Saturday, 4 August 2012

Istihadhah

Kali ni, Ai nak kongsi tentang ISTIHADHAH... Ianya penting untuk memahami mengenai istihadhah kerana ia melibatkan ibadat kita kepada ALLAH s.w.t...

Mula-mula, kita perlu faham istihadhah adalah darah yang keluar dari bahagian bawah rahim yang bukan pada waktu haid dan nifas (darah yang keluar dari faraj seseorang wanita selepas melahirkan anak)... Sekiranya haid atau nifas telah melangkaui tempoh sebenar (melebihi 15 hari 15 malam bagi haid dan 60 hari 60 malam bagi nifas, maka seseorang wanita itu hendaklah bermandi hadas.. Ini kerana darah yang selebihnya itu adalah darah penyakit (istihadhah)... 


Sekiranya, anda mengalami period antara 6-7 ari, tetapi anda dapati haid telah kering lebih awal maka sebaik-baiknya tunggu sehingga 24 jam sebelum mandi wajib... Ini kerana jarak keluar henti haid tidak akan melebihi daripada 24 jam.. Seandainya selepas 48 jam anda mandi hadas, anda dapati masih ada darah yang keluar; itu bukan lagi darah haid tetapi ianya digelar istihadhah... Cara mudah bagi anda yang berasa was-was adakah ianya darah haid seterusnya atau darah penyakit adalah dengan mengira jarak bersih anda.. Secara mudahnya, anda perlu berada dalam keadaan suci selama 15 hari selepas haid yang sebelumnya, barulah ianya diyakini darah haid... Tetapi sekiranya darah yang keluar semasa anda belum cukup 15 hari suci, itu adalah darah penyakit...

Istihadhah merupakan darah penyakit yang tidak menentu. Oleh itu, tiada halangan untuk menunaikan solat, puasa dan ibadah lain seperti tawaf dan membaca Al-Quran... Anda perlu pastikan pakaian dalam anda bersih ketika hendak mengambil wuduk (ala guna je pantyliner, senang boleh tukar je).. Wuduk tersebut boleh untuk 1 solat fardu sahaja tetapi boleh gunakan untuk banyak amalan sunat yang lain.. Contohnya; mengaji & buat pelbagai solat sunat yang lain... Tetapi apabila anda hendak mengerjakan solat fardu yang berikutnya, anda peru mengambil wuduk semula dan pastikan pakaian dalam ada bersih (tukar pantyliner yang baru)..

Dari segi hubungan suami isteri pula, Hadis riwayat Abu Dawud bermaksud:
  
                     "Dari Ikrimah r.a ia berkata: Ummu Habibah menderita istihadhah sedang suaminya 
                      tetap menyetubuhinya."

Hadis tersebut menunjukkan tiada halangan bersetubuh dengan isteri yang beristihadhah. Namun demikian menghindarinya tentu lebih utama untuk keselamatan bersama....


Nota Jari: Untuk panduan bersama agar kita tidak mengabaikan tanggungjawab kita sebagai hamba kepada-NYA....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...