Monday, 2 July 2012

fuyoooo, selesanya!!

Last saturday, Ai tido hotel with HM & HB.. Ai dapat hadiah penginapan 1 malam untuk 2 orang coz Ai jadi the best presenter masa kursus bulan 4 ritu.. hehehe.. Ala, kat Quality Hotel Kuala Lumpur je... xde la jauh mana pun dari rumah sendiri...
Sebelum check-in, pergi jalan2 SOGO dulu..
QHCC jaraknya hanya sekangkang kera je dengan SOGO... So, apa lagi... Mencuci mata & tercuci duit sekali...huhuhu... Dapat beli kasut, then HM sibuk ajak balik hotel... HB punya seronok.. Masuk je bilik hotel, dia terus cakap "fuyooo, selesanya!!".. Lepas tu apa lagi, start la melompat atas katil, golek2 atas kapet & sibuk nak mandi dalam kolam (tab mandi)..
HB seronok golek2 atas kapet...
Rehat2 kejap dalam bilik hotel, lepas asar kami pergi jalan2 pasar malam pula.. Actually, nak pergi jalan TAR nak cari kain untuk buat baju raya... Cadangnya nak jahit sendiri baju raya tahun ni... Tapi HB macam biasa la, masa berjalan baru la sibuk nak tido... Terpaksa la HM dukung, dah la HB dah besar... So, kami decide balik hotel untuk tidokan anak bujang kami... Tapi yang geramnya, sampai je kat bilik hotel, HB terus segar bugar je... Malam pergi jalan SOGO lagi, kali ni dapat beli handbag pula... hehehe..
fuyooo, selesanya ada kolam...
Sian anak Ai, xboleh nak bezakan antara kolam & tab mandi... Apa pun, HB seronok sangat tapi malam dia susah nak tido coz maybe sebab tempat baru.. Bangun pagi pun, dia macam terpinga-pinga, mungkin x ingat dia ada kat mana...
Semangat betul HM ambil makanan...
Nak cerita tentang HM pula.. Biasanya my Hubby jenis yang xkuat makan.. Tapi kali ni, melampau-lampau betul nafsu makan dia..hehehe... Sudahnya, semua nya xhabis makan... huhuhu...
Ai makan rojak & salad, je...
Ai macam biasa la..Disebabkan sebelum makan petang di Benteng QHCC, Ai dah makan Chicken Foldover... So, masa makan petang Ai cuma ambil rojak & salad je... Yang penting, Ai habiskan apa yang Ai ambil... hehehe..
HB dah kenyang makan..
Terima Kasih, Ya Allah....kerana memberikan rezeki & nikmat kepadaku, suamiku & anakku...Semoga kebahgiaan akan terus menjadi milik kami... Amin...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...