Friday, 31 August 2012

An-Nisa : 112


Kepada sesiapa yang pernah melakukan perkara ni, diharap segeralah memohon maaf kepada orang yang telah dianiaya... Perlu diingatkan, doa orang yang teraniaya antara doa yang makbul... Tidak akan selamanya anda terselamat daripada apa yang telah anda lakukan... Jika tidak dibayar 'cash' semasa di Dunia, pasti anda akan menerima azabnya ketika Akhirat kelak... Bertaubatlah sebelum terlambat...


Kepada yang teraniaya, percayalah pada takdir ALLAH... Sesungguhnya ALLAH tidak pernah menzalimi hamba-hamba-Nya... Seboleh-bolehnya, maafkanlah kesalahan mereka dan mohon moga mereka di beri Hidayah agar sedar akan kesalahan yang telah dilakukan... Semoga ujian tersebut menjadikan anda lebih dekat dengan-Nya, kerana pasti setiap sesuatu ujian itu tersembunyi hikmah disebaliknya...


Nota Jari: huhuhu.... Harap suatu ari nanti Ai mempunyai kekuatan untuk memaafkan mereka2 yang telah menganiaya Ai... Ya Allah, bantulah hamba-Mu yang lemah ini...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...