Friday, 20 July 2012

Selamat Datang Bulan Rahmat...

Esok umat Islam akan mula berpuasa... Semoga semuanya akan berjalan lancar... Permulaan puasa ni, Ai kena sahur sesorang sebab HM duty seminggu (dia kalau duty x boleh tido rumah)... Tapi insya-Allah, masa berbuka dia boleh balik rumah...huhuhu.. kalau xboleh terpaksa la Ai berbuka sesorang juga...


Ohh, ya.. Tujuan asal mencoret kali ni adalah untuk berkongsi ilmu (dapat masa kelas agama Ustaz Mejer Daud petang tadi) mengenai berpuasa bagi ibu mengandung...

xjumpa pic Ai masa pregnant...huhuhu..letak je la pic hiasan..

Wanita yang mengandung masih wajib untuk berpuasa... Anda tidak boleh meninggalkan puasa atas alasan suami melarang anda berpuasa... Ini kerana berpuasa adalah rukun ISLAM yang ketiga... Antara perintah ALLAH dan perintah SUAMI, yang mana perlu anda lebih taat??? Jawapannya PERINTAH ALLAH... Ustaz (tempat kerja Ai) menerangkan bahawa setiap wanita hamil perlu berniat untuk berpuasa, dan apabila dirasakan sudah tidak berupaya untuk berpuasa anda boleh berbuka.. Namun wajib qada' sekiranya kerana takut mudharat pada diri sendiri.. Tetapi jika anda tidak berpuasa kerana khuatir akan diri sendiri dan anak yang dikandungkan, maka wajib qada' puasa serta membayar fidiyah bagi bayi yang dikandung...

Teringat masa mengandung HB, Ai terpaksa berpuasa pada masa Ai tengah sarat mengandung... Ye la, HB lahir pada petang 30 Ramadan 1429 / 30 September 2008... Tahun tu Ai harap sangat dapat puasa penuh tapi ... Huhuhu... Ai tinggal 8 ari termasuk ari hamy dilahirkan... Kalau kengkawan nak tau tentang tip-tip untuk berpuasa semasa hamil, sila klik SINI...

Nota Jari:- Hope jelas ye penerangan tentang keperluan berpuasa bagi kengkawan yang sedang mengandung... Semoga kehamilan di bulan yang penuh barakah ini akan membuatkan anda lebih dekat dengan-Nya...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...