Mengejar Impian...


Berakhirnya tahun 2012, Bermulanya tahun 2013..
Azam?? Still carry forward since 2006.. 
Semoga tahun ini akan lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.. 

Ingin mengejar pelangi dan mencapai bintang di langit.. 
Tapi sesekali tidak melupakan rumput tempat berpijak di bumi..

Kenyataan sering tak seindah Impian.. 
Namun itu semua mengajar insan tentang kehidupan..
Dan menjadi pengalaman untuk masa hadapan.. 
Selagi masih bernafas, selagi mampu mengejar..
Teruskanlah berusaha mengejar impian..

Bertawakkal-lah kepada ALLAH,
Usaha insan pasti ada ganjarannya,
Walau tak seperti yang diimpikan,
Tapi yakin & redha-lah,
Kerana pasti itu yang terbaik untuk-mu..

Oleh itu, ku kan terus mengejar pelangi..
Mengharapkan suatu hari nanti,
Ia akan sentiasa mengiringi perjalananku..
Dan mengharapkan redha ILLAHI,
Di setiap langkah kaki ku di bumi ini..
Kerana ku ingin mengumpul bekalan,
Agar aku menjadi penghuni Jannah-MU..
Amin.. Amin.. Amin..

Kain Buruk...

Baru-baru ni Ai ada dapat email Borang Soal Selidik daripada Calon Ijazah Sarjana Sains Perakaunan seperti dibawah:-

Tuan / Puan yang dihormati,
Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan telah dipilih sebagai salah seorang daripada responden bagi kajian peringkat sarjana ini. Justeru, saya mohon jasa baik tuan/puan untuk mengisi borang soal selidik ini dengan ikhlas, jujur, dan bertanggungjawab.
Tujuan soal selidik ini adalah untuk mendapatkan pandangan tuan/puan terhadap tahap keberkesanan Unit Audit Dalam (UAD) di Kementerian atau Jabatan Kerajaan Persekutuan Malaysia dan faktor-faktor yang dapat membantu meningkatkan keberkesanannya. Maklumat daripada tuan/puan adalah amat bermanfaat demi mengenal pasti tahap keberkesanan Unit Audit Dalam (UAD) di Kementerian atau Jabatan Kerajaan Persekutuan Malaysia.
Walaupun Ai dah meninggalkan kerjaya sebagai auditor (kerani) tapi Ai masih menyayanginya (kerjaya auditan).. But Ai xpasti lagi nak respons soal selidik tu ke tak coz Ai kan dah xde kena mengena dengan audit.. huhuhu.. Berikut adalah cadangan Ai berkaitan soal selidik tu..

1. Audit Dalam sesuatu organisasi akan lebih berkualiti sekiranya ditadbir / diketui oleh pegawai yang berpengalaman dalam bidang pengauditan. 
2. Memiliki sijil profesional bukanlah jaminan Audit Dalam akan lebih berkualiti kerana terdapat pegawai yang memiliki sijil tersebut atas sokongan ketua jabatan dan bukan dengan mengambil ujian. 
 3. Mengenai latihan yang mencukupi; Audit Dalam IPTA telah mewujudkan Jawatankuasa Latihan Audit Dalam IPTA (diketuai oleh Pn. Naemah, Ketua Audit Dalam UIA) yang berfungsi merangka latihan untuk kakitangan audit dalam IPTA, perkongsian maklumat, perbincangan dan merancang aktiviti/menyelaras fungsi Audit Dalam IPTA. 
4. Organisasi tidak perlu mengeluarkan pekeliling dalaman tentang tempoh untuk menjawab Pemerhatian Audit yang dikeluarkan oleh UAD sekiranya fungsi Audit Dalam difahami oleh semua kakitangan di setiap organisasi. Hal ini boleh dirujuk pada Surat Pekeliling Am bilangan 3 Tahun 1998 & Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 9 Tahun 1993. 

Last week KBTB mesej Ai tanya pekeliling apa yang memberi kuasa kepada audit dalam & siapakah ahli untuk Jawatankuasa Audit.. So Ai reply la, suruh refer pekeliling di atas.. Ai story kat my hubby. HM kata; "buat apa sayang reply mesej dia?? Dia kan 10 tahun pengalaman audit, takkan benda tu pun tak tau & nak kena tanya sayang yang takde pengalaman ni??".. HM bercakap dengan penuh rasa geram.. hahaha.. 

Bagi Ai, itulah bezanya antara Ai dan KBTB.. Ai mula bekerja ketika UAD hendak ditubuhkan.. So Ai perlu faham & tau dari mana sumber kuasa untuk UAD bergerak dalam organisasi.. Ai buat kertas kerja penubuhan UAD dan perlantikan jawatankuasa.. (PBMiK gunakan kertas kerja Ai & edit sesikit je).. Sedangkan KBTB pula, berpengalaman bekerja di dalam organisasi yang dah sedia wujud UAD.. Tak pe lah, hal tu dah berlalu pun.. Selama ni, Ai la sumber dorang rujuk hal pekeliling.. Lelepas ni, pandai-pandai la cari sendiri hal pekeliling ye.. Ai dah takde kena mengena dengan pengauditan.. Masa Ai ada, KBTB kata Ai tak pandai buat kerja dan macam-macam lagi.. Tapi bila Ai dah tak de, baru nak sedar ada perkara yang Ai pandai buat, kan.. huhuhu..



