang telinga... hahaha.. Kalau nak tau isu apa, kengkawan boleh baca di Malaysia Kini.. Sorry Ai xlink kan coz Ai xnak berpolitik dalam blog..
Then ada yang minta Ai komen berkaitan isu tersebut kat dalam blog.. Errmmm.. Sebenarnya Ai xtau sangat isu ni.. Tapi ada la dengar desas desusnya.. Daripada apa yang Ai baca di page tu ada betulnya & ada yang tidak.. Story tentang that person, kengkawan boleh google je nama dia.. Then boleh tau la permulaan isu ni.. (sorry ni pun, xlink kan juga)..

Apa yang Ai tau, sekarang ni nak sambung kontrak pun that person nak jadi panelnya.. Even interview penyambungan kontrak kumpulan sokongan (kerani la tu).. Ai pun xtau apa motifnya coz hal admin rasanya xde kena mengena dengan akademik, kan?? TNC yang dulu xde ambil hal pun pengambilan or penyambungan kontrak pekerja admin.. Ni mungkin ada sangkut paut dengan entry Ai yang sebelum ni, Hatiku Dilanda Badai..

Tentang penamatan kontrak pensyarah tu pula, Ai xtau jumlah yang sebenar.. Tapi setahu Ai xde la seramai yang dicanang tu.. Apa-apa pun, bagus juga kalau ada yang nak datang siasat.. Kasi betul sikit sini punya pentadbiran.. huhuhu.. Tak de la 'dorang' nak jaga periuk nasi sendiri je.. Perlu la faham konsep bekerja dalam 1 organisasi semuanya saling memerlukan..



Nota Jari: My hubby kata ada hikmahnya Ai xdisambung kontrak coz xde la kena pecat tetiba kalau 'dia' tau Ai ada degree..

Hatiku Dilanda Badai...

Sedih...
Ye, Ai sedih sangat since this morning.. Tapi Ai kuatkan ati & semangat agar tidak menangis di opis.. huhuhu.. This morning, sebelum pukul 8 pagi, Ai dapat call daripada bahagian kewangan.. Dia tanya Ai ada apply x masa iklan baru ni untuk post kerani kewangan.. Coz dia kena select calon untuk panggil interview kerani kewangan tetap tapi nama Ai xde dalam list tu.. Then Ai bagi tau, memang Ai xde apply pun.. Buat apa Ai nak apply jawatan yang sama berulang kali..

Tuntutan Perjalanan

Ai nak story mengenai masalah tuntutan perjalanan Ai yang berlaku pada tahun lepas.. Pada hujung bulan November 2011, Ai perlu menghadiri kursus di UUM selama 2 hari iaitu pada 30 Nov. - 01 Dis. 2011.. Sebelum kursus tersebut, Ai perlu pulang ke kampung kerana menghadiri majlis perkahwinan adik lelaki Ai pada 26 Nov. 2011.. Memandangkan kursus tersebut di buat di UUM, jadi Ai ambil keputusan pergi daripada kampung sahaja (xde la buat penat badan nak balik KL, then pergi pula ke sintok).. Bermakna Ai ada masa untuk rehatkan badan.. So Ai apply cuti dari sebelum kursus & selepas kursus seperti jadual di bawah..

Nilai RM50

Last year, Ai pernah bergaduh dengan kawan opis kerana RM50.. Bukan kerana Ai pinjam duit dia or dia pinjam duit Ai.. Tapi kerana desakan dia menyuruh Ai bayar pitipitiend.. Ye kakak tu memang baik dengan Ai.. Cuma dia terlalu mendesak menyebabkan berlakunya perang mulut antara kami.. Masa tu MBMiK ada kat dalam biliknya dan pertengkaran kami memang dia dengar dengan jelas..

Instinct Auditor

Apa yang kengkawan faham tentang Audit??
Ramai yang beranggapan audit adalah untuk mencari salah orang/unit/jabatan/bahagian.. Namun hakikatnya auditan dilakukan bagi memastikan segala proses kerja dilakukan mengikut garis panduan yang ditetapkan.. Penting bagi menjamin ketelusan dalam operasi syarikat or organisasi..
Instinct
Ada yang perasan mengatakan instinct auditnya kuat (merujuk kepada MBMiK) sebab tu boleh jumpa salah/kesilapan.. Ermmm.. Susahkan nak bagi orang macam ni faham.. Auditan dibuat berdasarkan sampel.. Ada pelbagai kaedah bagi memilih sampel, sama ada menggunakan kaedah selang or menggunakan perisian ACL.. Kebiasaannya, we all select sendiri sampel.. Ai lebih suka pilih sampel yang bernilai tinggi (5-10 sampel, bergantung pada keperluan..tapi kebiasaannya ambil 5 je).. Daripada sampel yang dipilih tu, baru buat semakan daripada proses mula perolehannya sehingga pembayaran dilakukan atau sehingga tagged bagi perolehan aset/inventori..

