Friday, 27 July 2012

Cintai Daku Hingga ke Syurga

Wahai Suamiku..
Andai benar kau mencintaiku..
Ku pohon kau cintailah daku hingga ke SYURGA....


Jadilah KETUA dalam solat ku..
Imamkanlah setiap SOLAT ku...
Semoga KEBAHGIAAN akan sentiasa menjadi milik kita....

Bimbinglah daku setiap kali ku tersasar..
Sedarkanlah daku setiap kali ku alpa..
Ingatkanlah daku setiap kali ku terlupa..
Tabahkanlah daku setiap kali ku kecewa..
Peluklah daku setiap kali ku kesedihan..
Huraikanlah daku setiap kali ku kekusutan..

Ku pohon padamu, suamiku..
Andai benar kau mencintaiku..
Pimpinlah daku menuju ke SYURGA ALLAH..


Nota Jari: Rasulullah pernah bersabda; "Tiada bujang di syurga ALLAH".. (sorry diriwayatkan oleh siapa Ai x ingat, ni semua Ai belajar masa Kelas Agama BAKAT & Muslimah Opis Ai oleh Mejar Ustaz Haji Daud..).. Jadi kepada kengkawan yang sayangkan suami / isteri masing2, beramallah bersama-sama agar kalian bersama hingga ke syurga...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...