Nota Jari: Jangan anggap Ai umpama kain buruk, walaupun tak sudi pakai di badan tapi tetap digunakan untuk mengelap.. huhuhu..

Keluh-Kesah....


Huuuuuhhhhhsss...
Mengeluh panjang kerana lain yang dihajatkan, lain yang dapat...
Keluh kesah di dalam hati..
Ingin sekali menangis, melepaskan geram..

Tapi ku tak mampu...
Kerana bukan niatku untuk menolak takdir..
Tiada upayaku untuk melawan kuasa Yang Esa..


Sandwich: Jem Durian

Dah berapa minggu mengidam nak buat durian crepe masih juga xsempat buat.. Durian yang Ai dah siap lenyek tu pun dah jadi masam.. Akhirnya, HM jadikannya (durian lenyek tu la) tempoyak je la.. Both of us xmakan sangat tempoyak.. Ai xmakan tempoyak coz xsanggup kembung perut.. huhuhu.. So semalam HM give 1 balang tempoyak kat maknya..
Disebabkan durian xboleh disimpan lelama nanti jadi masam and sesuai dibuat tempoyak, Ai decide buat jem durian.. This is my own resipe, so Ai xpasti macam mana orang yang pakar masak buat jem??


Travel Kit

Masa Ai kerja kat opis lama, ada kawan tanya mana nak beli travel set.. Maybe dia selalu nampak Ai bawa starter kit Bio-Essence Tanaka White.. Katanya, dia dah cari kat supermarket tapi xjumpa, dia selalu pergi travel (cuti-cuti malaysia).. Kebiasaannya she bawa pack make-up yang biasa dia guna (saiz normal).. And masalahnya, dia selalu tertinggal barang make-up kat tempat dia menginap.. That y, dia nak cari travel set..
Ai fill-in small bottle with Tanaka White cleansing foam..



Nostalgia???

Ai baru kemas kotak yang Ai  angkut dari UPNM ritu.. Terjumpa koleksi buku-buku and diary UPNM... Wah, nostalgia nya.. hehehe.. Walaupun baru masuk 2 minggu resign dari UPNM.. 

One day, if Ai have a chance (kalau pentadbirannya dah semakin baik) Ai nak masuk semula ke UPNM.. Tapi bukan sebagai kerani la.. Of coz la nak jadi pegawai pula.. Tu pun kalau HM still bertugas di sini la.. Dengar ura-ura, unitnya di Penang nak tarik dia semula balik ke Penang coz sarjan ada 2 post kosong.. So kalau dia kena balik ke unit Penang, dah tentu la Ai akan follow...

Dari sudut mudah pindah randah ni, kelebihannya ada pada pekerjaan sekarang.. Ye la, dah sah-sah jabatan pelajaran ada kat setiap negeri kat Malaysia ni.. Termasuklah kat Penang, kan..


Nota Jari: Betul la kata HM, pasti ada hikmah disebalik semua yang berlaku..

Ketentuan Illahi....


Ya ALLAH,
Inginku titipkan perancangan azamku pada-Mu...
Ku serahkan hamparan notaku pada-Mu...

Namun aku sering terlupa suatu perkara...
Iaitu Kau berhak memadamkan rancangan ku,
Sekiranya ianya tidak sesuai denganku..


Practice Drive...

Practice drive ke Persiaran Duta..
Oleh kerana opis baru jauh dari rumah,terpaksalah practice drive pada hari cuti.. But still x ingat jalan..huhuhu.. Ai memang lambat faham jalan.. Ai boleh drive kat penang (pulau sahaja) coz Ai dah biasa dengan jalan-jalan kat sana.. Dulu kan Ai kerja marketing.. So memang kena pusing 1 pulau cari client.. That y la, Ai boleh faham jalan kat sana..


Debaran - Part 3...

Pagi ni, my hubby kena masuk duty kem dulu.. Ai beli bekal makan pagi sesiap kat kedai makan dalam kem.. So pukul 7.15 pagi baru gerak ke JPWKL.. Jalan jem la juga, so Ai sarapan dalam kereta je.. hahaha, HM yang drive so boleh la Ai nak makan nasi lemak masa jem.. Tapi alhamdulillah, Ai sampai kat kat sana pukul 7.45 pagi.. 
Pagi ni kami xde taklimat cuma menunggu keputusan penempatan kami sahaja.. Rasanya mesti memasing berdebar-debar menunggu.. hehehe.. Akhirnya, sebelum tengah hari kami diberikan surat penempatan..


Debaran - Part 2...

Pagi ni, Ai perlu melapor diri di JPWKL pula.. Pukul 7.00 pagi, kami dah bergerak dari rumah.. Perjalanan lancar cuma banyak juga la kereta.. huhuhu.. Tapi nasib baik hubby yang hantar..

