Sunday, 19 August 2012

Salam Aidilfitri 1433


ohohoho....
Dah petang raya baru sempat nak mencoret...huhuhu... Raya tahun ni, sama je macam tahun-tahun sebelum ni... Mandi sunat ari raya tapi xpakai baju raya... Duduk rumah tunggu orang datang beraya..


huhuhuhu...
Tahun ni HM xdapat cuti sebab tahun lepas dah turn dia dapat cuti raya... So this year, beraya kat kampung Ai la.. Memasing tanya mana my hubby?? huhuhu.. Tapi yang bestnya, turn balik raya mengikut cuti dia.. Bila turn dia cuti, kami akan beraya di kampung HM... Dan bila dia kena kerja masa raya, turn Ai balik beraya kampung sendiri la...

huwahuwahuwa....
Tahun lepas dia cuti n sepatutnya kami balik beraya kat kampung dia... Tapi disebabkan mak dia datang beraya KL.. So maknya kata xpe la kami balik beraya kampung Ai.. Disebabkan Ai dah terbiasa raya hanya duduk rumah, dia macam boring je.. Balik solat sunat raya, dia melepak dalam bilik je... Then dah tengah ari baru dia tanya Ai, xnak jalan mana-mana ke??.. Ai kata la memang Ai raya duduk rumah je.. Ai seronok nak balik kampung bukan sebab nak beraya tapi sebab nak balik rumah mak & jumpa adik-beradik... After that, dia ajak Ai & HB pergi jalan-jalan kat tesco...
Jejalan di Queens Bay, Penang..
errrmmmm....
Ari ni Ai xkeluar  pergi mana-mana pun lagi... Kalau ikut ati nak pergi penang... Rindu nak jalan-jalan kat penang... hehehe... Pada hal balik kampung bulan Jun ritu dah pergi jejalan kat Kompleks Bukit Jambul & Queens Bay Mall... Ai memang suka makan Nasi Ayam Misai kat situ... Sebenarnya Nasi Ayam Misai ada banyak cawangan di penang tapi bagi Ai yang kat Kompleks Bukit Jambul je yang sedap... hehehe... So tiap kali kami pergi penang, Ai mesti nak makan kat situ... Masa duduk penang dulu pun, boleh kata tiap-tiap minggu Ai mesti makan situ.. Kenangan sungguh la...



Nota Jari: Kenangan terindah... Teringat tempat dating masa duduk penang dulu...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...