Problem kali ini, MBMiK sibuk nak pilihkan sampel.. Then audit pun jadi pending la.. Ai pun hairan coz auditan yang sebelum ni dia xkacau pun.. huhuhu.. Berdasarkan auditan yang telah Ai lakukan sebelum ni, Ai tidak mencari salah auditee.. Kalau boleh Ai xnak la auditee dapat laporan audit yang buruk/teruk.. Tapi kalau dah ada kesalahan terpaksa la rise up juga isu tu untuk penambahbaikkan & mencegah daripada kesilapan yang sama berulang pada masa hadapan..

Pernah berlaku sebelum ni, MBMiK mendapat maklumat then dia minta Ai masuk semula untuk buat semakan kali kedua.. Katanya, buat alasan apa pun yang penting Ai kena masuk semula & semak tentang maklumat yang dia dapat serta Ai xboleh dedahkan siapa yang berikan maklumat.. Tapi Ai berkeras xnak coz Ai dah masuk that departement & every thing ok je.. But apakan daya Ai hanyalah kerani, so terpaksalah menurut perintah.. Malangnya bila hal ini diketahui oleh that head department, MBMiK dipanggil mengadap.. Dan MBMiK kata Ai masuk semula buat semakan kali kedua tanpa pengetahuannya.. Senang-senang je dia lepaskan diri & menjerut Ai ke dalam masalah yang dia buat.. (related to another entry, please click HERE for more details)



Nota Jari: "Dan sesiapa yang melakukan suatu kesalahan atau suatu dosa, kemudian ia menuduhnya kepada orang yang tidak bersalah, maka sesungguhnya ia telah memikul kesalahan berbuat dusta, dan melakukan dosa yang amat nyata." Surah An-Nisa: 112.

Blacklist???

Sebenarnya dah lama Ai nak bercerita tentang hal ni.. Ari ni, Ai coretkan kisahnya coz ada pren yang bertanya tentang blacklist yang Ai mention dalam entry Kekecewaan.. So di sini Ai buat penjelasannya.. 

My name already blacklisted since 2008.. Do u know why?? It just becoz pitipitiend.. huhhhhh.. Terlalu panjang keluhan yang ingin Ai keluhkan... Ai buat pinjaman pitipitiend semasa sambung belajar di peringkat ijazah.. Terpaksa coz my parent xmampu nak membiayai Ai sendiri.. Coz masa tu my mom harap sangat Ai dapat belajar tinggi & dapat kerja jawatan tinggi..


Hasan Albasri & Pencuri

Pada suatu hari, murid-murid Hasan Albasri telah bertanya kepada Hasan Albasri, apa yang membuatkan beliau sentiasa tersenyum.. Beliau menjawab, beliau yakin bahawasanya rezeki dia x boleh dimakan oleh orang lain..

Hablum Minannas

Sebenarnya terlalu banyak yang Ai nak tulis dalam ni.. Tapi Ai masih perlu menjaga hati orang lain... Ada yang kata xperlu nak jaga ati orang lain, utamakan ati sendiri dulu kerana orang lain xmungkin akan menjaga ati kita..
Ermmm.. Kat rumah ni, Ai xbergaul sangat dengan jiran tetangga coz my hubby yang xkasi.. Masa duduk kat Penang dulu pun HM dah larang Ai bergaul dengan jiran tetangga.. Tapi Ai degil, bagi Ai xpatut la xbergaul dengan jiran tetangga..

Keluhan Hati...

Ai rasa geram sangat...

1. Pagi semalam Ai dapat tau pengasuh lama Ai boleh pula mengasuh baby kawan Ai.. Sedangkan pertengahan tahun ritu, dia kata dah nak pindah.. So minta Ai cari pengasuh lain... Memang geram sangat.. 

Tapi hikmahnya, Ai dapat pengasuh yang lebih daripada yang lama tu.. Masa dengan pengasuh lama, HB cukup liat nak pergi rumah pengasuh coz dia kata pengasuh tu garang & selalu pukul or cubit dia... Kalau dengan yang pengasuh baru ni, dia semangat nak pergi.. Kekadang hari Sabtu Ahad pun dia suruh Ai kerja coz dia nak duduk dengan pengasuh...
2. Pagi semalam juga, Ai dapat tau ada pegawai baru masuk but not same department dengan Ai la.. But Ai still rasa geram coz Ai apply tapi langsung xdipanggil untuk interview..Dah la Ai xdapat surat sambung kontrak untuk jawatan (kerani) sekarang ni.. So maybe next year Ai dah xkerja la...

Hikmahnya (belum pasti lagi, tapi ini ayat untuk menyedapkan hati), next year my hubby dapat kenaikkan elaun.. Insya-Allah, xkan kebulur punya la.. hahaha... Walaupun xpasti dapat sambung kontrak ke x, Ai plan nak menambah jumlah rakyat malaysia & umat Nabi Muhammad.. Ai believe ALLAH know every single thing what Ai really need.. So Ai redha & tawakal je.. Lagi pun, Allah kan Maha Pengasih, Maha Penyayang & Dia-lah Maha Menentukan segalanya...


Nota Jari: Jangan sesekali pun menyesali takdir ALLAH...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...