Sunday, 15 July 2012

Mahar Untuk Ku - part 2...

Perkenalan antara Ai & HM berlaku secara tidak sengaja... Masa tu (dalam bln Jun 2004), Ai baru lepas putus cinta.. Memang frust sesangat masa tu... Tetiba Ai dapat panggilan telefon dari seseorang.. Sebenarnya, dia tersalah nombor... Tapi Ai layan je la...

sekadar hiasan semata-mata...

      Ai: Siapa nama awak??
     HM : Nisbah Cahaya...
      Ai: Nak yang Arab nya, xnak la yang Melayu nya..

 Then, HM pun bagi tau nama Arab nya.................
      HM: Siapa nama awak??
       Ai: Kelebihan Ku atau ihsan Ku...
      HM: Nak yang Arab nya, xnak la yang Melayu nya...

Selepas Ai bagi tau nama Arab Ai, kami sambung berbual...
      HM: Nak panggil awak apa??(nick name)
       Ai: Panggil je saya Ina.. Errmmm, nak panggil awak apa??
      HM: Family panggil saya Ito... Tapi kengkawan tempat kerja panggil saya Jack singkatan kepada
             REJECT... Macam jahat sangat saya ni.. (dalam nada sedih..)
      Ai: xpe la, kalau macam tu, saya panggil awak CAHAYA... Semoga awak akan menjadi cahaya
         kepada kehidupan family awak, kengkawan awak, awak sendiri, kehidupan saya & sesiapa
         sahaja yang mengenali awak...

Sejak dari tu, sebulan sekali mesti HM akan call Ai.. Dan biasanya mesti time bulan mengambang... Katanya, bila tengok bulan mengambang, dia tau dah cukup sebulan dia xcall Ai...( Hehehehe... Yang lawaknya, asalnya tersalah nombor je.. Tapi macam mana pula lepas tu boleh call tiap2 bulan...)

Selepas setahun berkawan, bersembang dalam phone, bulan Mei 2005 HM datang menemui Ai di Bagan Serai, Perak... Ai balik kampung sebab masa tu cuti semester... Ai datang dengan adik bongsu Ai... HM datang dari Penang, masa tu dia baru habis kursus kat KL... Dia bawakan Ai hadiah jam tangan (yang murah je)... xsangka pula dia nak belikan jam sebab Ai ada bagi tau jam tangan Ai dah rosak...

Sebenarnya sebelum 1st time jumpa tu, HM ada cakap dia suka kat Ai n nak masuk minang Ai... Tapi Ai jawab, "gila apa??, jumpa pun xpernah... xnak la saya..."..
Masa tu Ai anggap dia memain je... Ai abaikan je apa yang dia cakap... Ai belikan dia nombor maxis, so senang la Ai nak contact dia, maklum la dia kan pendengar setia Ai...
        ........................................................................................

Disebabkan ada berlaku perkara yang tidak di ingini... (huhuhu... ada sorang cikgu yang sambung belajar nak ngorat Ai... Ajak jejalan dengan dia.. Ai xnak la, sebab dia tua 10 tahun dari Ai... Dia kata dia dah ada kereta & rumah tapi Ai xpandang tu semua...).. Ai pun call HM...
       Ai: Apa la, awak yang muda xnak ngorat saya... Cikgu yang tua tu pula yang nak ngorat saya...
            (sebenarnya Ai xpandai berkawan dengan lelaki secara berdepan... Rata2 lelaki yang muda
             anggap Ai ANTI lelaki....huhuhu...)
      HM: Dah tawar ati dah.. (dalam nada sedikit frust)

Ai terkelu & rasa berpusing2 kepala otak... Ai sesaja cakap memain je... Tapi xsangka pula dia memang ada ati kat Ai... Selama ni Ai anggap dia pendengar yang setia tapi xsangka dalam diam dia memang betul2 suka kat Ai...



Nota Jari: Disebabkan tu la, family Ai panggil HM dengan nama CAHAYA kecuali bapa Ai.. Anak sedara Ai panggil HM sebagai Pakcik CAHAYA, adik-adik Ai pula panggil dia, Abang CAHAYA.. Mak Ai la yang paling serasi panggil HM sebagai CAHAYA.. Habis sedara mara sebelah Mak pun panggil HM dengan gelaran CAHAYA...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...