Sunday, 24 July 2011

Sekudus Doa....

Ya Allah,
Aku Bermohon Pada-Mu
Permudahkanlah Perjalanan Hidupku
Bantulah Aku Menyusuri Kehidupan
Yang Sukar Ini.
Bimbingilah Aku & Peliharalah Langkahku.

Ya Allah,
Aku Benar-benar Kecewa Dengan Hidupku
Akulah Anak Yang Belum Berbakti
Kepada Kedua Ibu dan Bapa
Akulah Siswazah Yang Masih Belum
Berjaya Menggunakan Kelayakan Yang Ada
Akulah Ibu Yang Tidak Dapat
Memberi Yang Terbaik Untuk Anakku.

Ya Allah,
Tunjukkanlah Aku Arah Tujuan & Haluanku
Agar Aku Tidak Terus Hanyut Di Dalam Kesedihan Hidup Ini
Sedarkahlah Aku Tentang Hikmah
Di Sebalik Setiap Kejadian
Dan Menerima Suratan Hidupku Seadanya.

Ya Allah,
Aku Percaya, Pasti Kau Telah Takdirkan Yang Terbaik
Untukku, Cuma Masanya Belum Tiba.

Ya Allah,
Kurniakanlah Kepadaku Pekerjaan Yang Tetap,
Kerjaya Yang Tetap, Pendapatan Yang Tetap
Yang Sesuai & Serasi Denganku
Yang Menggunakan Kelulusanku.

Ya Rahman Ya Rahim,
Kepada-Mu, Aku Berserah Setelah Segala
Usaha & Doa Yang Kulakukan
Amin..Amin..Amin Ya Rabbal Alamin....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...