Pukul 7.30 pagi, Ai dah sampai.. My hubby ajak pergi makan dulu tapi Ai takut lambat pula masuk lapor diri.. Ai beranggapan selepas lapor diri, akan terus diberi surat penempatan.. So Ai pesan minta hubby jangan balik dulu.. Ai naik ke tempat lapor diri, rupanya taklimat JPWKL berlangsung sampai ke petang.. Then Ai maklumkan pada hubby, so xde la dia lama menunggu Ai.. Ingatkan boleh tahu segera lokasi penempatan Ai.. huhuhu..


Debaran...

Dap Dip Dup....
Berdebar-debar jantung Ai.. Satunya risau memikirkan pasal nak lapor diri kat Putrajaya, pukul berapa nak keluar rumah untuk elak daripada jem?? Keduanya fikir kat mana la Ai akan ditempatkan??
OTW ke jalan duta dari putrajaya...
Dap Dip Dup...
Malamnya Ai xboleh nak tdo.. Akhirnya pepagi semalam kami (my hubby la jadi driver Ai) keluar pukul 7.15 pagi dan sampai di Putrajaya pada pukul 7.40 pagi.. Alhamdulillah, perjalanan kami lancar mungkin kerana kami bertolak awal.. 


Bubur Jagung

Memandangkan today is my last day bertugas, so hari ni Ai kerja separuh hari je.. Ai datang kerja coz nak pulangkan semula kad staf & just nak tolong gegirl pren Ai tu je.. Ai tolong dia siapkan fail meeting yang akan diadakan lagi 2 minggu.. Menyumbang jasa untuk kali terakhir.. hehehe..

Balik kerja, HB sibuk main games je.. Ai tanya nak makan tak?? Dia kata taknak.. Tapi bila Ai pergi dapur, dia buka peti ais & request nak makan jagung.. So Ai decide buat Bubur Jagung + Kacang Hijau..

HB makan bubur jagung + kacang hijau dengan roti..


Sayonara UPNM!!!

Sayu...
Hati rasa sayu nak tinggalkan tempat di mana Ai belajar erti hidup & kerenah manusia.. Esok adalah hari terakhir Ai bekerja di UPNM.. Hari ni Ai dah serahkan Nota Serah Tugas (kengkawan yang kja gomen mesti tau, kan).. But no worry coz Ai dah settle semua kerja Ai, xde kerja yang tertangguh.. So sesapa yang ganti tempat Ai nanti hanya perlu buat kerja baru (hanya menurut perintah PBMiK & KBTB je la)..
Di Mahkota Parade, Melaka - Kursus Asas Audit Dalam IPTA 2011..

Friend Finder...

Ada tak kengkawan yang pernah menggunakan perkhidmatan 'friend finder' yang disediakan oleh syarikat telekomunikasi (maxis or digi, celcom xpasti ada x aplikasi ni) talian telefon mudah alih kengkawan?? (Errmmm..Apsal ter'skema' sangat ayat ni!!.. hahaha..) Fungsi utamanya adalah untuk menjejak lokasi rakan si pengguna..


Bagaikan Mati Hidup Semula...

Ai disahkan pregnant selepas setahun berkahwin.. Errmm, kira lambat juga la.. Sampaikan Ai pernah plan nak ambil anak angkat.. Ai xde masalah sepanjang kehamilan.. Cuma nak masuk bulan ke-8, baby songsang.. Seminggu lepas tu keadaan baby normal semula.. Tapi masuk 9 bulan, baby songsang semula.. Sepatutnye Ai dibedah (caeserean bagi kes kelahiran songsang) sebelum 36 minggu.. Tapi berlaku salah faham antara doktor kampung & doktor hospital, so Ai diberitahu supaya pergi ke hospital apabila sudah berasa sakit untuk bersalin..

Hubby & HB datang melawat Ai.. Masa ni still dalam HDU..

Durian Berendam...

Hahaha.. Mesti kengkawan pelik tengok tajuk entry Ai ni kan.. Sekarang kan musim durian, sana sini orang jual durian.. Dua hari lepas Ai beli 3 longgok durian.. Errmm.. Tamak kan, padahal yang nak makannya 2 orang je.. HB memang xmakan durian, busuk katanya..huhuhu.. Sebenarnya Ai nak cuba buat Durian Crepe.. Tapi disebabkan my hubby duty istana, so xdapat la Ai nak beli bahan-bahannya.. Dan Ai xtau nak beli cream kat mana?? So then, Ai decide buat Badak Berendam je la.. Inti badaknya Ai gantikan dengan durian lenyek..

Sedap dimakan bersama roti or pulut..


Ragam...

Manusia ada pelbagai ragam, kan.. Ada yang yang sangat merendah diri.. Tidak langsung berasa bangga dengan apa yang dimilikinya.. Kerana baginya itu semua milik ALLAH... Tapi ada juga yang suka berbangga dengan harta kemewahan, pengalaman kerja yang ada, ilmu agama/ibadah yang dibuat dan macam-macam lagi..
Misalnya PBMiK (Ai change M kat depan tu kepada P.. Kepada kengkawan yang nak tahu maksudnya, boleh pm Ai..hehehe) yang sangat berbangga dengan ijazah yang dia ada dan menganggap graduan UiTM adalah yang terbaik coz dia graduan UiTM.. Sehinggakan dia memandang hina kelayakan orang lain.. ( huhuhu.. Pandang hina kat Ai la sebenarnya..) 


