Tuesday, 25 September 2012

HB Diet??


Memang sebelum ni, HB xberapa nak makan.. Tapi sejak lepas balik daripada kampung Ai (bulan 6 ritu), HB dah pandai rasa lapar... I mean, walau dia terlalu kusyuk bermain dia akan tetiba teringat nak makan... Sedangkan sebelum-belum tu puas pujuk suruh makan tapi dia xnak & sibuk nak main je... Tapi Sayangku HB sekarang dah mula nak berdiet.. Katanya klu makan banyak nanti cepat besar & perut jadi besar... So, sejak minggu lepas HB xnak makan banyak.. Makan sikit je, dia kata dah kenyang...


Ai rasa pelik sebab HB masih terlalu muda untuk risau tentang masalah berat badan?? Sebenarnya, bila difikirkan balik HB bukan risau tentang berat badannya tapi risau akan kehilangan kasih sayang dan perhatian daripada Ai & HM apabila dia semakin besar... Ye la, masa dia kecik dulu (baby) apa je kelatah dia akan kami rakam (ambil gambar) dan amat menghiburkan hati kami... Tapi bila dia dah semakin besar (ermmm, sebab badan dia tinggi kut so kami rasa dia dah besar sangat walaupun umurnya baru nak masuk 4 tahun), kami mula rimas kalau dia mengada-ngada atau nak bermanja... 

Sejak HB semakin besar, HM dah xnak manjakan dia... Dah xnak layan dia... HM lebih kerap menengking pada HB tatkala HB mengharapkan perhatiannya... Semasa HB masih baby, Ai & HB duduk berjauhan daripada HM... Ai tinggal di kampung (Perak), HM pula di KL.. HM cuma balik menjenguk kami sebulan sekali sahaja memandangkan kekangan masa tugasnya dan masalah kewangan...huhuhu.... Pada pertengahan tahun 2010, baru kami dapat tinggal bersama... Masa tu umur HB dah masuk 2 tahun...


So secara umumnya, pasti kanak-kanak seusia HB masih mengharapkan perhatian daripada umi dan abinya... Namun ada pula yang kata HB manja coz belum ada adik... For me, HB bukannya manja.. Dia budak yang penuh dengan imaginasi, suka berkawan, sangat ramah, mudah mesra dan sedikit degil... Coz every time balik my kampung at Perak, HB xde masalah untuk menyesuaikan diri... My mom memang sayang sangat kat HB sebab daripada 4 orang cucu, HB yang paling mudah mesra dan xmanja (dia buat hal dia je, xde nak berkepit dengan Ai je)... My mom & my dad memang suka melayan kerenah HB... May be disebabkan mereka bersama-sama membesarkan HB semasa Ai dan HM terpaksa tinggal berjauhan...

Dan setiap kali, my mom tengok HM marah-marah pada HB, my mom minta nak jaga HB... Tapi Ai yang xsanggup berjauhan daripada HB... Coz HM bukan selalu ada di rumah... Time dia kena duty, HB la peneman Ai di rumah, teman bergaduh dan juga teman berbual... Walaupun Ai terpaksa melayan dia bersembang tentang mainan dia je... huhuhu... Ai xrasa sunyi tinggal di rumah dengan adanya HB...


Nota Jari: Pesanan untuk diri and My Hubby, anak itu adalah anugerah dan amanah daripada ALLAH..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...