Monday, 16 July 2012

Mahar Untuk Ku - Part 3

Selepas mendengar apa yang HM katakan sebelum ni, Ai terus call Sal (kawan sekolah Ai)...
         Ai: Sal, rupanya CAHAYA minat kat saya!!
        Sal: Memang la... (dengan nada yang xterkejut langsung)
         Ai: Eh, awak tau ke?? Macamna awak tau??
        Sal: Tau la.. Dari apa yang awak cerita tentang dia.. Awak xsedar ke??
         Ai: xpun sebab saya selalu cerita saya frust dengan lelaki tp dia xcakap apa pun...
           .....................................................................................................................
Masa baru putus cinta dulu, mak ada pesan kat Ai, "Lepas ni, kakak cari lelaki yang sayang kakak lebih jangan kakak yang sayang lelaki tu lebih.. Nanti jadi macam sekarang ni, dikecewakan..."

Sebab tu bila Ai dengar apa yang HM kata tu, Ai terus fikir macamna nak pujuk balik hati dia?? Ai dah serik sangat bercinta, Ai dah xnak bercinta, Ai takut dikecewakan lagi... Ai nak seseorang yang betul-betul sayangkan Ai, yang boleh terima Ai seadanya diri Ai...
Lirik lagu - Ku Juga Mencintai Mu
Akhirnya, Ai nekad rakam lagu Saiful - Ku Juga Mencintai Mu (masa tu memang tengah popular lagu ni) yang Ai nyanyi sendiri & send MMS pada HM... Ai nyanyi part dalam pic tu je... Hehehe... Memang la suara Ai lemak masin tapi itu je cara yang Ai boleh fikir pada masa tu untuk buat HM kembali pada Ai... Dan sesungguhnya usaha Ai x sia-sia... HM terus hubungi Ai and buat-buat tanya tentang MMS yang Ai send... Ai malu sangat masa tu, Ai cakap saja bagi je... Hehehe...

Then masa lepas raya tahun 2005, Ai bawa HM balik rumah kenal family Ai... Dia tidur rumah Ai satu malam... Mak Ai ada berbual-bual dengan dia...
         Mak: Hang serius ke kawan dengan Ina???
          HM: Serius la makcik... (dengan muka penuh yakin, tunjuk tanda bersungguh-sungguh)
        Mak: Bagus la kalau macam tu.. Sebab Ina xpernah bawa lelaki balik, dia bawa hang balik
             kenal dengan keluarga maknanya dia serius dengan hang... Makcik xnak hang main-main
             kan dia...
         HM: (rasa nak melompat sambil menjerit-jerit kegembiraan tp terpaksa cover macho) ... 
             Baik makcik, saya janji...
                    ..............................................................................................................

Dipendekkan cerita, lepas habis praktikal (habis belajar) pada hujung bulan April 2006 kami telah mengikat tali pertunangan... Bermula pada bulan Julai 2006, Ai start cari kerja di Penang (masa tu HM bertugas di Penang, so dia nak Ai cari kja kat Penang la).... Setiap bulan dia bayarkan sewa rumah Ai, makan minum Ai pun dia yang tanggung coz Ai xdapat kerja... Bukan tu aje, baju Ai pun dia yang basuhkan (yang kecik & dalam je Ai basuh sendiri)... Memandangkan gaji dia pun xbesar sangat pada masa tu, Ai ajak dia nikah dulu sementara tunggu dia kumpul duit hantaran... Sebab Ai kesian dia menanggung apa yang bukan tanggungjawabnya, bagi Ai lebih baik terus nikah sebab dah memang sah-sah dia yang akan menanggung hidup Ai...

Akhirnya, pada 10 Januari 2007 kami telah disatukan dengan 2 kali lafaz dan mahar pemberiannya RM110 sahaja... Keluarga Ai buat kenduri akad nikah je masa tu... xde sedara mara yang datang & keluarga sebelah dia pun xde yang datang coz kami nikah pada ari Rabu cuma jemput jiran tetangga je... xpe la, sebab cadangan kami nak buat kenduri pada bulan Jun 2007 (nikah gantung)...

Tapi bila bulan Jun hampir menjelma, mak buat keputusan xperlu buat kenduri lagi sekali sebab mak dah xlarat (mak xsihat sangat)... Then duit untuk kenduri tu, Ai gunakan untuk beli skuter Yamaha Ego bagi memudahkan Ai bergerak (cari kerja)..


- TAMAT-


Nota Jari:- Rasanya setakat ni je la kut Bab Mahar Untuk Ku.... Kalau nak cerita dari a-z, mau bertahun-tahun nak tulis semua tu, dah boleh jadi novel pula... Hehehehe...

4 comments:

  1. emmm ... bagus gk idea buat novel tu Ai... tajuk Mahar untuk Ai.. amir nk jadi org pertama yg beli.. kkdg angan2 leh jadi kenyataan... idea mmg bermula ngan angan2... teruskan usaha

    ReplyDelete
  2. hehehe..harap 1 hari nnt ada produser filem berkenan nak buat movie kisah hidup Ai...kuang3..

    ReplyDelete
  3. nk wt filem eh... x leh kut.. x cukup masa.. hahahaa.. story pjg sgt.. liku2.. citer hindustan pun kalah.. kan..kan.. leh wt drama bersiri la Ai.. slot cerekarama ke.. heeeeee
    tapi impian memang bermula ngan angan2...

    ReplyDelete
  4. kuang3.. kepada sesiapa yang berminat nak buat novel/drama/filem story tentang kisah hidup Ai, boleh hubungi PA Ai, Amir... hahaha..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...