Kurussss!!!!

Ari ni Ai ambil cuti coz nak buat medical check up for new job.. hehehe.. Ai sesaja buat check up kat Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah B. B. Bangi..
Masa sem 6, 2005.. pipi Ai tembun kan...
Errmmm.. Tak de apa-apa problem.. Tapi time doktor nak tulis berat badan Ai, "ala 41kg je, ringannya dik.. Adik xselera makan ke ni??".. "hehehe.. saya makan je.. Cuma saya alergi pada minyak.. Kalau makanan berminyak automatik saya xboleh makan (telan)..hehehe".. Then doc said; "untungnya macam tu.. Tak payah susah-susah nak diet"..


Countdown...

Tinggal 9 ari je lagi nak kerja kat sini.. Lepas tu sayonara la..

Errmm.. Sebenarnya, last friday Ai dapat surat tawaran jawatan tetap kerani kewangan di SPP.. Dapat berita gembira ni 3 ari selepas Ai menangis kecewa kerja kat opis ni.. Ai kena lapor diri pada 10/12/2012.. huwahuwahuwa... Alhamdulillah.. Ai syukur sangat coz dapat this offer before kontrak Ai kat sini tamat.. Yes, ALLAH know every single thing what Ai really need..

So settle la my problem.. But Ai still ada sedikit funingss la.. Ai masih xberitahu pada MBMiK coz dia tengah cuti nak tunggu bersalin (dia ambil cuti awal).. And Ai juga masih xberitahu pada KBTB, walaupun semalam Ai dah hantar surat resign.. Lagi pun, semalam dia cuti..


No Body Know...

Nobody knows who I really am
I never felt this empty before
And if I ever need someone to come along
Who's gonna comfort me and keep me strong
We are all rowing the boat of fate
The waves keep on comin' and we can't escape
But if we ever get lost on our way
The waves would guide you through another day


Perjuangan Kita???

Pertama mari kita fikirkan
Agama kita sama, syahadah kita serupa
Tapi mengapa kita mesti berpecah?
Kedua mari kita renungkan
Bangsa kita sama, darah kita serupa
Tapi mengapa mesti bertelagah?
Darah dan syahadah boleh terpisah?

Justeru sepatutnya dengan keduanya
Lebih mudah menyatukan kita
Kerana agama dan bangsa kita sama
Akidah kita Islam, kabilah kita Melayu
Tapi kenapa sukar benar untuk bersatu?

Dalam realitinya sungguh berbeza
Agama didakwa punca sengketa
Cintakan Islam telah dipolitikkan
Kononnya demi kepentingan kuasa dan kedudukan
Islam disinonimkan dengan parti
Wajarkah begitu?

Cintakan bangsa turut dipersalah
Kasihkan watan dituduh asabiah
Melayu dan Islam bagai bertentangan
Kedua-duanya saling berkonflik
Islam menggugat semangat patriotik
Benarkah begitu?

Cintakan agama atau bangsa?
Seolah-olah satu dilema
Satu ke timur satu ke barat
Tak mungkin bersatu dalam muafakat
Benarkah itu satu hakikat
Atau hanya satu muslihat?
Lain tersirat lain tersurat?

Agama dan bangsa bukan milik organisasi
Justeru bukan semua Muslim dan Melayu dalam satu parti
Ada yang global, ada yang tribal dan ada yang individual
'Hubbul Watan Minal Iman'
Musuh bangsa dan agama cuma satu
Dia yang dikuasai nafsu
Lalu awasilah si hamba nafsu yang punya kepentingan diri
Dalam barisan perjuangan bangsa dan saf perjuangan agama!

Karya : Pahrol Mohamad Juoi



Nota Jari: Ai sokong sangat-sangat..

Gosip Liar!!!

Pepagi lagi dah kecoh kat opis Ai.. Walaupun Ai sibuk dengan usaha menyiapkan report sebelum pemergian Ai secara rasmi hujung bulan depan tapi Ai masih sempat memasang telinga... hahaha.. Kalau nak tau isu apa, kengkawan boleh baca di Malaysia Kini.. Sorry Ai xlink kan coz Ai xnak berpolitik dalam blog..
Then ada yang minta Ai komen berkaitan isu tersebut kat dalam blog.. Errmmm.. Sebenarnya Ai xtau sangat isu ni.. Tapi ada la dengar desas desusnya.. Daripada apa yang Ai baca di page tu ada betulnya & ada yang tidak.. Story tentang that person, kengkawan boleh google je nama dia.. Then boleh tau la permulaan isu ni.. (sorry ni pun, xlink kan juga)..

Apa yang Ai tau, sekarang ni nak sambung kontrak pun that person nak jadi panelnya.. Even interview penyambungan kontrak kumpulan sokongan (kerani la tu).. Ai pun xtau apa motifnya coz hal admin rasanya xde kena mengena dengan akademik, kan?? TNC yang dulu xde ambil hal pun pengambilan or penyambungan kontrak pekerja admin.. Ni mungkin ada sangkut paut dengan entry Ai yang sebelum ni, Hatiku Dilanda Badai..

