Wednesday, 9 May 2012

Mencari Redha Allah

Hidup di dunia mencari jalan ke sisi Si Pencipta..
Ai selalu alpa, terleka...
Namun pencipta Ai selalu mengingati Ai...
Tatkala Ai gembira tanpa dugaan,
Hati tertanya2 adakah Ai sudah jauh dari Dia...

Yang pastinya, Dia tak pernah tinggalkan Ai..
Setelah kian lama, hari dugaan menjelma jua..
Hampir sama macam ujian sebelum ini..
Biasalah bila asyik menghitung bintang di langit,
Tidak sedar di mukanya arang...

Ai rasa lega, walaupun Ai sakit hati & geram...
Geram kerana kerenah manusia yang suka menunding jari..
Manusia sering berasa dirinya cukup bagus..
Semua kesilapan hanyalah pada orang lain,
Tidak pada diri sendiri...


Dugaan ini, menunjukkan Ai masih disayangi..
Ia juga mengajar Ai erti kehidupan..
Ia menuntut Ai supaya menjadi lebih tabah..
Dan yang tersiratnya,
Ia mengajar Ai supaya menjadi Orang atasan yang baik
Apabila Ai berada di atas suatu hari nanti..
Itulah yang Ai harapkan..



Ya Rahman Ya Rahim,
Tenangkan lah hati hamba ini,
Titipkan lah ketabahan kepada diri ini,
Bantulah hamba ini untuk meneruskan kehidupan,
Janganlah Kau biarkan hamba di dalam kedukaan..
Bantulah hamba dalam mencari redha-Mu, Ya Allah...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...