Saturday, 20 October 2012

Ball.. Bola...

Ai bukan lah peminat tegar apa-apa sukan.. Minat tengok perlawanan bola pun sejak Piala Suzuki 2010 ritu je.. Tapi xde la follow sangat.. Ari ni pun Ai tengok bola sambil jahit mata lalat kat tengkuk baju kurung... Aduiyai... Frustnya rasa jiwa... Mengharap sangat ATM akan menang.. Rasanya kengkawan yang menyokong ATM pun mesti rasa frust juga kan.. 
pic Hari Belia last year...

Kenapa sokong ATM??
Coz ATM bukan mewakili mana-mana negeri.. ATM mewakili jabatan / agensi.. Ai asal Perak, HM asal Pahang & kedua-dua negeri ni xmasuk final.. HM bekerja dengan ATM, Ai pula agensi di bawah ATM.. So memang patut la sokong ATM kan..

Kenapa ATM ramai pemain import?? Kan lebih baik main sendiri!!
Tahukah anda player ATM (yang tentera) masih perlu menjalani latihan ketenteraan.. Bukan player je, doktor tentera, tukang masak tentera, & xkira la post apa (except yang berbintang-bintang la) masih perlu masuk hutan, buat latihan menembak dan lain-lain.. Tapi player team lain memang betul-betul kerja main bola..So memang patut la ATM ambil pemain import kan..

Kekalahan bermaruah??
Ya, coz bagi Ai, all ATM player dah buat yang terbaik.. xde berlakon-lakon sakit, xde sondol-sondol xpuas hati.. Teruskan usaha anda, tunjukkan kepada pasukan lawan erti semangat kesukanan..

 

Nota Jari: huhuhu.. Ulasan sukan terpaksa dihentikan kerana Ai xboleh jadi pengulas sukan.. Terang-terang nampak Ai bias pada ATM...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...