Tentang penamatan kontrak pensyarah tu pula, Ai xtau jumlah yang sebenar.. Tapi setahu Ai xde la seramai yang dicanang tu.. Apa-apa pun, bagus juga kalau ada yang nak datang siasat.. Kasi betul sikit sini punya pentadbiran.. huhuhu.. Tak de la 'dorang' nak jaga periuk nasi sendiri je.. Perlu la faham konsep bekerja dalam 1 organisasi semuanya saling memerlukan..



Nota Jari: My hubby kata ada hikmahnya Ai xdisambung kontrak coz xde la kena pecat tetiba kalau 'dia' tau Ai ada degree..

Hatiku Dilanda Badai...

Sedih...
Ye, Ai sedih sangat since this morning.. Tapi Ai kuatkan ati & semangat agar tidak menangis di opis.. huhuhu.. This morning, sebelum pukul 8 pagi, Ai dapat call daripada bahagian kewangan.. Dia tanya Ai ada apply x masa iklan baru ni untuk post kerani kewangan.. Coz dia kena select calon untuk panggil interview kerani kewangan tetap tapi nama Ai xde dalam list tu.. Then Ai bagi tau, memang Ai xde apply pun.. Buat apa Ai nak apply jawatan yang sama berulang kali..

Tuntutan Perjalanan

Ai nak story mengenai masalah tuntutan perjalanan Ai yang berlaku pada tahun lepas.. Pada hujung bulan November 2011, Ai perlu menghadiri kursus di UUM selama 2 hari iaitu pada 30 Nov. - 01 Dis. 2011.. Sebelum kursus tersebut, Ai perlu pulang ke kampung kerana menghadiri majlis perkahwinan adik lelaki Ai pada 26 Nov. 2011.. Memandangkan kursus tersebut di buat di UUM, jadi Ai ambil keputusan pergi daripada kampung sahaja (xde la buat penat badan nak balik KL, then pergi pula ke sintok).. Bermakna Ai ada masa untuk rehatkan badan.. So Ai apply cuti dari sebelum kursus & selepas kursus seperti jadual di bawah..

Nilai RM50

Last year, Ai pernah bergaduh dengan kawan opis kerana RM50.. Bukan kerana Ai pinjam duit dia or dia pinjam duit Ai.. Tapi kerana desakan dia menyuruh Ai bayar pitipitiend.. Ye kakak tu memang baik dengan Ai.. Cuma dia terlalu mendesak menyebabkan berlakunya perang mulut antara kami.. Masa tu MBMiK ada kat dalam biliknya dan pertengkaran kami memang dia dengar dengan jelas..

Instinct Auditor

Apa yang kengkawan faham tentang Audit??
Ramai yang beranggapan audit adalah untuk mencari salah orang/unit/jabatan/bahagian.. Namun hakikatnya auditan dilakukan bagi memastikan segala proses kerja dilakukan mengikut garis panduan yang ditetapkan.. Penting bagi menjamin ketelusan dalam operasi syarikat or organisasi..
Instinct
Ada yang perasan mengatakan instinct auditnya kuat (merujuk kepada MBMiK) sebab tu boleh jumpa salah/kesilapan.. Ermmm.. Susahkan nak bagi orang macam ni faham.. Auditan dibuat berdasarkan sampel.. Ada pelbagai kaedah bagi memilih sampel, sama ada menggunakan kaedah selang or menggunakan perisian ACL.. Kebiasaannya, we all select sendiri sampel.. Ai lebih suka pilih sampel yang bernilai tinggi (5-10 sampel, bergantung pada keperluan..tapi kebiasaannya ambil 5 je).. Daripada sampel yang dipilih tu, baru buat semakan daripada proses mula perolehannya sehingga pembayaran dilakukan atau sehingga tagged bagi perolehan aset/inventori..

Problem kali ini, MBMiK sibuk nak pilihkan sampel.. Then audit pun jadi pending la.. Ai pun hairan coz auditan yang sebelum ni dia xkacau pun.. huhuhu.. Berdasarkan auditan yang telah Ai lakukan sebelum ni, Ai tidak mencari salah auditee.. Kalau boleh Ai xnak la auditee dapat laporan audit yang buruk/teruk.. Tapi kalau dah ada kesalahan terpaksa la rise up juga isu tu untuk penambahbaikkan & mencegah daripada kesilapan yang sama berulang pada masa hadapan..

Pernah berlaku sebelum ni, MBMiK mendapat maklumat then dia minta Ai masuk semula untuk buat semakan kali kedua.. Katanya, buat alasan apa pun yang penting Ai kena masuk semula & semak tentang maklumat yang dia dapat serta Ai xboleh dedahkan siapa yang berikan maklumat.. Tapi Ai berkeras xnak coz Ai dah masuk that departement & every thing ok je.. But apakan daya Ai hanyalah kerani, so terpaksalah menurut perintah.. Malangnya bila hal ini diketahui oleh that head department, MBMiK dipanggil mengadap.. Dan MBMiK kata Ai masuk semula buat semakan kali kedua tanpa pengetahuannya.. Senang-senang je dia lepaskan diri & menjerut Ai ke dalam masalah yang dia buat.. (related to another entry, please click HERE for more details)



Nota Jari: "Dan sesiapa yang melakukan suatu kesalahan atau suatu dosa, kemudian ia menuduhnya kepada orang yang tidak bersalah, maka sesungguhnya ia telah memikul kesalahan berbuat dusta, dan melakukan dosa yang amat nyata." Surah An-Nisa: 112.

