Wednesday, 19 September 2012

Tolonglah, Ai Merayu....

Ermmm... Kali ni Ai nak mencoret bab gejala sosial sekarang ni... huhuhu... Sebenarnya Ai rasa sedih sangat dengan perkembangan remaja sekarang ni... Dewasa ini (fuhh lama xguna perkataan ni), banyak sangat kes buang bayi... Ai dulu pun pernah juga merasa muda remaja dan Ai bukannya dari family yang islamik sangat pun... Tapi alhamdulillah, atas didikan ibu bapa, Ai tak terpengaruh dengan gejala sosial...


Mungkin ada yang kata, "Ala, U duduk kampung.. Apalah sangat nak terpengaruhnya???"... heiii, kalau nak tau masa Ai belia remaja dulu dah bermulanya alkisah BOHSIA & BOHJAN tau... 

Dalam family Ai cuma 2 beradik je girl daripada 7 orang.. Thats mean, Ai ada sorang abang, seorang kakak & 4 orang adik lelaki.. Dari kecil bapa selalu menasihati Ai mencegah buat apa yang lelaki suka tengok... Misalnya bapa Ai pernah kata jangan jalan berlenggang-lenggok coz lelaki suka tengok punggung perempuan.. So Ai biasakan jalan tidak mengliang-liukkan body (sampai sekarang tau)... Then bapa Ai ada kata jalan jangan mendabik dada coz lelaki suka tengok **** perempuan.. Ai tau mesti kengkawan faham apa yang Ai maksudkan...hehehe.. Disebabkan itulah, Ai dah biasa berjalan sedikit bongkok dan melabuhkan tudung (memang dalam syariat Islam pun suruh melabuhkan tudung sehingga menutup dada)...

Ai juga masih ingat pesanan daripada mak supaya berhati-hati berkawan dengan lelaki... Jangan biarkan lelaki asing yang tiada ikatan menyentuh tubuh Ai... Jangan sesekali termakan dengan manisnya tutur bicara lelaki, masa ngajak tu memang dia kata sanggup bertanggungjawab tapi bila dah dapat konpom la dia tinggalkan perempuan tu... Lelaki yang macam tu la yang akan menghancurkan hidup seorang GADIS... Kalau betul dia tau tanggungjawab mesti dia datang meminang dan mengahwini sang gadis... Kata bapa pula, lelaki bila dah dapat, dia akan tinggalkan perempuan tu sebab dia kata kalau dengan dia boleh 'bagi' mesti perempuan tu boleh 'bagi' kat lelaki lain juga... Sejahat-jahat lelaki dia tetap nak kahwin dengan gadis yang paling baik, xkannya nak kat perempuan murahan macam tu...
Sebenarnya, Ai masih ingat 1st time Ai tengok cerita AZURA (tengok kat tv black n white je masa tu)... Rasanya masa tu umur Ai 5 or 6 tahun... Ai tengok AZURA diraba-raba (adengan rogol xde kan), then xlama lepas tu dia dihalau oleh makcik dia.. And dia ngandung... huhuhu.. Ai takut sangat jadi macam tu.. Ai xnak menconteng arang ke muka orang tua.. Ai xnak kena halau.. Disebabkan itu, bila Ai berkawan dengan mana2 lelaki, Ai tetapkan syarat time nak keluar dengan Ai (Ai xpandai berkawan berdepan dengan lelaki, so ramai kawan dalam phone je..) 1. mesti keluar waktu siang hari je, sebelum senja Ai dah kena ada kat rumah; 2. jalan, duduk jauh-jauh dari Ai (biasanya Ai akan bawa salah seorang adik Ai or kakak Ai untuk temankan Ai); 3. jangan cuba-cuba nak sentuh Ai (siap bacakan hadis ni tau:- Jika tangan sesorang lelaki itu ditusuk dengan jarum besi, ia adalah lebih afdal baginya daripada menyentuh seseorang perempuan yang tidak halal baginya..).

Walaupun Ai cuma berkawan dalam phone, ada je yang ngajak Ai buat benda xelok... Tapi Ai berpegang pada prinsip 'Ai Nak Orang Yang Menikahi Ai (SUAMI) Adalah Orang Yang Pertama Boleh Sentuh Ai Zahir & Batin"... So sesapa je yang ngajak kepada benda xelok tu, xboleh dijadikan calon suami Ai (memang reject terus)..

So kepada kengkawan yang membaca coretan Ai ni, Ai merayu kepada GADIS-GADIS jagalah mahkota anda... Jangan terlalu murah untuk menyerahkannya kepada yang bukan pemiliknya... Serahkanlah kepada pemiliknya yang sah biar pun murah mas kahwin anda itu lebih bernilai disisi ALLAH... Sedarlah wahai para remaja perempuan... Tolonglah jangan mudah termakan dengan pujuk rayu lelaki.... TOLONGLAH, AI MERAYU JAGALAH KEHORMATANMU...


Nota Jari: Ya Allah, jauhkanlah keturunan ku daripada melakukan perkara yang mungkar...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...