Blacklist???

Sebenarnya dah lama Ai nak bercerita tentang hal ni.. Ari ni, Ai coretkan kisahnya coz ada pren yang bertanya tentang blacklist yang Ai mention dalam entry Kekecewaan.. So di sini Ai buat penjelasannya.. 

My name already blacklisted since 2008.. Do u know why?? It just becoz pitipitiend.. huhhhhh.. Terlalu panjang keluhan yang ingin Ai keluhkan... Ai buat pinjaman pitipitiend semasa sambung belajar di peringkat ijazah.. Terpaksa coz my parent xmampu nak membiayai Ai sendiri.. Coz masa tu my mom harap sangat Ai dapat belajar tinggi & dapat kerja jawatan tinggi..


Hasan Albasri & Pencuri

Pada suatu hari, murid-murid Hasan Albasri telah bertanya kepada Hasan Albasri, apa yang membuatkan beliau sentiasa tersenyum.. Beliau menjawab, beliau yakin bahawasanya rezeki dia x boleh dimakan oleh orang lain..

Hablum Minannas

Sebenarnya terlalu banyak yang Ai nak tulis dalam ni.. Tapi Ai masih perlu menjaga hati orang lain... Ada yang kata xperlu nak jaga ati orang lain, utamakan ati sendiri dulu kerana orang lain xmungkin akan menjaga ati kita..
Ermmm.. Kat rumah ni, Ai xbergaul sangat dengan jiran tetangga coz my hubby yang xkasi.. Masa duduk kat Penang dulu pun HM dah larang Ai bergaul dengan jiran tetangga.. Tapi Ai degil, bagi Ai xpatut la xbergaul dengan jiran tetangga..

Keluhan Hati...

Ai rasa geram sangat...

1. Pagi semalam Ai dapat tau pengasuh lama Ai boleh pula mengasuh baby kawan Ai.. Sedangkan pertengahan tahun ritu, dia kata dah nak pindah.. So minta Ai cari pengasuh lain... Memang geram sangat.. 

Tapi hikmahnya, Ai dapat pengasuh yang lebih daripada yang lama tu.. Masa dengan pengasuh lama, HB cukup liat nak pergi rumah pengasuh coz dia kata pengasuh tu garang & selalu pukul or cubit dia... Kalau dengan yang pengasuh baru ni, dia semangat nak pergi.. Kekadang hari Sabtu Ahad pun dia suruh Ai kerja coz dia nak duduk dengan pengasuh...
2. Pagi semalam juga, Ai dapat tau ada pegawai baru masuk but not same department dengan Ai la.. But Ai still rasa geram coz Ai apply tapi langsung xdipanggil untuk interview..Dah la Ai xdapat surat sambung kontrak untuk jawatan (kerani) sekarang ni.. So maybe next year Ai dah xkerja la...

Hikmahnya (belum pasti lagi, tapi ini ayat untuk menyedapkan hati), next year my hubby dapat kenaikkan elaun.. Insya-Allah, xkan kebulur punya la.. hahaha... Walaupun xpasti dapat sambung kontrak ke x, Ai plan nak menambah jumlah rakyat malaysia & umat Nabi Muhammad.. Ai believe ALLAH know every single thing what Ai really need.. So Ai redha & tawakal je.. Lagi pun, Allah kan Maha Pengasih, Maha Penyayang & Dia-lah Maha Menentukan segalanya...


Nota Jari: Jangan sesekali pun menyesali takdir ALLAH...

Panduan Pengauditan...

Pic semasa membuat auditan stor...
Petikan daripada Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2007.

18. PEMERIKSAAN

  18.1   Pemeriksaan aset dilakukan ke atas:-
                (a)  Fizikal;
                (b)  Rekod; dan
                (c)  Penempatan.

  18.2  Tujuan pemeriksaan adalah untuk:-
               (a)  Mengetahui keadaan dan prestasinya;
               (b)  Memastikan setiap aset mempunyai daftar/rekod yang lengkap, tepat dan kemaskini;  
               (c)  Memastikan setiap aset berada di lokasi sama seperti yang tercatat dalam daftar.

  18.3  Pegawai Pengawal hendaklah melantik sekurang-kurangnya dua (2) orang Pegawai Pemeriksa yang tidak terlibat secara langsung dalam pengurusan aset untuk membuat pemeriksaan ke atas harta modal dan inventori. Pemeriksaan hendaklah dilaksanakan sekurang-kurangnya satu (1) kali setahun.

Untuk download pekeliling ni, kengkawan boleh klik SINI...

Selain tu, ada juga Pekeliling Pengurusan Stor Kerajaan, PP052009...

Bagi yang nak download Garis Panduan Pengauditan Audit Dalam (GPPAD) yang di keluarkan oleh Perbendaharaan Malaysia tahun 2010, kengkawan boleh rujuk SINI...


Nota Jari: Sesaja nak share macamna proses pengauditan.. Coz Ai tengah pening buat semakan sampel perolehan aset.. huhuhu..

My Name Is Linz Kushina...

Actually that is not my real name.. Ai just use that nick name for cyber world only... hehehe..

Dari kecil my family and friend call me as INA.. Then bila dah masuk asrama (matrikulasi), Ai rasa ramai sangat orang nama Ina.. So bila masuk U, Ai ambil keputusan nak tukar nick name jadi LIN.. Rupanya ramai juga orang nama Lin.. Dan xramai kengkawan yang nak panggil Ai dengan nama Lin coz ramai dah selesa panggil Ai dengan nama Ina..
Uzumaki Kushina ibu kepada Uzumaki Naruto...

Ball.. Bola...

Ai bukan lah peminat tegar apa-apa sukan.. Minat tengok perlawanan bola pun sejak Piala Suzuki 2010 ritu je.. Tapi xde la follow sangat.. Ari ni pun Ai tengok bola sambil jahit mata lalat kat tengkuk baju kurung... Aduiyai... Frustnya rasa jiwa... Mengharap sangat ATM akan menang.. Rasanya kengkawan yang menyokong ATM pun mesti rasa frust juga kan.. 
pic Hari Belia last year...

Tanaka White

Kali ni Ai nak mencoret tentang penjagaan muka... huhuhu.. Bila umur dah semakin meningkat, kulit muka pun bertambah masalah.. Tak macam kengkawan yang lain, Ai lambat menggunakan produk kecantikan.. Masa sekolah dulu, Ai langsung xmenggunakan apa-apa produk (bedak biasa pun xguna, cuci muka pun pakai sabun mandi je..)... So setiap kali terkena cahaya matahari, kulit muka Ai mula jadi kemerahan & gatal-gatal.. Sampai ada yang gelar Ai sebagai Puteri Lilin sebab xboleh kena panas..
BE Tanaka White - please be nice to me....

Mood : Convo Fest'12

Sekarang ni musim IPTA berkonvo.. Termasuk la opis Ai.. Pagi semalam Ai pergi la ke jabatan yang Ai tengah audit tapi dorang tutup kedai coz semua staf terlibat dengan konvo.. huhuhu.. Then Ai tengok tentatif program petang semalam ada pertandingan mewarna untuk budak bawah 6 tahun & bermesra bersama BoBoi Boy... So tengah ari Ai balik la ambil anak bujang... Sebbaik dekat je opis dengan rumah..
HB tengah sibuk mewarna...
Sesaja suka suki daftarkan HB pertandingan mewarna coz kalau kat rumah HB sangat suka berkarya... Bukan kat kertas tapi kat dinding rumah... huhuhu.. So disebabkan HB cuma mahir menconteng, maka HB xmenang apa-apa hadiah pun... xpe la yang penting dia menunjukkan minat untuk mencuba.. hehehe.. Niat sebenar bawa HB datang opis coz moskot BoBoi Boy nak datang.. HB pun memang minat BoBoi Boy, so ni la peluang nak bagi dia jumpa BoBoi Boy..

What Should Ai Do????

Rasanya dah lama sangat Ai & HM x tengok wayang... Last masuk panggung tahun 2010, tengok cerita NGANGKUNG... Masa tu, Ai ambil cuti untuk pergi interview kat tempat kerja sekarang ni... Balik interview, singgah station minyak salin baju... hehehe.. Pergi interview kena la pakai baju kurung.. Nak dating kena bertukar ganas sikit pakai seluar... hehehe.. Kami hantar HB kat rumah pengasuh sebab HM nak bawa Ai pergi interview.. Baru la aman sikit nak dating tengok wayang...
Ok, Ai bukan nak story tentang filem 'Ngangkung', tapi tentang perasan melonjak-lonjak nak gi tengok wayang cerita 'AKU TERIMA NIKAHNYA'...


Anugerah Yang Terindah...

Mengimbau kembali kenangan selepas Ai tamat pengajian pada tahun 2006... Ai mencuba nasib mencari kerja di Penang, memandangkan my hubby kerja di Penang.. Tetapi malangnya rezeki tak menyebelahi Ai... So setiap kali rasa sedih, Ai ajak HM pergi ke tepi Pantai Seagate... Ai akan menangis dan meluahkan perasaan... Pada masa tu, Ai harap sangat dapat pekerjaan.. Ai nak bantu mak & family.. Ai nak belikan mak kereta Kenari.. Ai pun xtau kenapa kereta kenari, apa yang pasti bagi Ai kereta kenari nampak luas..
11 September 2006- bersama mentor...

Pemberian Yang Tertangguh

Three days ago, HB punya besday... Ai xtau nak belikan apa to give him a present... Then tetiba termuncul idea nak belikan TENT yang bentuk keretapi coz HB sangat sukakan keretapi or any transportation..
Tent bentuk bas je yang ada.. Boleh la, asalkan transportation..
Lepas maghrib Ai ajak hubby keluar carikan that present and of coz la besday boy pun ikut sekali.. Sampai kat tempat dituju, tapi rasa hampa coz tent yang Ai nak tu xde.. Yang ada design biasa je.. Then Ai pujuk HB & kami balik tanpa beli apa-apa...


Selamat Ulang Tahun, HB....

Bagaikan tidak terasa hari-hari yang telah berlalu...
Bagaikan sekejap sahaja masa yang telah berlalu...
Masih terbayang-bayang didepan mata kebahagian menyambut kelahiran putera sulong kami 4 tahun yang lalu...
pic selepas diazankan...

Baju Adik Ke??

Pada hari minggu yang lalu, Ai paksa my hubby bawa Ai ke Mydin USJ... Nak beli cardigan yang macam jubah.. Masa cuti ari Malaysia ritu, kami dah pergi cari kat GM Plaza KL tapi xde yang Ai berkenan... Then my pren ada mesej bagi tau adik dia baru beli that cardigan kat Mydin USJ... Apa lagi, memang Ai teringin sangat la nak ngajak hubby ke sana..
Jalan-jalan kat Alamanda...

HB Diet??


Memang sebelum ni, HB xberapa nak makan.. Tapi sejak lepas balik daripada kampung Ai (bulan 6 ritu), HB dah pandai rasa lapar... I mean, walau dia terlalu kusyuk bermain dia akan tetiba teringat nak makan... Sedangkan sebelum-belum tu puas pujuk suruh makan tapi dia xnak & sibuk nak main je... Tapi Sayangku HB sekarang dah mula nak berdiet.. Katanya klu makan banyak nanti cepat besar & perut jadi besar... So, sejak minggu lepas HB xnak makan banyak.. Makan sikit je, dia kata dah kenyang...


Andai Ku....

Andai Ku Punya Sayap,
Kan Terbang Tinggi Mencari Pelangi,
Ingin Ku Lihat Pelangi Sedekat Yang Mungkin..

Andai Ku Bisa Terbang,
Kan Ku Turuti Ke Mana Sahaja Perginya Pelangi,
Agar Keceriaan Pelangi Sentiasa Mengiringi Ku..


Hasil Potong & Jahit

Errmmm... Ok tak perubahan yang Ai buat pada blog ni... Kalau ada kengkawan yang biasa datang menjengah kat blog ni, mesti perasan perubahannya kan... Kali ni, Ai dah xnak gunakan tema gelap sebab Ai berharap PELANGI akan muncul dalam hidup Ai... Dulu Ai gunakan tema gelap coz nak menunjukkan, betapa hati Ai berada dalam kekecewaan... Sekarang Ai dah nekad, serahkan segalanya kepada Sang Pencipta untuk menentukan takdir Ai... Ai redha dan yakin ketentuan Allah itu adalah yang terbaik untuk Ai...
Hasil jahitan sendiri...
Disebabkan masa balik raya ritu, ada yang bertanya mana baju yang Ai potong ritu... hehehe.. So ni Ai upload la pic baju & tuannya sekali... hehehe... Bertungkus lumus siapkan menjahit coz nak pakai masa jamuan raya opis Ai ari Jumaat lepas...


Tolonglah, Ai Merayu....

Ermmm... Kali ni Ai nak mencoret bab gejala sosial sekarang ni... huhuhu... Sebenarnya Ai rasa sedih sangat dengan perkembangan remaja sekarang ni... Dewasa ini (fuhh lama xguna perkataan ni), banyak sangat kes buang bayi... Ai dulu pun pernah juga merasa muda remaja dan Ai bukannya dari family yang islamik sangat pun... Tapi alhamdulillah, atas didikan ibu bapa, Ai tak terpengaruh dengan gejala sosial...


16 September



Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia... Ermmm.. Dah lama Ai x update this blog... huhuhu...

An-Nisa : 112


Kepada sesiapa yang pernah melakukan perkara ni, diharap segeralah memohon maaf kepada orang yang telah dianiaya... Perlu diingatkan, doa orang yang teraniaya antara doa yang makbul... Tidak akan selamanya anda terselamat daripada apa yang telah anda lakukan... Jika tidak dibayar 'cash' semasa di Dunia, pasti anda akan menerima azabnya ketika Akhirat kelak... Bertaubatlah sebelum terlambat...


Pujaan ati HB

Ahad lepas lepas hantar mak mertua ke rumah kakak ipar, kami menyinggah sekejap di Alamanda... Sesaja jalan-jalan cari makan.. Then my prince request nak beli THOMAS...
HB tengah bahagia dapat beli Thomas...
Macam biasa la, HB janji nak jadi anak yang baik, dengar cakap dan macam-macam lagi la... Pandai betul membodek bila dia nak sesuatu... Keletah HB semasa di TOY R US mencuit hati Ai & HM... Walaupun kami selalu marah-marah pada HB (coz dia terlalu aktif, xboleh duduk diam & mulut xberenti bercakap) tapi hakikatnya kami teramat sayangkan HB...

Terukir Di Bintang



Lirik Lagu Terukir Di Bintang - Yuna

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan... kamu...

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu



Nota Jari: Hasil xkluar lunch ari ni... 

Perpisahan Ini



PERPISAHAN INI


Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara


Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu


Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini


Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri


Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara


Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu



Nota Jari: this song Ai dedicate to my dear pren, Kak Siti... Resign coz nak jadi full housewife... huhuhu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...